10 Pencuci mulut ringkas ramadhan: Tema durian

June 29, 2014
Lambakan durian di rumah telah mencetuskan azam untuk memanfaatkan durian semaksima mungkin dalam penyediaan sajian berbuka.. Sempena musim durian luruh (di kebun Abah) yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan 1435H / 2014 ini Annur nak share 10 pencuci mulut berasaskan durian yang mudah, ringkas dan paling penting sedaapp..

Pulut durian

resipi-pulut-durian-istimewa

Anggaran masa penyediaan : 45 minit
Bahan-bahan:

300g beras pulut (rendam semalaman)
200ml susu sejat
150mL santan
1 helai daun pandan
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula
3 biji durian

 Cara-cara:

Part A:
Campurkan 100ml susu sejat dengan santan kelapa, daun pandan, garam dan gula. Masak dengan api kecil sehingga gula larut dan biarkan mendidih. Matikan api. Buang daun pandan. (baki susu 100ml untuk dihidangkan dengan pulut kemudian) 

Part B:
Toskan beras pulut dan kukus selama 1/2 jam atau sehingga masak. Angkat keluar loyang dari pengukus. Tuangkan bancuhan dari Part A ke atas pulut yang panas dan gaul rata. Tutup pulut selama 15 minit sebelum dihidangkan. 
Hidangkan pulut dengan 2 ulas durian dan tuangkan baki susu sejat di atasnya. Siap!

Cendol durian

cendol-durian
Anggaran masa penyediaan : 15 minit
Bahan-bahan:

 1 biji durian ~ ambil ulasnya
 1 biji kelapa diambil santan sederhana pekat
 1 helai daun pandan ~ cuci & simpul secubit garam

Cara-cara:
 1. Campurkan ulas durian bersama santan, daun pandan & secubit garam.
 2. Masak hingga agak2 pekat dan tutupkan api.
 3. Hidang bersama cendol, air batu & air gula merah.

Bingka durian

bengkang-bingka-durian

Anggaran masa penyediaan : 1 jam 45 minit
Bahan-bahan:

 3 biji Telur ayam - 3 biji
 4 cups Tepung gandum – 4 cawan
 2 cups Gula pasir – 2 cawan
 1/3 tin Susu cair – suku tin
 2 cups Air – 2 cawan
 1 kotak Santan (200ml)
 1 sudu teh Garam – 1 sudu teh
 6 ulas Isi Durian 6ulas
 50g Bijan (sanggai tanpa minyak)
 Minyak masak- sedikit untuk oles seluruh permukaan dalam loyang

Cara-cara:
 Blend semua bahan kecuali, bijan dan minyak masak.
 Oles minyak masak dalam loyang
 Bakar dengan oven adunan dalam loyangtadi pada suhu 180°C selama 1jam 20 minit
 Taburkan bijan ke atas kuih bingka pada 20 minit terakhir.
 Biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong.
 Setelah sejuk, kuih bingka sedia dipotong untuk dihidangkan!.

Puding roti durian

puding-roti-durian
Anggaran masa penyediaan : 1 jam
Bahan bahan:
 1 paket agar agar (20 gram)
 5 mug air
 5 keping roti
 2 cawan gula (kurangkan, jika tak suka manis)
 1 tin susu cair
 6 ulas durian (diambil isinya)
 3 biji telur
 1 sudu besar tepung kastard
 1 sudu kecil esen vanilla
 pewarna ikut suka 
Cara-cara
 Masak agar agar dgn air dan gula hingga hancur.
 Sementara itu blend susu cair, telur, isi durian, roti, esen dan tepung kastard.
Untuk menyediakan Filling 
 Tuang satu senduk agar agar ke dlm bekas leper dan campurkan satu warna, kacau.
 Tuang satu senduk lagi untuk warna kedua.
 Biarkan sejuk dan keras.
 Setelah keras Agar agar yg telah diwarnakan tadi diipotong kecil2. (Filling A)
Untuk menyediakan Puding
 Masukkan bahan bahan yg di blend ke dalam lebihan agar agar yg di dalam periuk tadi, kacau rata.
 Padamkan api, masukkan adunan ke dalam acuan atau loyang yang dibasahkan.
 Masukkan bahan A ke dalam loyang yg berisi puding.
 Kacau rata dan biarkan sejuk dan keras, sebelum dipotong.
 Sedap dimakan setelah di dingin sejukkan di dalam peti.

