Matlamat umum bagi setiap rutin skincare adalah bertujuan untuk memperoleh kulit yang sihat tanpa cela dan masalah kekeringan serta bebas daripada iritasi dan jerawat.
Tak dinafikan ramai yang mengelak untuk melakukan rutin skincare lengkap dengan alasan kulit mereka tak tahan lah, jadi gatal-gatal lah bila didedahkan dengan bahan kimia dan excipient yang ada dalam produk skincare.
Antara excipient yang paling kerap menyebabkan reaksi alahan adalah berpunca dari bahan pewangi dan juga pengawet.
Cosmoderm Perfect Balanced Series memang sangat sesuai dengan semua jenis kulit termasuk yang sensitif dan yang mudah berjerawat sebab ianya bebas paraben, pewarna dan pewangi.
Selain itu, ia turut dirumus khas dengan prebiotics untuk mempertingkatkan kekuatan skin barrier kita.
Skin Barrier
So, apa itu skin barrier sebenarnya? Dalam bahasa mudah, skin barrier atau pertahanan kulit ini umpama perisai yang bertindak menghalang dan melindungi kulit daripada persekitaran luar.
Andai kata kita telah over-exfoliate our skin dan skin barrier kita rosak, maka air dari dalam kulit akan keluar dan menyebabkan kulit kering, mengelupas dan penuaan awal.
Sebab tu kalau sesiapa yang mempunyai compromised skin barrier, kulit mereka akan nampak kusam dan tiada seri. Yes, glowing and luminous skin hanya akan dapat dicapai bila your skin well hydrated. Ingat tu.
Satu lagi, kuman dan allergen memang mudah nak masuk ke lapisan kulit dan you all akan mengalami simptom menyerupai ekzema, iaitu kemerahan dan gatal-gatal, kulit cekang (tightness) dan mengelupas (flaky/scaly) atau lebih teruk boleh menyebabkan breakouts.
Jadi penting untuk kita mengamalkan penjagaan kulit yang sempurna bagi memastikan skin barrier kita kekal kuat dan utuh senantiasa.
Prebiotik kunci kekuatan skin barrier
Prebiotik merupakan 'superfoods' bagi bakteria baik yang ada pada kulit kita. Bakteria-bakteria ini bertindak sebagai pasukan pertahanan barisan hadapan bagi ekosistem kulit manusia. Ahh frontliner gittew kan?
Jadi dengan memberi 'makan' kepada frontliners kulit kita ni, sebenarnya kita sedang menyeimbangkan mikrobiome yang wujud secara semulajadi pada kulit sekaligus dapat mengukuhkan skin barrier kita.
Simple je kan konsep dia. Win-win situation gittew.
Fungsi dan kepentingan calamine
Calamine merupakan sejenis astringent yang paling popular digunakan untuk memberikan sensasi nyaman dan lega ke atas kulit yang sedang radang. Calamine juga sangat berkesan dalam meredakan kegatalan dan kerengsaan akibat selaran sinar UV.
Ciri anti-fungal calamine juga dapat mengelakkan jangkitan kulat pada kulit, serta bertindak membersih dengan berkesan hingga ke liang pori menjadikan kulit you all less oily and helps in keeping scar and acne at the bay.
Prebiotik dan calamine!
Kedua-dua bahan ini telah diadun bersama dalam rangkaian terbaharu Cosmoderm Perfect Balanced.
Rangkaian Cosmoderm Perfect Balanced
Produk Cosmoderm dalam siri Perfect Balanced ini diformulasi dengan calamine dan prebiotik bagi mencapai matlamat skin independence, di mana kulit mempunyai perlindungan semulajadi.
4 langkah mudah untuk menggunakan Cosmoderm Perfect Balanced
Cara penggunaan 4 Langkah Cosmoderm Perfect Balance Series |
1. Membersih
- Langkah pertama dalam rutin penjagaan wajah adalah mencuci muka menggunakan cleanser yang sesuai. The idea is to prevent pimples from forming.
- Jangan jadi pemalas cuci muka, sampai jerawat bercambah sana-sini, lepastu baru kalut nak cari ubat kecutkan jerawat, ubat hilangkan parut jerawat bagai.
2. Menyegar
- Langkah kedua, gunakan Toning Lotion dengan kaedah tepuk-tepuk Toning Lotion ini ke muka. Please don't rub. Dap dap dengan tangan je ok. Tak perlu guna kapas muka.
3. Melembap
- Langkah ketiga lembapkan wajah dengan menggunakan Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream. Siapa yang skip step ini sebab alasannya ''kulit aku jenis berminyak, so tak sesuai pakai cream''. Kamu silap sih!
