Kenapa setiap kali dapat antibiotik kita selalu dipesan "Habiskan ubat ini"?

September 15, 2017
Kenapa setiap kali dapat antibiotik kita selalu kena habiskan? | Mesti soalan ini yang selalu belegar di fikiran kan apabila kita dipreskripsikan dengan rejimen antibiotik. Sama je bunyi nasihat nya, baik di klinik swasta mahupun kerajaan. Tak boleh ke kalau antibiotik ni kita tak habiskan? Kenapa sampai beriya sangat dipesannya berkali-kali supaya habiskan antibiotik, habiskan antibiotik?

Kenapa setiap kali dapat antibiotik kita selalu dipesan "Habiskan ubat ini"?

Sebelum kita merungkai persoalan di atas, jom kita "berkenalan" dulu dengan antibiotik secara ringkas.

So apa dia sebenarnya antibiotik ni?


Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria. Antibiotik merupakan antimicrobial agent yang bertindak membunuh bakteria atau merencatkan aktiviti bakteria. Matlamat rawatan pembunuh kuman ini adalah untuk melumpuhkan bakteria daripada terus merebak di dalam badan.

Selsema dan antibiotik?

Selsema adalah gejala yang akan dialami oleh seseorang apabila berlaku jangkitan virus pada salur pernafasan. Dalam kes ni, pengambilan antibiotik adalah tidak sesuai. Rawatan untuk penyakit yang berpunca daripada virus ni biasanya dirawat secara kaedah simptomatik je, iaitu rawatan yang hanya mengurangkan simptom yang dialami pesakit seperti bersin, hidung berair, sakit tekak dan batuk.

Jadi bagaimana membunuh virus?

Pengambilan antibiotik bagi jangkitan virus adalah tidak berkesan dah hanya membazir saja. Lazimnya virus akan hilang dengan sendirinya selama 7 hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik. Antibiotik hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder (secondary infection).

Kerintangan antibiotik (Baca: antibiotic resistance 

Apabila antibiotik diambil sewenang-wenangnya tanpa mengikut aturan pengambilan yang betul, maka bakteria gagal dibunuh dan dihapuskan sepenuhnya. Bakteria-bakteria yang belum mati ni akan mengubahsuai dirinya dan bermutasi menjadi kebal dan semakin kuat, menandingi kekuatan antibiotik tadi.

Pastu, bakteria yang kebal ni akan membiak menghasilkan koloni yang lebih besar dan tersebar di kalangan masyarakat. Apa yang berlaku, sekiranya antibiotik yang sama digunakan terhadap pesakit yang dijangkiti oleh bakteria kebal ini, ianya takkan mampu menyembuhkan pesakit tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan kerintangan bakteria terhadap antibiotik.

Akibatnya, antibiotik yang lebih advance dan lebih mahal terpaksa diberikan untuk merawat pesakit tadi. Di sinilah berlakunya kerugian kos dalam pengubatan. Perkara inilah yang kita nak elak, sebab lama kelamaan, kos rawatan akan meningkat dan terus meningkat jika kita tak pupuk kesedaran ini dari sekarang. Nanti kos rawatan melambung, kita juga yang akan tertekan. Ye tak?

Saya berasa lega dan sihat, tapi ubat masih ada baki sikit lagi?

Antibiotik perlu dihabiskan! Mandatory! Antiobiotik perlu diambil mengikut dos dan jangka masa yang telah ditetapkan. Ini demi memastikan semua bakteria yang menyebabkan penyakit telah dibunuh! Walaupun korang dah rasa sihat, tak semestinya semua bateria dah mati, lazimnya "abang long" dan "taiko-taiko" besar cuma pengsan dan lumpuh je pada awalnya.

Oleh itu, kalau antibiotik diberi untuk dihabiskan dalam tiga hari, maka tiga hari lah korang kena makan. Begitu juga sekiranya lima hari, tujuh hari atau sebulan, maka selama tempoh itulah korang kena makan mengikut aturan yang betul. Hanya dengan cara ini je kerintangan antibiotik dapat dihalang.

Aturan pengambilan antibiotik yang betul

Antibiotik perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum terhadap sesuatu penyakit. Baca betul-betul arahan pengambilan pada label tentang kekerapan dan selang masa untuk mengambil ubat antibiotik yang dibekalkan. Korang mesti comply dengan antibiotik yang korang terima mengikut rajah di bawah.

Kenapa setiap kali dapat antibiotik kita selalu dipesan "Habiskan ubat ini"?
Ambil antibiotik pada sela masa yang tepat. Sama ada ssekali setiap pagi / 12jam sekali / 8jam sekali / 6jam sekali.

Jadi dah faham tak kenapa setiap kali dapat antibiotik kita selalu dipesan "Habiskan ubat ini"? Bukan saje-saje je tau ahli farmasi nak pesan begituu okey. Semua ini demi kemaslahatan ummat juga tau. Bila sesuatu yang melibatkan kebajikan dan demi kebaikan seluruh mankind, ianya jatuh wajib jugak tau untuk kita beri kerjasama, walaupun takde termaktub dalam perlembagaan yang mewajibkan antibiotik dihabiskan..
Sama juga dengan kes vaksinasi pada bayi. Ia pun perlukan kerjasama semua orang demi kemaslahatan bersama juga, Tapi what to do. Ramai sangat golongan ruwaibidhah pro-choice sekarang ni.๐Ÿ˜


Annur: Bila lima orang mangsa #difteria meninggal dunia tahun 2016 lalu, geng pro-choice kata jangan nak hentam diorang je. Diorang takde kena mengena. hmmm..๐Ÿ˜’๐Ÿ˜”

5 comments:

  1. Thanks sharing ..mrs pip dtg melawat #afbdotmy

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ๐Ÿ‘ moga bermanfaat

      Delete
  3. mama baru je habiskan antibiotik mama. tapi ada 2 kali terlupa nak makan. harap2 ok laa

    ReplyDelete

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.