SAFI Hijabista Bodycare–Badan Kekal Segar dan Harum

Māmy Syu
0
Pernah dengar tak kata-kata berbunyi begini?
nasihat prof muhaya bodoh bodoh
"Be a Girl with a spirit, a Woman with attitude, and a Lady with class." 

Syu suka quote ni sebab ia tepat menerangkan yang perempuan ni tidak kira at any stage of life, dia tetap kena jaga value diri, tak boleh downgrade atau bataskan diri walau dengan apa jua alasan pun. Apatah lagi rendahkan diri untuk orang lain.
prof muhaya viral isu bodoh bodoh
Few weeks ago kecoh dengan statement seorang ahli motivasi terkenal yang menyarankan gadis-gadis di luar sana yang berat jodoh, supaya jadi 'b0d0-b0d0 sikit' supaya lelaki lebih tertarik.
isu bodoh bodoh prof muhaya
I'm sorry but I totally disagree dengan saranan tersebut. Walaupun sebenarnya I adore sifat beliau yang lemah lembut, baik hati dan sangat motherly tu, but I just can't lah.

Buduh-buduh? Sensitif ok. 

Syu sendiri pun sekarang mula didik anak perempuan Syu untuk jadi independent, ambitious dan kreatif explore macam-macam skill terutamanya seni berkerja secara multi-task.

Bagi Syu, young girl should chase their dream first, dan soal jodoh biar orang tua uruskan. Yang penting, kena pandai jaga penampilan diri, berilmu serta tinggi self-esteem. Pasti ada lelaki yang baik-baik yang akan tertarik.

safi hijabista bodycare

Jaga Penampilan diri dengan Safi Hijabista Bodycare Kekal Segar dan Harum

Safi Hijabista Bodycare Kekal Aktif dan Segar Terbaharu ini merupakan rangkaian penjagaan badan pertama di pasaran yang direka khas untuk keselesaan para Hijabista Malaysia untuk kekal segar, selesa dan yakin tanpa perlu bataskan diri untuk mencapai impian walaupun dengan cabaran jadual harian yang aktif dan padat dalam cuaca panas lembap di Malaysia.

Rangkaian bodycare dari Safi kali ini lebih memfokuskan kepada para gadis dengan lifestyle yang bergerak aktif, independent dan ambitious!

Teknologi 7 Pro Action & Scent Care menjamin wangian lebih tahan lama untuk wanita tampil yakin, segar dan kelihatan hebat di mana sahaja.

Rumusan dengan bahan 'skin loving' pula membantu mengurangkan kesan iritasi pada kulit, kerana hanya berasaskan bahan semula jadi seperti aloe vera, buah delima dan air serta telah diuji secara dermatologi. Ia juga bebas paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral,  dan (kezaliman) ujian ke atas haiwan. 

Seperti biasa, produk keluaran Safi semuanya telah lulus dan memperoleh pensijilan Halal dari Jakim. 

safi hijabista bodycare

Key #1 Penjagaan Bawah Lengan

Antibacterial Deodorant Roll On — formulasi dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology untuk perlindungan bau selama 48 jam. Menggunakan konsep 'Easy Glide Aplicator' supaya senang digunakan. 

Terdapat dalam 3 varian iaitu Healthy White – Apricot & Pearl Powder, Dry Fresh – Aloe Vera & Cucumber dan Soft & Smooth – Shea Butter & Almond Oil.

Syu guna Apricot & Pearl Powder. Bau dia bukan wangi seperti parfum tapi lebih kepada bau fresh seakan-akan sabun. Sedap sangat baunya tau! Segar macam lepas mandi.


Key #2 Bawah lengan sentiasa kering

SAFI Antibacterial Deodorant Spray—diformulasi dengan 7 Pro Action & Scent Care Technology sebagai alternatif kepada deodorant 'roll on'. Bagi yang tiada masalah kulit sensitif dan kering boleh la upgrade deodorant kalian kepada jenis semburan aerosol macam ni.



Key #3 Hidrasi kulit untuk kesegaran

SAFI Aqua Gel Lotion—jelly ringan berasaskan air yanh didatangkan dalam bentuk tiub dengan penutup flip-top yang mudah diguna. Ia membantu melembapkan kulit dan menyegarkan bau seluruh badan dengan teknologi 7 Pro Action & Scent Care. Sesuai disapu sekitar paha, lengan dan badan bagi mengurangkan penghasilan minyak dan sebum berlebihan.


Key #4 Pelihara kulit yang terjejas

SAFI Soothing Gel—gel ringan pelbagai fungsi sesuai untuk muka, rambut dan badan. Untuk muka, guna sebagai mask untuk menenangkan kesan sunburn. Sapu dan biarkan 30 minit kemudian bilas. Begitu juga pengguanaannya sebagai masker rambut atau boleh juga digunakan sebagai after-shaves gel.

Untuk badan pula, penggunaannya more to scented cologne gitu la. I personally would wear it every day as a skin freshener. I just lumur nipis-nipis pada kulit seluruh badan untuk nikmati sensasi segar dingin sekaligus mewangikan badan.



Peraduan Momen Yakin #Hijaboleh SAFI Berpeluang Menang iPhone 12!

Bermula 1 Julai hingga 31 Ogos 2021, SAFI menganjurkan Peraduan Momen Yakin #Hijaboleh. Cara nak join pun senang je. Hanya kongsikan momen yang paling aktif dan yakin dalam gambar di Instagram korang.

Kalian berpeluang memenangi Iphone12 dan banyak lagi hadiah menarik! Jangan lepaskan peluang! Maklumat lanjut boleh rujuk instagram @safimalaysia  ok!


Korang boleh juga dapatkan SAFI Hijabista Bodycare ni di Shopee Official Safi. Klik [SINI]






Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!