- Sebenarnya dengan moisturising, ia membantu mengurangkan penghasilan minyak dari kulit kamu, ok? Bukannya buat kulit kamu bertambah berminyak. That's the fact.
4. Melindungi
- Langkah terakhir lindungi kulit dari UV dengan menggunakan Cosmoderm Perfect Balanced Mineral Sun Milk.
- Pada siapa yang selalu naik ruam, atau mata terasa gatal dan pedih bila tiap kali pakai sunblock , you all patut cuba mineral sunblock macam Perfect Balance Mineral Sunmilk ini.
Sunscreen yang melindungi sambil melembap, with minimal white cast. |
Ulasan Mamy Syu
Selepas 5 minggu Syu mencuba set ini, secara keseluruhan I boleh rumuskan bahawa set skincare Cosmoderm Perfect Balanced ni bakal 'boom' macam siri-siri sebelum ni, contohnya rangkaian Tea Tree Oil tu.
Syu suka gila dia punya Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser. Apply dua layer pun masih selesa lagi, kulit tak rasa berlengas atau gatal pun. Soothing WOW Cream dari Perfect Balanced ni pun sama. Syu pakai time musim-musim kemarau macam sekarang ni pun, ok je tak menyebabkan gatal.
Ok itu pendapat I secara umum. And now I akan ulas satu persatu produk dari set Perfect Balanced, bermula dari pencuci muka dia. Ok lets check it out!
Foaming Cleanser
Dari segi isi kandungan I puas hati. Sebab dengan harga RM 29.90 I dapat pencuci muka bersaiz besar dan banyak (120ml). Kalau ikut aturan penggunaan yang betul, kita hanya akan squeeze a small amount of cleanser je atas tapak tangan dan gosok menggunakan 3 jari ke seluruh muka terutamanya kawasan T-zone iaitu dahi, hidung dan dagu.
Sedikit tips untuk you all yang masih belum tahu macam mana nak tentukan jenis kulit you all, sama ada dry, oily atau combination.
Selepas mencuci muka, dap-dap muka dengan tuala dan anginkan dalam 10 minit.
- Kalau terasa tegang seluruh muka, so you all jenis kulit kering dan sensitif.
- Kalau rasa tegang di sebahagian muka sahaja seperti di pipi, ianya kulit kombinasi.
- Kalau okay saja, tak rasa sebarang tightness di muka means that you have normal skin.
- Kalau hidung dan dahi dah terasa licin, ia bermakna kulit you jenis berminyak
Untuk I, memang jelas I mempunyai kulit kombinasi sebab kawasan T-zone memang berminyak sangat-sangat, terutama dalam cuaca panas dan humid. Selepas mencuci muka dengan foaming cleanser ni Syu tak rasa tegang pun pada muka, cuma ada rasa slightly sticky kat pipi. Mungkin sebab I tak bilas dengan sempurna, lagipun texture dia memang agak pekat macam paste gittew. Tapi lepas bilas semula dengan air yang banyak, barulah kulit rasa clear dan ringan.
Perfect Balanced Toning Lotion
Toning Lotion dia agak cair dan calamine akan terkumpul dan precipitate dekat bawah botol. So penting untuk goncang dulu botol sebelum menggunakan toner ni. Kalau tak you guys takkan dapat manfaat yang sebenar daripada toner, okay? Rugilah beli toner sampai RM45.90 sebotol, tapi tak digunakan dengan betul.
Aturan penggunaan toner ni mudah saja. Cuma tuang 4 ke 5 titis ke tapak tangan, dan tepuk-tepuk lembut ke seleuruh muka dan make sure elakkan daripada menyapu toner kat kawasan lingkaran mata. Basically toner digunakan selepas mencuci muka untuk menyegarkan kembali kulit, mengurangkan kemerahan, dan juga mengimbangi pH kulit yang ideal.
Soothing WOW Cream (50 ml)
Pada pandangan mata, Syu nampak tekstur krimnya macam heavy. Tapi bila apply kat muka dan leher, sebenarnya dia taklah rasa tebal sangat di muka. Dan kalau ikutkan, diorang claim krim ni dibuat dengan teknologi water-in-oil in water, yang mana ianya boleh dikategorikan dalam kumpulan light weight water-based moisturizer la juga.
