Tip Penjagaan Rambut — Safi Shayla SUPA Lembut dan Wangi

rambut berbuah in english - knot and offshoot hari ends
Penjagaan Rambut Perlu Betul Terutamanya Yang Bertudung | Kajian dijalankan Jurnal Trikologi Antarabangsa ke atas 240 pelajar perubatan di Malaysia pelbagai etnik menunjukkan pelajar Melayu mempunyai kecenderungan yang signifikan mengalami masalah rambut dan kulit kepala berbanding kaum lain.
petua penjagaan rambut bertudung
Ia disebabkan kesalahan dalam amalan penjagaan rambut dan faktor berhijab. Bukan senang perempuan bertudung nak jaga rambut walaupun kadang-kadang nampak mudah bukan? 
hair mask for split hair solution
Mana taknya bila nak cepat, rambut pula masih basah terus sarungkan tudung. Jadi rambut yang terperap menjadi busuk, berminyak dan akhirnya berbuah (knot ends).
penjagaan rambut yang betul melayu
Bagi wanita berhijab, penjagaan tambahan perlu diberikan berbanding mereka yang tidak bertudung. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semulajadi lalu menyebabkan kelemumur dan keguguran rambut yang serius.
Rambut berbuah berlaku kerana folikel rambut tak sihat
safi-supa-syampu-lembut-wangi-shayla-supa



Rangkaian Terbaharu Safi Shayla SUPA


 
Menyelesaikan Masalah Rambut Wanita Berhijab
tips penjagaan rambut sebelum tidur
Few days ago, Syu ada menerima sebuah kiriman dari Safi Malaysia berupa set SUPA Haircare Kit. Di dalamnya mengandungi sebotol syampu 320g SUPA Smooth & Fragrant Shampoo berserta sebotol SUPA Smooth & Fragrant Leave-On Cream 120ml.
rutin harian penjagaan rambut
Selain itu, kotak haircare kit tersebut turut dimuatkan dengan getah pengikat rambut satin serta sehelai tudung ekslusif hasil kolaborasi Safi dan Tudung Ruffle. Syu suka dengan tekstur tudung yang ringan dan lembut, bahkan mudah dibentuk apabila mengenakannya.Terima kasih atas kiriman penuh makna tersebut. tips penjagaan rambut lelaki dan cara penjagaan rambut lelaki

Peraduan Whatsapp & Menang Vespa
Dengan setiap pembelian produk Safi Shayla Supa minimum RM15 dari 1 - 31 Julai 2021, akan berpeluang dapat hadiah bernilai RM17,000 berupa Supa Pink Vespa. Hadiah RM1,000 tunai mingguan pun ada, Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari instagram Safi Malaysia di https://www.instagram.com/safimalaysia.

Safi SUPA Smooth & Fragrance Shampoo

Syampu safi shayla supa


Maklumat umum dari packaging
Jenis     : syampu, pencuci rambut
Konten : 320 gram
Harga   : RM 13.50 (reff Watsons)
Halal    : Halal Jakim certified (MS2634 1059-08/2005)
Tekstur : cairan likat berwarna merah jambu
Bau      :  Floral & sweet fruity candy (bau manis-manis apple)


Kegunaan cara penjagaan rambut keriting
Safi Shayla Syampu Supa Smooth & Fragrant diformulasi dengan Hydra Seal Technology dengan kombinasi khasiat dari 11 minyak pati memberikan kelembutan yang unggul agar rambut selembut sutera, lebih ringan, senang diurus, licin dan tidak berminyak dengan haruman berpanjangan.


Cara penggunaan rutin penjagaan rambut
Basahkan rambut. Kemudian urut lembut syampu pada rambut basah tersebut sehingga naik buih, kemudian bilas.


Ingredients penjagaan rambut kering
Water, Sodium Lauryl Ether Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Dimethiconol, Fragrance, Carbomer, Sodium Chloride, Citric Acid, Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, Sodium Hydroxide, Lysine HCl, Disodium EDTA, Mica, TEA-Dodecylbenzenesulfonate, Titanium Dioxide, Butylene Glycol, Olea Europia (Olive) Fruit Oil, Crocus Sativus (Saffron) Flower extract, Punica Granatum (promegranate) extract, Argania Spinosa (Argan) oil, Simmondsia Chinesis (jojoba) Seed Oil, Persea Gratissima (avocado) oil, Nigella Sativa (habbatus sauda) seed oil, Helianthus Annuus (sunflower) seed oil Anthemis Nobilis (chamomile) flower oil, Rosmarinus Officilanis (rosemary) leaf oil, Tetrasodium EDTA, Tocopherol, Penoxyethanol, Sodium benzoate, Potassium Sorbate, Ethylhexylglicerin, CI 17200.

