3 Jenis Ayah yang Mustahil Dibenci Anak

suami yang menjaga anak suami hensem kacak sado, ciri suami mithali, bapa mithali, tip menjadi ayah yang disayangi


1. Pakar kaunseling rumahtangga Tuan Haji Hussim, berkata,

"Saya bangga nak bagitahu semua, dulu waktu anak kecil-kecil, sayalah tukang cebok bila anak-anak berak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya. Isteri saya kata, "Abang, malam-malam abang ambil alih kerja saya ok?, Kita sama-sama kerja."

"Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga suami kena rajin. Tak boleh malas. Lar ni dah senang sikit, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagitahu itu yang saya buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu nak mengaku!"


2. Forum bersama Ust Nizam Kadir, katanya..

suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh makan,
siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,

Habis isteri? Buat apa?
"Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis. 

Tapi kasihan betul isteri zaman sekarang. Mereka kebanyakannya memikul lebih bebanan sampai keletihan dan tertekan emosi. 

Sebab tu kalau sama-sama berkerjaya, suami kena bantu lebih kerana itu dah memang tanggungjawab suami."

"Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. 

Tapi zaman hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung."

"Mana dia tak tarik muka? Mana muka tak nampak lesu dan pucat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?" soal ustaz.

"Kita hari ni orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita tuduh isterinya queen control, Padahal itu yang Islam suruh. Orang perempuan buatlah kerja macam-macam, sambil dalam hati menyumpah seranah, dalam hati duk kata nak redha tapi ikhlas tu tak datang-datang juga," 

"Sia-sia saja penat lelah. Akhir sekali, pahala tak dapat, penat dan dosa pula yang free-free dapat."


3. Teks ceramah Ust Zahazan Mohamad:

"Menurut pendapat masyhur kalangan 4 mazhab, seorang isteri tidak diwajibkan mengurus suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. 

Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai ihsan atau atas dasar kasih terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

"Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. 

Maka, sangatlah adil kalau suami berkerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri tinggal di rumah, menjadi suri dalam melayani kepentingan keluarga."

"Namun, jika sekiranya juga isteri bekerja di luar rumah (mencari nafkah), maka sudah seharusnya suami turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil"

Tambahnya lagi,

"Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri."

"Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan."

"Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyak khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya."


Wrapping up

Kesimpulannya, tidak penat menjadi wanita, jika suami faham tanggungjawab. 

Menjadi suami juga tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri. 

Adilnya Islam bila kita sama-sama membantu...

sama-sama memuliakan antara satu sama lain. Jangan ikut Budaya Melayu tapi ikut lah apa yang Nabi ajar.

Kata Mamy Syu: Seseorang suami tu akan nampak kacak, sado dan hensem penuh gaya bila dia sanggup basuh berak anak-anak. Peace yo!

11 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Alhamdulillah. Rezeki rumahtangga apabila suami tahu tanggungjawabnya.

    ReplyDelete
  2. Sweetkan bila suami pun sama-sama turun padang. Isteri pun tenang je emosinya.

    ReplyDelete
  3. kehidupan berumahtangga memang wajib saling melengkapi antara satu sama lain

    ReplyDelete
  4. yg penting, kerjasama, kan.
    asben aida tu xde kurangnya lah. perfect! sebab dia boleh jaga anak-anak dgn baik bila aida keje jauh. da terbukti. aida x dpt nak balas jasa dia sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  5. sy belum berkahwin.. sy tahu bukan senang juga bila dah berumahtangga.. Apapun sy cuma berharap semoga dapat jadi lebih baik, anak yg berbakti kpd ibu bapa, dan isteri yg taat InsyaAllah andai diberikan jodoh.. Yg dah berumahtangga semoga diberikan rumahtangga yg bahagia dunia akhirat..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah bilamana suami ringan tulang ...

    ReplyDelete
  7. Betul kalau suami boleh tolak ansur dengan isteri memang bahagia keluarga.

    ReplyDelete
  8. Bila dua-dua bekerjasama, InsyaAllah dapat manfaat kebaikannya.

    ReplyDelete
  9. Suami perlu tahu tanggungjawabnye. Sekarang majoriti beban tu semua letak kat isteri walaupun isteri bekerja

    ReplyDelete
  10. Ya.. Kena sama2 buat.. Mana bokeh bini ja kena buat semuanya...

    ReplyDelete
  11. suka part kesimpulan tu.. alhamdulillah walaupun tak dapat suami sempurna serba serbi.. dapat yang tau menghargai dan berkongsi beban pun dah cukup..

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.