Resipi Kurma Milk Shake - untuk kekal bertenaga sepanjang Ramadhan

May 18, 2017
Salam uolls!

Countdown nak menyambut puasa dah tak lama dah. Tinggal 10 hari je lagi. Tazzabar rasanya! Bila masuk bulan puasa AS mesti terbayang-bayang akan keenakan Kurma Shake..uuu~rindu nya. Lama tak makan..aummm.hehe. Normal la tu kan. Ramadhan ni memang selalu dikaitkan dengan dua keseronakan. Pertama, seronok makan buka puasa, sebab dapat gather ramai-ramai bersama keluarga dan makan sedap-sedap. Kedua, rezeki bulan ramadhan ni selalunya memang mencurah-curah luarbiasa sangat hebatnya.

Nak tahu? Belum pun masuk bulan puasa, rezeki pertama AS untuk Ramadhan kali ni dah pun muncul depan mata. Bangun pagi, buka je mata terus ternampak sale Marhaban Ya Ramadhan & Riang Ria Raya kat Lazada. OMG! OMG! Start 16 haribulan ni sampai 27 haribulan Jun korang weyy! 

Apa maknanya? Maknanya AS boleh la survey barang-barang runcit yang murah-murah untuk buat kurma milkshake yang AS jual sepanjang bulan puasa ni nanti. So AS search, Kurma Madu Yusuf Taiyoob. Muncul! Tudia harga murah gila kot! Kat Gerik ni paling murah AS jumpa RM13.60 kau! Ada orang kata kenapa tak borong kat Tesco atau Econsave jer.

Oloh..padan lah dengan duit minyak, tol semua nak ke sana Jah oi. Hypermarket tu paling dekat pum, nuu ada kat Sungai Petani atau Taiping nuu. Masak lah kaklong wey kalau  nak menempuh 130 KM perjalanan semata mata nak kejar kurma murah. Pulak tu ada anak kecil lagi..memang tak la! ku nak travel jauh-jauh bulan puasa ni. Lebih baik beli kurma online je kat Lazada.

lazada-kurma-madu
Sepanjang puasa, AS perlukan stok kurma kat rumah paling kurang 2 karton seminggu. Lagi jimat sebab dapat free penghantaran kau! Selain untuk meniaga, AS pun minum jugak kurma milkshake ni. AS kan masih menyusukan si Dikfael tu. Dan dari hasil try and error AS untuk Ramadhan tahun lepas, AS dapati cuma kurma je dapat buat AS bertahan masa berpuasa dalam keadaan menyusukan anak. Alhamdulillah takde la berlaku kejadian hypo atau nak pitam di siang hari bila di tempat kerja.

Kurma milkShake ni memang favourite seisi keluarga dan dah jadi signature dessert untuk Ramadhan AS. Kat area Gerik ni memang dah tahu, masuk je puasa, diorang akan roger AS melalui wasap, dan AS akan buat delivery. Sumpah sedap weyy! Fresh je rasa kalau minum masa berbuka.

AS nak sangat bagi korang rasa, tapi macam jauh sangat pulak nak buat delivery. So AS akan kongsikan resipi bagaimana nak menyediakan Kurma Milk Shake yang AS buat untuk berniaga ni. Korang nak ambil resipi ni untu biisnes jugak pun AS takde masalah. AS halalkan.

RESIPI KURMA MILK SHAKE

Saiz hidangan : 1 pax
Masa penyediaan : 15 minit

Bahan-bahan
          250ml full cream milk
          7 biji kurma (AS guna kurma madu sebab lembut)
          1/2 biji pisang (pisang raja kalau ada)
          2 cawan air batu
          1/2 cawan whipinng cream (optional)

Cara-cara:
           1. Rendam kurma didalam air panas mendidih selama 10 minit
           2. Keluarkan kurma dan asingkan biji nya
           3. Kisar kurma dan pisang hingga hancur bersama 1/3 cawan susu
           4. Setelah semua kurma hancur dan kulitnya menjadi halus, baru masukkan air batu dan baki
               susu yang ada
           5. Bagi nak menaikkan rasa lemak,letakkan 1 dash (1/8 sudu teh) garam ke dalam milkshake
           6. Kisar sehingga semuanya halus.
           7. Sedia untuk dinikmati sebagai pencuci mulut. Delish!

resipi-kurma-milkshake

AnnurSyuhadah : Sedap sangat-sangat. Kalau nak lagi sedap, korang boleh letak aiskrim vanila sebagai toppings dan tabur kismis dan kacang badam kasar.

Baca juga : Resipi 10 Pencuci Mulut Ringkas Untuk Iftar di Bulan Ramadhan | Tema Durian
Dan ini juga : Resipi Aiskrim Gebus Homemade | Ringkas tapi sedap

6 comments:

  1. Baru je tadi farah terfikir nak buat air susu kurma tau. Macam tau2 je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. AS memang pernah menuntut ilmu hikmat membaca minda orang haha..
      Nanti kalau biat, Farah try tambah sepotong pisang. Memang lain sedap nya!

      Delete
  2. Yummy yummy.... Macam nak cuba jugak laaaa...tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. U are welcome mommy irra.
      Berbaloi sangat cuba resipi kurma milkshake ni. Nak nak pulak kalau buat untuk berbuka puasa..ummph!

      Delete
  3. Sedapnyerrrr....salam knl dr kak lina AFB.....http://mama3danish.blogspot.my done follow AS

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.