Minyak kelapa boleh dikategorikan sebagai minyak yang bagus untuk bayi kerana sifatnya yang antibakteria, antivirus serta antikulat. Minyak kelapa ini bukan sahaja dapat menyelamatkan poket ibu ayah malah dapat membantu menyihatkan kulit bayi. Asid lemak dari kelapa merupakan unsur semula jadi yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Berikut merupakan beberapa cadangan penggunaan minyak kelapa untuk bayi:
Minyak Kelapa Dara merawat kerak kepala bayi
Minyak kelapa merupakan rawatan semula jadi untuk kerak kepala. Anda hanya perlu sapukan minyak ini pada kawasan tersebut dan biarkannya sekitar 20 minit. Minyak kelapa ini akan bertindak sebagai pelembap kulit lalu menanggalkannya. Selepas 20 minit, bilas minyak kelapa ini dan gunakan berus yang lembut untuk menyikat rambut untuk menyingkirkan kepingan kerak kepala pada bayi ini.
Melembutkan kulit badan bayi
Kulit bayi anda sememangnya sudah semula jadi lembut tanpa penggunaan sebarang losyen atau krim. Namun kalau bayi ibu memerlukan sedikit bantuan, minyak kelapa merupakan pilihan semula jadi yang terbaik kerana sifat liat dan licin minyak kelapa dara dapat membantu masalah kulit kering. Kawasan kulit kering pada bayi seperti pada lehernya dapat dirawat menggunakan minyak ini sekali gus membantu menghalang kulit daripada kerengsaan yang lain.
Membersihkan bayi
Bayi gemar membuat sepah terutamanya ketika makan. Minyak kelapa boleh digunakan sebagai agen pembersihan semula jadi untuk membersihkan kotoran yang terdapat pada anak anda. Apa yang anda perlukan hanyalah campuran minyak kelapa, sabun organik dan air. Anda tidak perlu tambahkan sebarang wangian kerana minyak kelapa itu sendiri sudah berbau wangi. Tambahan itu, anda juga boleh menggunakan minyak ini sebagai sabun mandian bayi anda.
Membantu masalah ruam bayi
Minyak kelapa merupakan cara paling natural dan berkesan merawat ruam. Tidak terdapat sebarang kemungkinan ruam tersebut akan bertambah teruk kerana minyak kelapa tidak mempunyai bahan kimia yang mampu mengakibatkan reaksi alahan sepertimana yang disebabkan oleh krim ruam yang lain.
Apa yang anda perlu lakukan adalah menyapu minyak ini pada kawasan yang dikehendaki. Minyak ini akan menjadi pelindung kepada kulit, mengehadkan kerengsaan kulit yang lain serta merawatnya. Minyak ini juga dapat berfungsi menyembuhkan infeksi yis. Selain itu, minyak ini tidak akan merosakkan pakaian sepertimana yang disebabkan oleh rawatan ruam yang lain.
Mengurut bayi
Umum mengetahui bahawa terdapat banyak kebaikan mengurut bayi. Selain mengeratkan hubungan sesama anda dan bayi, urutan bayi juga dapat membantu bayi anda untuk lebih relaks ketika waktu tidur mereka. Kebanyakan minyak untuk mengurut bayi sebenarnya diperbuat daripada petroleum iaitu satu bahan berbahaya yang perlu dijauhi daripada kulit bayi anda.
Bagi menghasilkan krim urutan semula jadi buatan sendiri, anda hanya perlu mencampurkan sedikit minyak kelapa dengan minyak zaitun dan tambahkan sedikit minyak pati jika perlu.
Lavender juga merupakan pilihan yang bagus kerana ia dapat membantu bayi anda relaks. pastikan anda memilih minyak kelapa yang suci dan tidak dicemari oleh sebarang bahan kimia atau bahan peluntur bagi menjaga keasliannya.
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y