Safi SUPA Smooth & Fragrance Leave-on Cream

Safi supa leave on cream krim tanpa bilas safi shayla


Maklumat umum dari packaging
Jenis     : krim perapi tanpa bilas
Konten : 120 ml
Harga   : RM 6.90
Halal    : Halal Jakim certified (MS2634 1059-08/2005)
Tekstur : krim putih pekat seperti pes
Bau      :  Floral & sweet fruity (=syampu but stronger scent)


Kegunaan penyebab rambut bercabang
Safi Shayla Krim Tanpa Bilas Supa Smooth & Fragrant diformulasi dengan Hydra Seal Technology menjadikan rambut lebih lembut, licin, ringan dan terurus dalam sekelip mata. Penyelesaian pantas untuk gayakan rambut menawan, tanpa perlu bilas dan tak melekit.
Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)

Cara penggunaan
Picit dan ratakan pada tapak tangan yang sedikit basah. Sapu lembut pada rambut dari tengah hingga hujung dan gayakan rambut anda seperti biasa. Tidak perlu bilas.
cara penjagaan rambut gugur dan kelemumur

Ingredients
Water, Cetanol, Stearamidopropyl Dimethylamine, Glycerin, Cyclopentasiloxane, Polyquaternium-37, Paraffinum Liquidum, Lactic Acid, Dimethicone, Lysine HCl, Dimethiconol, Disodium EDTA, PPG-1 Trideceth-6, Butylene Glycol, Olea Europaea (Olive) Husk Oil,,
tips penjagaan rambut kelemumur

Pengalaman Syu Menggunakan Safi Supa.

Syu baru beberapa hari guna syampu Supa Smooth & Fragrant ni, so tak banyak yang Syu boleh ulas. Dari segi buih, Syu puas hati sebab pakai sikit je syampu (anggaran 1 sudu besar), dah berbuih meriah. 
tanda rambut bercabang
Yang kedua, wangian dia memang betul la, tahan lama. Bab rambut lembut, licin ringan terurus tu Syu taknak claim apa-apa sebab dua tiga hari Syu pakai syampu ni, Syu tak dapat lagi kesan tu semua. Maybe kena pakai for a quite some time, like 3 bulan macam tu? Then barulah I boleh cakap tentang rambut licin lurus tu semua.
shampo untuk rambut bercabang
Untuk Safi SUPA Leave On hair cream pula memang tekstur dia pekat, tapi ia tak melekit pun macam kita pakai minyak atau serum rambut tu.
cara mengatasi rambut bercabang
Lepastu they claimed yang rambut akan serta merta jadi lembut licin, ringan dan terurus. Yang I experienced pula, rambut I jadi lebih mudah diurus dan disikat je. Tak tersangkut-sangkut dek kerana kusut. 
produk rambut bercabang
Licin dan ringan? Nope, belum lagi. Hmm tak kisahlah apa-apa pun, yang penting my husband said "sedap bau rambut you, manehh je" ~ahaks

Ohh ok jap!
Macam dah meleret-leret pula Syu bercakap tentang Safi Supa ni. Japgi ada la pula yang cakap I dibayar untuk promote produk Safi Shayla SUPA ni. 
rawatan tradisional rambut berbuah
Ehem disclaimer ya.
Aku tak dibayar sesen pun untuk menerbitkan artikel ni. It's just woman to woman sharing okay. So ulasan aku semuanya genuine. Yang elok I akan kata elok, yang kureng I akan ulas kureng. Dahlah! Jom ke next topic! baiki rambut berbuah


7 Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Memelihara rambut tidaklah sesukar mana, cuma perlu rajin dan konsisten je. Sikap sambil lewa dalam penjagaan rambut dan kulit kepala boleh menyebabkan rambut rosak, rambut kering dan mengerbang, serta rambut gugur dan bercabang. Jom ikuti 7 tips penjagaan rambut wanita berhijab di bawah.


1. Material fabrik tudung yang betul

Oleh kerana Malaysia beriklim panas dan lembap, wanita berhijab dinasihatkan memilih jenis tudung yang lembut, selesa dan menyerap peluh. 

Pilih fabrik seperti kapas dan lycra yang ringan serta memberikan keselesaan kepada anda. Pemilihan anak tudung juga memainkan peranan penting. Pastikan ia tidak ketat dan sejuk.
masker untuk rambut berbuah

2. Anak tudung yang sesuai

Pastikan kalian memakai anak tudung berasaskan fabrik kapas serap peluh dan berliang bagi menjamin pengaliran udara yang baik buat rambut dan kulit kepala..

