Konsepnya simple. Ada demand, ada la supply. So kita pengguma ni sendiri yang sanggup menyerahkan tengkuk untuk "disembelih" oleh penjual-penjual tak bertanggungjawab. Selalu sangat kita sebagai pengguna tertipu, termakan testimoni, termakan iklan melampau.
Terutama kita orang perempuan yang nak kurus. Asyik kena tipuu je. Hairan lah AS, nak dikatakan bodoh, tidak. Tapi mungkin kerana tekanan dari suami kot, duk bising body tak seksi macam dulu kot.
Yang tukang cakap tagline kat tv tu sampai dapat gelaran Datuk muda-muda lagi, pun kurus sakit. Bukan kurus sihat. Nak kurus cara sihat senaman and kawal pemakanan je wey. Bukan makan produk bukan-bukan. Kadang owner produk tu sendiri pon tak makan produk dia.
Satu lagi, yang kulit gelap, nak putih. Agak-agak la. Kalau kulit sejak azali lagi dah hitam manis, kau sapu skincare mana-mana pun paling habis, jadi turun tone kulit kepada coklat. Tapi, kalau nak putihh? Ohohoho..kau pikir lah sendiri.
Banyak sebenarnya produk kesihatan, makanan tambahan, dan kosmetik mengandungi bahan terlarang. Macam Sibutramine (ubat kurus) yang dah di contra-ban di kebanyakan negara termasuk Malaysia, sejak 2010 sebab boleh menyebabkan kematian mengejut.
Merkuri, untuk lunturkan warna kulit. Tranexamic acid untuk kulit gebu gebas. Cialis, selalu dicampur-palsu ke dalam kopi jantan bagi mendorong seks. Ehh nak sebut pun banyak sangat lah. Kita la sebagai pengguna kena aware dan tingkatkan pengetahuan melalui pembacaan bahan berilmiah. Jangan asyik sibuk nak khatam status-updates patah ahmen je.
Kita sepatutnya buka mata luas-luas, dan jadi lebih bijak dalam memilih apa yang nak di beli. Testimoni-testimoni tu semua, kalau di lampirkan sekali untuk abstract submission, pun ke tong sampah jua ia dikembalikan. Testimoni tak akan diterima sebagai bukti saintifik. Sebab bukti melalui testimoni tak cukup firm, berbanding clinical studies.
Bila ada testimoni yang claim sesutu produk tu boleh membebaskan pesakit dari derita kencing manis. Tipu! Testimoni cakap dengan pengambilan yang istiqamah, ayah saya dah tak perlu makan ubat darah tinggi. Tipu! Sebenarnya testimoni berbunyi macam tu sebanarnya sangat-sangat misleading.
Kalau betul diabetes dan darah tinggi boleh sembuh, hooii. Kaya la nak!! Mesti WHO patenkan produk tu dan distribute seluruh dunia. Kadang ayat marketing yang tricky dan ada unsur-unsur penipuan pun selalu digunakan oleh seller-seller nak cepat kaya ni. Ohh alhamdulillah, syukur pada Allah atas rezeki hari ni. Order.masuk berdesup-desup. Baru je restock, dah habis 100 botol.
Atotoii..nak gelak rasa! Tapi paling menjadi, taktik marketing acah-acah abang haji, ustazah-ustazah gitu tau.Cepat je kita-kita ni termakan umpan dengan taktik acah-acah ustaz ni. Selit je perkataan-perkataan berbunyi islamik macam alhamdulillah, asbab join #projekSemutTakdeGigi, cik Xu mampu meminang kereta Audie. Cait! Konon!
Pengeluar-pengeluar produk ni sebenarnya dari awal lagi berniat nak mengelirukan pengguna. Sasaran utama adalah pengguna yang kurang faham tentang poenyakit sistemik macam diabetes ni. Ada sejenis steroid yang mampu menurunkan paras glukosa darah, tapi diorang bagi pesakit faham yang kencing manis dah hilang.
Salah sebenarnya tu. Kalau betul produk diorang bagus, kenapa tak mohon KKM. Begitu jugak yang berlaku pada pengeluar kopi dan jus. Diirang declare produk diorang sebagai "makanan" untuk mengelak dari dikenakan arahan untuk memohon kelulusan KKM. Tapi bila produk dah menembusi pasaran, diorang mula lah claim "makanan" keluaran mereka ni sebagai "ajaib", "penyembuh" dan "penghulu segala penawar".
Kita, baca je testimoni keluar kat surat khabar, terus percaya. What can I say. Dah memang mentaliti zaman pra-merdeka, asal keluar di tv, sohih! Asal keluar di radio, sohih! Tiada yangvtak soheh melain yang soheh-soheh belaka di dada akhbar.