But honestly Syu prefer pakai malam saja Soothing WOW Cream ni sebab kulit I cenderung untuk jadi jerawat nasi (sebaceous filaments). I ni sejenis yang kuat berpeluh dan kerja pun jenis banyak bergerak plus di tempat panas pula, so agak mudah pori di bahagian hidung I ni jadi tersumbat dan radang. I really don't like that.
But hopefully dengan kepekatan prebiotik yang tinggi (30,000 ppm) di dalam krim ni, dapatlah membantu bakteria baik melawan yang jahat tu, so that my sebaceous filament tak develop jadi bengkak, merah dan bernanah.
Mineral Sun Milk (50 ml)
First time Syu pakai sunscreen ni, ia memang light weight. Tak melekit ketika cuaca panas dan melembapkan ketika cuaca panas kering macam waktu kemarau sekarang ni lah. Sesetengah sunscreen akan buatkan kulit I kering, but this one tak.
Tapiii.. haa ada tapi pulak!
Mineral suncreen atau physical suncreen memang bukan jenis sunscreen yang sesuai untuk kulit Syu yang berkulit sawo matang ni.
Bukan kata mineral sunscreen ni tak baik, malah sebenarnya ia sangat bagus untuk orang yang berkulit sensitif yang tak boleh tolerate dengan chemical sunscreen.
Kena faham. Mechanism of action bagi sunscreen jenis mineral dengan jenis chemical adalah berbeza.
Untuk mineral sunscreen, mekanisma tindakannya dalam melindungi kulit dari UV adalah bersifat fizikal, iaitu ia akan membentuk satu lapisan di atas kulit, yang menghalang cahaya UV daripada sempat menyentuh kulit si pemakai.
So yeah! It is normal to have a minimal white cast bila pakai mineral sunscreen sebab bahan mineral seperti titanium dioxide yang terkandung dalam sunscreen ni bertindak macam kulit kedua yang 'payung' kulit sebenar daripada terkena pancaran UV.
Well untuk orang berkulit sensitif, sedikit kesan bercapuk tu kira halal lah, berbanding kau pakai chemical sunscreen then irritates your skin serta buat mata kau gatal merenyam-renyam merah tak tertahan?
Iyaa, chemical sunscreen mungkin invisible bila dipakai, tapi bagi orang yang berkulit sensitif, ia sangat tak digalakkan. Ia bakal mengundang mudarat yang banyak kalau kau insist juga untuk pakai sunscreen jenis chemical. Hati-hati.
I suggest you all yang memiliki jenis acne-prone skin dan sensitif untuk stick to this Mineral Sunmilk ini je. Sebab ia bukan saja hypoallergenic malah ianya telah diuji secara dermatologi.
Special Pick For You! Pengalaman Mamy Syu Buat PicoSure Laser di MyClinic
Nak beli Cosmoderm Perfect Balanced?
Haa ye, tahu..tahu.. You all yang mana memang a big fan of Cosmoderm product range tu, mesti teringin gila-gila nak cuba koleksi terbaru rangkaian Perfect Balance ni kan?
Meh sini nak bagitahu. Basically semua produk Cosmoderm ada je dijual dekat Watsons, Guardian dan Aeon Wellness seluruh Malaysia.
Tapi kalau I, I prefer shop from home je melalui laman web rasmi Cosmoderm atau dekat apps Shopee melalui Official Store Cosmoderm. Senang. Tak penat.
Yang paling penting bila kurang keluar rumah so kurang la terdedah terhadap risiko jangkitan virus. Maklumlah musim-musim pandemik ni.
Kita vaksin pun tak lagi. Dah daftar tapi nama tak naik lagi huhu.
Klik banner di bawah kalau nak beli online.
Klik sekarang!! |
Website: https://www.cosmoderm.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Cosmoderm
Instagram: https://www.instagram.com/cosmoderm/
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Sekarang ni muka mommy teruk..boleh la try cosmoderm ni.. muka teruk sbb suka dok kat panas
ReplyDeleteYup. Memamg u should mommy.
DeleteJaga kulit dari awal is better daripada merawat kulit setelah ia rosak di kemudiannya
Cantik packaging dia .. lawo dah la pinky semua tu
ReplyDeleteKann. Buat jadi hadiah pun sesuai
DeleteCosmoderm memang best.. cikza suka sabun² keluaran cosmoderm memang best
ReplyDeleteOhh ya? I baru 2 range ni je I pernah pakai. Range cosmoderm yg lain belum pernah try lg.
DeleteDah guna produk nih, memang sesuai dengan kulit wajah yang kadang ada elergik gatal-gatal...
ReplyDeleteI like Cosmoderm new skincare range packaging too.
ReplyDelete