Berpeluh adalah perkara biasa bagi wanita bertudung dengan iklim panas lembap. Peluh yang terperap akan mengakibatkan rambut berbau masam dan hapak sekali gus merosakkannya.


3. Getah rambut sesuai

Elakkan daripada menggunakan getah halus seperti gelung getah biasa (getah sayur). Sebaiknya gunakan getah diperbuat daripada material lembut dan licin seperti satin atau velvet. Contohnya macam getah rambut yang Syu dapat dari pakej Haircare Kit tu. Materialnya satin. Tak menyebabkan rambut patah atau berkedut.

Tudung ruffle getah rambut satin velvet


Tapi biarpun dah menggunakan getah pengikat rambut satin, kalian tetap tak digalakkan ikat rambut terlalu ketat sebab boleh merosakkan folikel rambut! Sebenarnya bagi kita yang bertudung ni, kalau di rumah lebih baik kalau biarkan saja rambut kita lepas bebas. Bila nak mengenakan tudung, barulah diikat.


4. Syampu rambut dengan kerap

Penjagaan rambut dan kulit kepala bagi orang yang berhijab macam kita ni memerlukan penjagaan lebih rapi daripada orang yang free hair. So nak rambut terjaga, kita anggap je kulit kepala sama macam kulit wajah. Macam mana kita lakukan rutin skincare kat muka, so macam tu juga lah kulit kepala.

Daripada menggunakan syampu yang strong (bahan aktif yang keras) dua kali seminggu, apa kata cuba syampu lebih lembut setiap selang sehari. Iya, memang majoriti ahli dermatologi menyarankan cuci rambut dua ke tiga kali sahaja seminggu. 

Sebab apa tahu?

Membasuh rambut berlebihan akan strip away the scalp moisture, dan bila kulit kepala jadi terlalu kering, tindak balas semulajadi badan akan mengeluarkan lebih banyak minyak, menjadikan folikel kulit kepala tidak sihat (rambut rapuh, berbuah dan mudah gugur), berbau masam dan sukar diurus.

So, jangan cuci rambut berlebihan okay. Kalau misalnya ada hari yang kalian baru lepas workout ke, tak tahan sangat bau peluh, boleh la 'cheat' syampu kepala time tu. But jangan cheating hari-hari pula. Rambut luruh akan lebih kritikal kalau cuci hari-hari.



5. Perap syampu 5 minit di kepala

Apabila bersyampu, biarkan ia lima minit bagi memberi peluang syampu benar-benar bekerja pada kulit kepala. Ada kala dengan melakukan ‘perapan syampu’ ini, ia membantu mengurangkan kegatalan. Tapi awas, jangan gosok dengan kuat, kerana rambut yangs edang basah senang untuk luruh. Membasuh rambut dengan air panas juga amat tak digalakkan semasa bersyampu.


6. Keringkan rambut dengan betul

Pastikan selepas mencuci rambut keringkan keseluruhan kulit kepala. Sebaiknya gunakan pengering rambut atau keringkan menggunakan tuala sekiranya membasuh rambut pada waktu malam. Jangan menggosok rambut terlalu kuat, kerana boleh menyebabkan rambut bercabang (split hair).

Memakai tudung ketika rambut masih basah akan memburukkan keadaan microbiome kepala dan rambut. Kena bagi peluang dan ruang untuk kulit kepala bernafas dengan baik.


7. Jaga pemakanan

Mungkin sesetengah individu mengambil ringan mengenai perkara ini dan beranggapan bahawa pemakanan tidak memberi kesan kepada kesihatan rambut. 

Hakikatnya, rambut juga memerlukan nutrien (protein) yang akan mendorong kesihatan dan kecantikan rambut.
cara guna safi-shayla-supa-lembut-wangi
Oleh itu, penting untuk mengambil air putih secukupnya setiap hari serta megamalkan pelbagai makanan tambahan seperti vitamin yang mengandungi biotin, silika dan sebagainya.
safi-shayla-supa-lembut-wangi

Wraping up
Kesimpulan akhir yang Syu boleh cakap adalah, setiap bahagian dan anggota badan kita adalah merupakan suatu amanah yang Tuhan berikan kepada kita free ye gais. Percuma. Gratis. Ngerti? Jadi tolong jaga amanah masing-masing dengan cara menjaga tubuh badan dan nyawa kita sebaik mungkin. Jangan abaikan seinci pun dari batang tubuh kita ni. 

Stay healthy, stay young! Bye.
treatment rambut berbuah,rambut berbuah in english - knot and offshoot hari ends

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. singgah sini sekiranya tuan rumah sudi exchange bloglist.. https://www.jiwarosak.com/2021/06/kemaskini-exchange-bloglist-blog.html

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y