Mamy ni jenis yang jarang gila bagi rating tinggi melangit, tapi untuk filem Libang Libu, aku bagi 10/5 stars. Gila tak gila? Ini point utama kenapa aku rasa filem ni "game changer".
![]() |
| Libang Libu: Betul ke lawak dia lagi gempak dari Mamat Khalid? Baca review penuh kenapa filem ni Top 1! |
Komedi Bukan "Try Hard"
Dia punya kelakar tu vibe nya sangat internet humor tau. Lawak dia bukan jenis paksa orang gelak. Dia grounded, lawak dia spontan macam sekali lalu je. Kalau kau "tangkap" kau mesti gelak! Tapi kalo kau sejenis orang yang macam 'minyak gas' yang lambat menyambor, kau akan tercengang-bangang je tengok scene tu.
Seorang "pembaris" macam ni akan cakap review aku ni membongak je lebih dan ayat macam "hmm filem ni biasa je nyah!" akan keluar. Wey lawak dia ni actually lawak harian tau, lawak level-level marhaen, lawak orang kebanyakan yang haluss je humor dia tau. Tak semua orang dapat tangkap the jokes.
Even part yang langsung tak ada dialog macam scene lambung kacang masuk mulut pun dah buat aku gelak sampai nak tergolek kat dalam panggung tu.
Inside Jokes & Memes Jokes
Camera shot dia yang back and forth ulang-ulang dan fokus dekat reaksi muka pelakon tu buat aku rasa macam tengok reaction meme kat X (Twitter). Cerita ni tak pakai lawak slapstick yang old-fashioned like watak tu kena jatuh tergolek masuk longkang untuk buat orang gelak. Dia pakai situational comedy yang sangat relatable dengan jiwa anak muda sekarang yang almost everyday consume socmed content.
Kalau kau tunggu keluar kat TV baru nak tengok, memang rugi. Ni bukan sekadar FOMO tapi memang berbaloi tonton kat cinema, have fun, gelak beramai-ramai. Lepastu bila dah balik, masing-masing akan 'troll' dialog-dialog dalam cerita sesam sendiri then sambung gelak lagi haha. Bagi aku, watak Syakuur Rahman berpotensi jadi meme paling besar tahun ni!
Barisan Pelakon Mantap
Aku puji gila-gila pelakon-pelakon Libang Libu ni sebab semua ada karakter yang kau akan ingat sebab masing-masing ada punchline yang tak dijangka yang membuatkan orang pecah ketawa! Watak sampingan pun bukan bukan sekadar wata cameo yang come and go je tau, diorang sangat excellent dalam memainkan watak, nampak real nampak hidup. Obviously pelakon-pelakon Libang Libu semuanya berani keluar dari comfort zone diorang.
Beto Kusyairy: Selalunya dia bawa watak berat watak pahlawan pun tiba-tiba kali ni jadi watak Abang Long kawasan yang acah-acah cool, ganas tapi sebenarnya kelakar. Watak cenggini orang Perak panggil gengster taik kuceng. Dia macam nak tunjuk gengster, alih-alih poyo je ketara. Dia punya real tu sampai kadang-kadang aku fikir 'poyo' tu memang sifat asal dia pulak hahaha very da natural!
Fikri Ibrahim: Dia ni MVP! Setiap kali dia masuk frame, satu panggung akan pecah gelak. Tak ada satu momen pun aku tak tergelak bila dia muncul kat skrin.
Zahiril & Pokya Congcodey: Karakter pembantu pun semua shine. Zahiril tu, aku terbayang dia dalam watak Falah, tapi versi komedi. Memang tak terjangka rupanya dia boleh jadi kelakar. Paling mahal ekspresi muka Zahiril yang semuanya meme-able tu ahaha. Takleh blah kan? Zahiril kan muka dia pesen toyer gitu haha. Pokya congcodey a.k.a Sabri Yunos tak payah cakap la. Standard dia, dengan muka serius pun boleh buat orang gelak.
Ozlynn & Nabila Huda: Ozlynn ni lepas comeback lain macam sikit aura dia. Kemain menjadi dia. Nabila Huda? Memang geram je watak dia tu, macam nak tenyeh cabai burung je nengok 'ngelenyor' dia tu. Kalau kau rasa getik nengok Nabila Huda dalam tu, kita sama! Sangat successful la kiranya dia membawa watak tu.
Kualiti Produksi Filem
Walaupun filem komedi rakyat, tapi visual, audio, dan editing dia memang gred panggung. Cinematic dia cun! Pendek kata, gambor nye tidak la nampak keji level telemovie cina CEO yang menyamar kat Tiktok tu haha. Kualiti Dolby Atmos dia, memang 'smooth' gila.
Ada yang cop filem Libang Libu ni copycat style arwah Mamat Khalid. No! Bagi aku tak langsung. Memang la filem ni bawa konteks yang sama, guna loghat Perak, vibe kampung. Tapi style cerita, camera-shot, muzik semua ada identiti sendiri. Filem Mamat Khalid dia bawak lagu 80-an yang cringe-cringe tu kan, tapi Libang Libu sentuhan Bobby Husaini ni lain!
Libang Libu Cerita Pasal Apa?
Kisah dua beradik. Abang Long yang steady. Dia ada adik, Fendy Bakry yang sejak azali suka bawak masalah je—udah la kaki judi, lepas tu suka rembat sana sini. Watak dia seorang ni buat sekampung jadi kacau-bilau, tak senang duduk, itulah kot yang Libang Libu nye kot. The whole story memang real menunjukkan culture Malaysia sampai ke isi yang paling dalam, bukan setakat kulit luaran je.
Lawak dia tak kosong. Banyak mesej-mesej ketuhanan yang dia sampaikan secara halus dan menusuk. Kalau kau faham, kau sentap sendiri.
Awal-awal cerita, flow dia nampak berterabur and confusing, nampak tak connected. Siapa yang tidur sebab bosan tengok part awal cerita, rugi! Sebab penghujung dia tu yang penting. Yang tahu je tahu. Kau akan relate balik dan cakap 'oo patut la..'
Kesimpulan
Filem Libang Libu ni guna pendekatan meme culture yang diolah dalam bentuk filem. Sebab overall lawak dia aku rasa macam memes tau. Bukan sekadar filem lawak bodoh biasa.
Kalau mengkomer dah tonton Libang Libu tapi berpendapat "biasa jer filem ni nyah", maksudnya uolls didn't get the jokes! Komer belum cecah darjah tertinggi sense of humor lagi. Nasihat aku, banyak-banyakkan lah bergaul, berseloroh dengan orang Perak, supaya korang faham elemen sarcastic humor yang ditampilkan dalam Libang Libu ni.
Libang Libu Review




Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y