Kau Vaksin Anak Kau?! Habislah | Ulasan Buku (Book Review)

Assalamualaikum, Salam sejahtera semua! Siapa di sini yang dah baca atau pernah dengar tentang buku berjudul “Kau Vaksin Anak Kau? Habislah” ni? Kalau diperhatikan, isu vaksin ini umpama tiada berkesudahan. Sehingga sekarang pun masih berleluasa penyebaran dakyah dan mitos-mitos tentang vaksin, biarpun kesemua mitos tersebut telahpun dijawab oleh pakar-pakar melalui TV, sosial media serta di laman blog berulang kali. 

Kebangkitan golongan anti-vaksin 
Sejarah penolakan vaksin bermula sejak kurun ke-17 lagi ketika vaksin untuk penyakit smallpox mula-mula ditemui. Kemudian khabar angin berkenaan keburukan vaksin makin disebarluas pada tahun 1998 sehingga peratus pemvaksinan menjunam kepada 80% yang akhirnya mencetuskan wabak measles di negara-negara europe. Hari ini kalau dilihat postingan para antivax di twitter dan facebook memang it's sounds very convincing. So tak hairan lah jika ramai ibu bapa yang terpedaya dan terpesong pendirian lalu memilih untuk tidak memvaksinkan anak mereka. 

Kau vaksin anak kau?! Habislah

So dalam buku ni ada menyebut 18 mitos tentang vaksin yang selalu didendangkan oleh golongan antivaks (atau pro-choice), yang salah satunya adalah vaksin merupakan agenda licik yahudi untuk melemahkan kaum muslimin. Sedangkan sejarah mencatatkan, penemuan teori vaksinasi pertama sebenarnya datang dari seorang tokoh ilmuwan islam iaitu Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi. So dari sanad mana yang golongan antivaksin ni sandarkan hingga boleh kata vaksin ini hanya konspirasi yahudi dan BigPharma. Siapa boleh jawab? Syu bagi RM10 ahaks~

Vaksin konspirasi bigpharma yahudi

Ok, buku ini terdiri daripada barisan penulis yang bertauliah dan pakar dalam bidang mereka iaitu Dr. Amirul Amzar, Dr.Suhazeli Abdullah dan Ahli Farmasi Mohd Dziehan. Tidak ketinggalan Tayang Hamzah sebagai pereka ilustrasi. Ya, buku ini juga terselit lukisan-lukisan ilustrasi dengan punchline yang lucu sebagai selingan. Menarik kan? So dari segi pembacaan, ianya merupakan bahan bacaan ringan, sehari pun boleh habis. Ianya cuma ada 96 muka surat sahaja termasuk kulit.

Buku vaksin anak


Jadi apa yang dapat disimpulkan seletelah membaca buku ni?

Betul ke vaksin menyebabkan anak jadi autism?

Okay. Dalam buku ini ada sentuh bab autism. Penerangan mengenai faktor-faktor berlakunya autisme ada dijelaskan dalam ni. Dan dakyah mengenai vaksin menyebabkan autism pun ada diulas berserta bukti klinikal. So kalau you guys ada sebarang kemusykilan tentang kaitan autisme dengan vaksin, boleh lah jadikan buku ini sebagai sandaran ilmu.

Hari kesedaran Autisme sedunia
Ohh BTW beberapa hari lepas merupakan hari Kesedaran Autisme Sedunia. Eloklah kalau parents banyak membaca tentang autisme, biarpun you all tiada anak autism

Selain autism, penulis ada juga menyebut tentang fakta berkaitan zat susu ibu dan keupayaannya dalam melawan penyakit.

Betul ke imuniti anak yang minum susu ibu begitu kuat hingga tak perlukan vaksin?

Ya ibu-ibu sekalian. Khasiat dan manfaat susu ibu terhadap perkembangan anak memang tak dapat disangkal lagi. Tapi persoalaannya, antibodi yang disalurkan melalui susu ibu itu cukup untuk membuatkan baby you all imun atau kebal terhadap virus sekuat measles, virus varicella zoster atau bakteria sejahat mycobacterium tuberculosis? Semua ini ada dijawab dalam buku ini.

Betul ke vaksin ada unsur haram dan juga logam berat merkuri?

Mitos ini sangat popular dan sering dilaungkan di media sosial. “vaksin tak halal”, “Vaksin ada DNA babi”, “vaksin merbahaya, ada merkuri” So, jangan ambil vaksin! Huhu as simple as that percaturan masa depan anak-anak dibuat. Hakikatnya, adakah benar semua dakwaan ini? 

Selain itu, dakwaan vaksin Rubella mengandungi sel janin dan vaksin Polio dikatakan ada kandungan sel ginjal monyet turut menjadi buah mulut di kalangan ibu bapa. Tapi tak adil lah kalau Syu cerita kat sini. Lebih baik rasanya mommies daddies baca sendiri penjelasan mengenai kedua-dua vaksin ini dalam buku “Kau Vaksin Anak Kau? Habislah”.



Rumusan keseluruhan 

Jadi sebagai summary Syu nak highlight dan ulas di sini, buku “Kau Vaksin Anak Kau? Habislah” ini menceritakan tentang mitos mengenai vaksin, diikuti dengan hujah balas yang konkrit, lengkap dengan bukti santifik melalui ujian klinikal serta statistik dari sumber yang sahih. Bukan hanya cakap-cakap ikut logik akal, atau cerita atas cerita. Jadi selepas membaca ni, insyaAllah minda you all akan 60% lebih bijak daripada mak-bapak lain mengenai vaksin. Boleh la buat modal bercerita dengan orang sebelah masa menunggu giliran check up baby di klinik kesihatan ibu dan anak nanti. Ahaks~

So, recommended or not?
Yes I recommend ibu ayah diluar sana beli. Tak menyesal beli, dan tak membazir masa pun aca dia. 

Harga?
Semua input tentang vaksin ni boleh dapat dengan harga RM10 je pun.

Mana nak dapat?
Boleh didapati di mybookcafe.  

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. HAi ibu syu. Ummi feni datang ni. Banyak info sini. Bolehlah beli nanti baca musim PKP ni.

    BalasPadam
  2. memberikan vaksin pada anak memang sangatlah penting supaya tak mudah terkena serangan virus berbahaya

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y