Kanser payudara adalah pembunuh utama wanita di negara ini dengan nisbah satu daripada 19 wanita menghadapi risiko mengalami kanser berkenaan. Statistik mendedahkan bahawa setiap tahun, kira-kira 3,500 individu meninggal dunia akibat kanser payudara.
skssr perkeso login
Pada kebiasaannya seseorang yang telah disahkan menghidap kanser mungkin mempersoalkan betapa seriusnya penyakit itu dan sama ada mereka boleh bertahan. Perasaan sedih dan takut juga akan menyelubungi, malah tidak dapat lari daripada terus menerus memikirkan semua kebarangkalian negatif mungkin berlaku terutamanya kematian.
daftar perkeso surirumah
Namun, seperti yang kita tahu, kanser payudara sama juga seperti kanser-kanser lain iaitu, jika ia berjaya dikesan pada peringkat awal, peluang untuk survive adalah sangat tinggi. Oleh itu, jom kita tingkatkan pengetahuan agar lebih aware tentang kanser payudara, dengan harapan kita dapat mencegah dan mengesannya dengan lebih awal, sekiranya ada.
Apa itu Kanser Payudara?
Kanser payudara adalah penyakit yang dicirikan oleh sel-sel abnormal di payudara yang tumbuh secara tidak terkawal di dalam sel nodul payudara dan ia boleh merebak ke nodus limfa yang berdekatan serta organ-organ yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati, yang boleh membawa maut.
Cara daftar SKSSR
Di Malaysia, semakin ramai wanita didiagnosis dengan kanser payudara sebelum mereka mencapai usia 40 tahun. Menurut pakar bedah payudara dan onkoplastik Dr. Tan Gie Hooi pada tahun 2023, penyelidikan UPM pada tahun 2020 mendedahkan statistik yang menunjukkan 13.6% wanita di Malaysia didiagnosis dengan kanser payudara sebelum mereka mencapai usia 40 tahun. Sebagai perbandingan, di Amerika Syarikat, angka tersebut hanya 5%.
suri perkeso
Siapakah yang berisiko menghidapi kanser payudara?
- Wanita yang mempunyai faktor risiko seperti wanita berumur – melebihi 50 tahun.
- Wanita yang datang haid awal iaitu sebelum umur 12 tahun. Atau wanita yang lambat putus haid, melebihi umur 50 tahun
- Wanita yang tak pernah mengandung, tidak atau kurang menyusukan anak.
- Wanita yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser payudara seperti ibu, adik beradik atau anak. Risiko adalah lebih tinggi sekiranya ada ahli keluarga mendapat kanser ketika usia muda dan pembawa genetik kanser payudara seperti BRCA1, BRCA2 dan PABL2.
- Wanita yang mengambil perancang jenis hormon.
- Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan mengalami obesiti.
- Kurang melakukan aktiviti kecergasan.
- Amalan pengambilan alkohol berlebihan terutamanya jenis ‘beer’.
Apakah Langkah Awal Pencegahan Kanser Payudara?
Sekiranya anda mempunyai faktor risiko, lakukan pemeriksaan kendiri payudara secara kerap. Dan jika anda berumur 40 tahun ke atas, lakukan ujian saringan mamogram setiap tahun, terutamanya kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda pada payudara, kerana pada peringkat awal, ketika kanser payudara masih setempat (in-situ), ianya tiada ketulan yang boleh dirasa secara pemeriksaan kendiri. Pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa.
Faedah perubatan surirumah
Bagaimana untuk Menjaga Penghidap Kanser Payudara?
Apabila mengetahui bahawa orang tersayang kita didiagnosis dengan kanser payudara, ketahuilah bahawa kita harus lebih kuat dan mengambil langkah-langkah yang betul bagi memudahkan perjalanan rawatan kanser mereka. Berikut Mamy selitkan beberapa panduan dan nasihat yang mungkin berguna untuk anda.
skssr perkeso
Baca sampai habis ya!
semakan surirumah perkeso
- First and foremost, jaga kesihatan diri sendiri dahulu! Make sure diri anda mendapat tidur yang cukup, makan dengan betul, serta pastikan spare some time juga untuk diri sendiri and chilling yourself. Kalau diri sendiri pun terabai, tak terjaga, macam mana nak menjaga orang lain?
- Ubat, kesan sampingan dari kemoterapi, dan tekanan mungkin menyebabkan penderita kanser payudara berasa tertekan, marah, atau letih. Jadi sebagai penjaga, kita kena bersedia untuk menghadapi perubahan tingkah laku dan emosi mereka. Jangan ambil hati jika mereka marah, bertempik atau silent treatment terhadap kita.
- Elakkan daripada membandingkan situasi mereka dengan pengalaman orang lain. Sebaliknya lebih baik anda menggunakan kreativiti anda untuk beri galakan kepada penderita kanser payudara agar kekal aktif dan berdikari dari masa ke semasa. Ini boleh membantu mereka mengekalkan rasa kawalan diri.
- Minta bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sekiranya memerlukan. Kebanyakan individu tidak merasa terbeban pun, malah akan gembira untuk membantu. Contohnya minta tolong menghantar makanan, membawa haiwan peliharaan berjalan-jalan jika ada, atau meminta carpooling untuk ke temujanji doktor.
