Pasangan Tiada Anak Banyak Duit?
January 01, 2019
1
Bini: “Bang, pampers anak dah habis, beli L72. Susu pun dah habis, beli 3 paket terus lah sebab nak balik kampung”
Laki: “duit tak cukup pulak..Baru lepas service aircond kereta dengan minyak gear. Abang beli satu paket je lah susu dan satu pampers paket 40 keping tu.”
Bini: “Hmm yelah. Untunglah orang orang tak ada anak kan bang. Duit mereka mesti tak ke mana kan bang?”
Laki: “Janganlah menyangka suami isteri yang tiada anak itu banyak duit kerana rawatan kesuburan itu mahal harganya”
Bini: Astaghfirullahalazim.. betul juga tu bang. Allahu~ Bersyukurnya aku dikurniakan zuriat tanpa perlu melalui prosedur kesuburan berbelas-belas ribu ringgit.
Monolog: Syukur atas nikmat Allah yang kita ada. Kita selalu melihat nikmat yang kita tiada, sedangkan kita dah punyai terlalu banyak nikmat kurniaan Nya tapi lupa nak syukurinya.
Selamat Menjengah ke tahun baru 2019!
Tuesday 01/01/2019
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Yang tak ada anak pun, tak bermaksud diorang tak spend duit ke tempat lain. Travel, hobbies, favourite food, buku, tolong orang lain.
ReplyDeleteSetiap orang tak sama~