Filem Boboiboy Movie 2 Mula Ditayangkan Serentak Hari Ini!

22:07
Selepas kejayaan team Les Copaque mencapai 25juta kutipan dengan Filem Animasi Upin Ipin Keris Siamang Tunggal bulan Mac lalu, kini industri animasi tempatan sekali lagi bakal digegar dengan kemunculan filem BoBoiBoy Movie 2 terbitan Animonsta Studios.

Dan tayangan bermula hari nii oiii~ 8 ogos 2019!
Filem Boboiboy Movie 2 Mula Ditayangkan Serentak 8 ogos 2019, review filem boboiboy movie 2, preview filem boboiboy movie 2

Filem Boboiboy Movie 2 ni dah mula ditayangkan serentak di 500 buah pawagam di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam hari ini.

Daripada video trailer, I dapat lihat yang filem animasi Boboiboy kali ni menerapkan elemen semangat juang, pengembaraan dan diselit juga elemen komedi. Hahaha dan semestinya cikgu kebenaran, Papazola lah yang bakal buat onar dan menghidupkan part komedi tu rasanya.


Bagi Syu, gabungan unsur humor ke dalam filem aksi dan pengembaran yang diketengahkan oleh Animonsta ni lah yang membuatkan filem Boboiboy 2016 berjaya menembusi Korea Selatan dulu.

Walaupun kita sedang menonton filem superhero tak semestinya kena mood 'tegang' je dari awal sampai akhir. So sangat bijak idea diorang menyelit unsur kelakar dalam movie Boboiboy 2 ni.

Okey, 3 tahun lepas, filem Boboiboy Movie yang pertama berjaya mengaut hasil kutipan sebanyak 18juta. Kali ni I rasa mesti diorang boleh dapat jumlah kutipan yang lagi tinggi. 

Hmmm, haruslah kena target lebih tinggi daripada filem pertama! 

Pun I rasa tahun ni diorang mampu collect 30 juta kot.

I yakin, sebab memang ramai gila kot tengah tertunggu-tunggu sambungan episod Boboiboy Galaxy (boboiBoy versi remaja) di TV tu. Kita orang nak tahu sangat apa kesudahannya. Lagi satu, Boboiboy versi remaja ni handsome gila wehh! ahaks~

Dan I dengar cerita, kos pembikinan animasi Boboiboy Movie 2 2019 ni menelan belanja sebanyak 7juta! Whoaa!!


Tak sabar nak tengok hasil pembikinan  bernilai 7juta ni. My expectation on this movie setinggi langit dah ni!

Best of luck Monsta Studios! Semoga esok you all dapat kutipan yang lebih tinggi berbanding hari pertama tayangan hari ni.

Syu pun planning nak bawa anak-anak, si Naufal, Nufael dan Hawraa watch this movie kat MBO next wednesday. Cuti sekolah pun kan waktu tu kan. Harap-harap budak tiga orang ni sihat lah ye. Aminn.

So lepas tengok nanti, I akan tulis my review kat sini. Okey nantikan review filem Boboiboy Movie 2 tersiar kat annursyuhadah.com okey? Stay tune.

Updated 14 August 2019 :
→ Review Filem BoBoiBoy Movie 2 (2019)

Filem Boboiboy Movie 2 Mula Ditayangkan Serentak 8 ogos 2019, review filem boboiboy movie 2, preview filem boboiboy movie 2

2 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.