Insurans kemalangan Suri Rumah
Bagaimana Merawat Kanser Payudara?
Rawatan adalah bergantung kepada saiz dan sejauh mana ia merebak. Selain itu, keadaan pesakit dan tahap kanser juga turut mempengaruhi regimen rawatan. Rawatan adalah melalui kombinasi pembedahan (Lumpektomi & Mastektomi), kemoterapi, radioterapi dan terapi hormon, imunoterapi, serta terapi disasarkan.
Berapakah Kos Rawatan Kanser Payudara?
Tidak dinafikan bahawa kos rawatan kanser payudara boleh menjadi beban kewangan yang besar, malah dalam kebanyakan situasi, duit sumbangan daripada keluarga dan saudara memang tidak cukup. Sehubungan itu, penting untuk memastikan penghidap kanser mempunyai pelan takaful atau mencarum skim perlindungan yang khusus meliputi penyakit yang berkaitan dengan wanita.
borang surirumah perkeso
Wanita perlu lebih peka terhadap kebajikan diri dengan melanggan insurans atau mencarum skim perlindungan kerana sakit boleh menimpa bila-bila masa sahaja. Bagi wanita berkerja makan gaji, mungkin tidak menjadi masalah untuk membeli pelan insurans diri. Namun bagi wanita yang bergelar suri rumah, bagaimana mereka nak menanggung komitmen caruman bulanan, dalam keadaan diri mereka tidak mempunyai pendapatan tetap?
Perlindungan Khusus untuk Wanita yang Bergelar Suri Rumah
Eh, wanita tak berkerja pun boleh ada pelan perlindungan diri? Macam mana nak bayar? Tak mahal ke?Ya memang adaaa! Skim perlindungan yang komprehensif meliputi perlindungan keselamatan, kesihatan dan kemalangan untuk suri rumah, dan yang lebih penting, amaun caruman bulanannya langsung tidak membebankan. Tak mahal pun, RM120 je setahun! Bersamaan dengan RM 10 sebulan.
Skim Perlindungan Surirumah
Familiar dengan perkataan PERKESO tak? Yes! PERKESO ni adalah agensi yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial untuk "pekerja". Haa, so suri rumah pun PERKESO cover jugak okay!? Bukan calang-calang weh jawatan suri rumah ni. Kalian jangan nak buat-buat lupa yang suri rumah pun "pekerja", malah mereka ni bekerja round-the-clock! Tiada waktu masuk, tiada waktu keluar.
Skim Keselamatan Sosial Surirumah
Siapa tak setuju, meh sini Mamy jek atas belakang tengkuk tu tiga das, baru kau nak sedar diri kot bahawasanya "suri rumah" juga di bawah kategori pekerja selayaknya. Cuma pekerjaannya itu tidak dibayar upah.
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dari PERKESO?
Suri rumah ke, wanita bujang ke, semuanya boleh dilindungi di bawah SKSSR, malah ia dipanjangkan kepada janda atau balu serta single mom yang berumur antara 18 hingga 55 tahun pada hari lahir berikutnya layak untuk mendaftar untuk skim ini.
Skim Perlindungan Surirumah
Jadi sekiranya pencarum didiagnos menghidap kanser payudara, maka mereka layak untuk mendapat faedah perubatan untuk mendapatkan rawatan kanser. Pencarum juga layak mendapat Elaun Keuzuran kerana menghidapi penyakit kritikal, iaitu kanser payudara. Banyak lagi faedah dan kelebihan SKSSR ni sebernarnya, tapi Mamy tak punya banyak masa nak hurai satu persatu di sini. Boleh rujuk detail dekat bawah.
Skim Perlindungan Surirumah
Website : https://www.perkeso.gov.my/
Email : perkeso@perkeso.gov.my
Telefon : 1-300-22-8000
Jadi kalau nak mendaftar ke skim SKSSR ni, anda boleh terus mendaftar pengguna baru secara online di website PERKESO (<<klik link tu).
Skim Perlindungan Surirumah PERKESO
Sumpah tak rugi sebutir habuk pun kalau sek mung carum RM 10 sebulan dengan PERKESO, sebab kemalangan atau penyakit boleh datang tiba-tiba, dan bila-bila masa tanpa sebarang alarm tau. Aku pun kalau boleh nak carum mak aku dengan SKSSR ni, tapi malangnya mak aku dah lebih umur 55 tahun, so tak layak.
skssr PERKESO
Jadi sek awok kalau masih dalam lingkungan umur yang layak, sila carum!
skssr PERKESO
skssr PERKESO
Untuk caruman, suri rumah boleh mencarum untuk diri sendiri atau pihak ketiga seperti suami, kakak, adik, saudara pun boleh mencarum secara sukarela untuk suri rumah tersebut. “Happy wife, happy life” betul tak? Buat geng abang-abang sayang bini kat luar sana, jangan lupa carum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO untuk isteri kalian sekarang!
skssr PERKESO
Bye! Assalamualaikum.


.webp)



Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y