Senang nak tipu masyarakat berminda kelas pra-sejarah. Tapi takla susah juga nak tipu orang berklas ijazah. Orang yany tinggi tahap pendidikan biasanya lemah dengan provokasi berbentuk emosi. Ha ni la satu lagi taktik seller jus dara kencang, kopi abang perkasa yang paling sukses untuk convert prospek kepada pembeli. Cik bunga longgar, nanti suami lari kawin satu lagi. Abang tak gagah, isteri tak sayang. Amboi! Matlamat perkahwinan tu semata-mata nak ehem-ehem je ke oii.
Tak kurang jugak dengan so called jus susut perut, atau jus pelansing. Katanya jus, jadi tak perlu mohon kelulusan KKM. Ohh ok la. Betul la tu. Tapi sekali boom! Berlaku kes kesan sampingan berat ataupun kematian, habis lah semua jus kena tarik balik. Bila dianalisis kat lab, ohh woww! Hebat nya "saintis" jus ni. Lebih hebat dari profesor. Campurannya, Allahuakbar! Macam-macam.
Kita, kalau nak tahu details pasal ubat dan penyakitnya, jangan pi rujuk penjual produk. Karang kena kempen sikit, kita pon terpengaruh lalu terbeli. Tanya diorang, memang la diorang akan kata produk mereka power, ajaib. Kalau tak gebang lagu tu, susah la nak buat sale. Produk-produk berlambak-lambak susun sampai cecah siling. Duit dah banyak dilabur sebab nak upgrade jadi stokist. Ha tu semua motif belaka.
So, bertanyalah pada yang pakar dalam bidang tersebut. Korang boleh call talian bebas tol, Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di 1800 88 6722 dari Isnin - Jumaat 8am - 5pm
Pakar-pakar di Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan akan berikan semua FAKTA pasal ubat dan penyakit bukan AUTA Sebab personel yang menjawab korang tu langsung takde berkepentingan terhadap mana-mana ubat yang diorang suggest. Takde cubaan nak menipu pengguna, takde testimoni palsu. Semuanya berdasarkan data kajian bertahun-tahun...
Japgi ada la yang jawab tu, diorang ni semua tali barut Big Pharma. Zionis. Yahudi. Dajjal.
Pffftt. *rolling eyes*
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Bahaya skrg ni. Kena tengok dan semak betul2 dah lepas KKM atau tidak. Bkn satu kes tp dah byk kes berlaku yg melibatkan kematian. Kena ada kesedaran sendiri akhirnya.
ReplyDeleteGood stuff Kudos.
ReplyDeletediet supplements
ReplyDeletebest diet pills to lose weight
weight loss pills for women
new weight loss medication
best diet pills to lose weight
I agree wz you...paling menakutkan sekarang target UTK anak anak. supplemen UTK minda...bermacam macam jenis...takut lah..merisaukan...sbb tak percaya apa yg di iklankan oleh pengeluar produk.So sebagai pengguna kita kena berhati hati.Jgn mudah terpedaya dgn testimonial dan iklan.
ReplyDeleteI agree wz you...paling menakutkan sekarang target UTK anak anak. supplemen UTK minda...bermacam macam jenis...takut lah..merisaukan...sbb tak percaya apa yg di iklankan oleh pengeluar produk.So sebagai pengguna kita kena berhati hati.Jgn mudah terpedaya dgn testimonial dan iklan.
ReplyDeleteAlhamdulillah trbaca blog ni. Dah lama org provoke suruh minum jus dara kencang tp sy just senyum je. Sbb was2 nk ambil sebarang jamu. Sy cari juga apa bhn dlm tu tp dia tulis general n lebihnya testimoni je. Hrpnua lebih berhati2 n study sblm beli suatu produk.
ReplyDeletea big applause for your opinion in this entry. it would be more awesome if u add info regarding kkm. even though permitted by KKM, that doesnt mean the supplement is save, they just declare approved bcos the supplement doesnt contain any active ingredient, but the interaction between the ingredient itself was unknown. then bcos of processing aspect, the end product usually contain less effective nutrient, and many other factor too. im a foodtech nerd btw hahahahah. i hope many Malaysia read this entry, open their mind
ReplyDeleteklu KKM menyamar dan beli prodok2 on line yg tdk berdaftar atau mengandongi racun ni, sah semua dpt tangkap. Tp nmpknya semakin hari semakin ramai yg jual prodok on line. Mcm tiada pemantauan dari pihak2 yg terkait dgn masalah ni..
ReplyDeleteSebenarnya KKM pun tak sempat nak pantau semua. Jadi KKM hanya akan bertindak apabil;a terdapat laporan dari pengguna atau orang awam berkenaan kesan buruk yang mereka alami selepas mengambil produk tertentu. Sebab tu kita kena main peranan, laporkan sebarang produk yg disyaki mengandungi bahan terlarang.
Delete