Onde-onde (buah melaka) durian

buah-melaka-onde-onde-durian
Anggaran masa penyediaan : 1 jam
Bahan bahan:
1 bungkus tepung pulut
 4 helai daun pandan
 kelapa parut secukup diperlukan
 lempuk durian secukupnya
 sedikit garam

 Cara-cara :
 1. Kisar daun pandan dan tapis serta ambil airnya
 2. Uli tepung pulut, garam dengan air pandan tadi sehingga menjadi doh.
 3. Sementara itu panas air di dalam periuk sehingga mendidih.
 4. Bentukkan adunan tadi menjadi bulat dan masukkan lempuk durian sebagai inti.
 5. Masukkan adunan yang telah berinti tadi kedalam periuk berisi air panas tadi dan biarkan adunan tersebut      didalam periuk sehingga ia terapung-apung.
 6. Seandainya ia telah terapung, makan bolehlah diangkat akan adunan tersebut.
 7. Golekkan adunan tadi di atas kelapa parut.
 8. Sedia untuk dihidang.

Durian chiffon cake

durian-chiffone-cake

Anggaran masa penyediaan : 1 jam
Bahan-bahan :

 Bahan A
 150ml santan
 6 biji kuning telur
 4 sudu besar minyak jagung
 1/4 sudu kecil garam
 150gm isi durian
 1/4 aising durian
 50gm gula kastor
 140gm tepung 

Bahan B
 6 biji telur (putihnya sahaja)
 1/4 sudu kecil Cream of Tartar
 100gm gula kastor

 Cara-cara :
 1. Adunkan bahan-bahan (A) sehingga sebati dengan perlahan-lahan.
 2. Pukul telur putih sehingga berbuih sambil memasuk sesudu demi sesudu gula ke dalamnya sehingga gebu
 3. Secara perlahan-lahan masukkan adunan (A) ke dalam adunan (B) sehingga sebati.
 4. Bbakar pada suhu lebih kurang 175°C dalam masa 45minit.
 5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Bubur cha cha durian

bubur-cha-cha-durian

Anggaran masa penyediaan : 1 jam
Bahan-bahan:

 Chacha
 sekotak Santan kelapa 200ml
 2 cawan air
 6 ulas durian (di perisikan)
 4 sudu gula putih
 2 sudu gula merah
 4 helai daun pandan
 secubit garam

Cara-cara:
: 1. Rebus cha cha hingga empuk bersama 1 sudu kecil garam untuk mengelakkan caca terlalu kembang dan      lembik
 2. Dalam periuk yg berasingan, campurkan semua Air+Daun pandan, santan, gula merah, gula putih dan            rebus atas dapur.
 3. Masukkan isi durian & chacha yg dah direbus awal td. Kacau.
 4. Sedia untuk dimakan atau disimpan di dalam peti sejuk bagi yang gemar sejuk.

Roti jala kuah durian 

roti-jala-kuah-durian

Anggaran masa penyediaan : 1 jam 30 minit

Roti Jala
 Bahan-bahan
 1/2 kilo tepung gandum (500gm)
 1 tin susu cair
 1 biji telur
 2 tin air (guna tin susu cair tadi)
 sedikit garam
 1 sudu makan minyak masak
 sedikit tepung kastard (untuk seri kuning)

 Cara-cara
 Masukkan tepung, telur, susu cair dan air serta kastard kedalam blender.
 Bancuhan tepung jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
 Kemudian baru dikirai diatas kuali leper mengunakan acuan roti jala

Kuah Durian
 Bahan-bahan
 8 ulas durian
 500ml santan (200ml santan pekat + 300 air)
 1/2 sudu besar tepung gandum
 2 sudu besar gula (ikut kemanisan yg anda suka)
 sedikit garam
 daun pandan

 Cara-cara
 Masukkan semua bahan (kecuali tepung gandum) kedalam periuk dan kacau sehingga isi durian tertanggal dari bijinya. Tambahkan sedikit tepung gandum (yg dibancuh) untuk memekatkan kuah.

4 comments:

  1. Salam. 10 orang pertama bloglist #kawan baru. baca lanjut di sini

    http://sihatitubahagia.blogspot.com/2014/09/bloglist-kawanbaru.html

    ReplyDelete
  2. camna nk follow u ni dear...saya cari butang follow tak jumpa pn...

    ReplyDelete
  3. Mama selalu jugak buat bende ni.
    Done follow sini :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. salam, anda telah ditag untuk Liebster Award. Jawab ye.. ;-)

    http://sihatitubahagia.blogspot.com/2014/09/liebster-award-dicalonkan-lagi-2-kali.html

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.