Vaksin - wajib diambil. Ibu bapa yang tak vaksinkan anak berdosa! (Fatwa Feb2019)

Māmy Syu
0
"Ya puan. Demam hari ke berapa dah ni puan?"
"Kalau ikutkan dah lima hari dia demam on off. Ada masa suhu dia mencanak naik, dan ada masa dia nampak ok. Saya datang ni pun sebab saya nampak nafas dia laju, lepastu dia tak mahu makan mahupun menyusu."

high fever demam tinggi demam campak Fatwa vaksin Vaksin dalam perubatan islam Isu vaksin malaysia Isu halal Haram vaksin sejarah vaksin dalam islam vaksin campak halal atau haram

Kisah 4 tahun lalu ku imbau kembali. Naufal memang selalu jatuh sakit, sejak dari baby lagi. Pada yang baru first time baca blog Syu, budak Naufal ni merupakan baby dengan sejarah kelahiran pramatang pada 32 minggu. Sebagai baby preemie, Syu dah sedia maklum yang dia mudah diserang selsema dan demam. Tapi demam kali ini berlainan sedikit daripada demam-demam yang sebelum ini.

  • "Puan ada bawa anak puan ke mana-mana ke sebelum dia demam ni?"
  • "Ada doktor. Weekend lepas kami balik kampung kat Terengganu"
  • "Ooo jauh juga ye Terengganu. Macam ni Puan. Perjalanan jauh mungkin menyebabkan anak puan strok haba. Saya bekalkan ubat demam, dan standby 2 biji ubat demam jenis sumbat juga ye"
  • "Selsema dia ni doktor?"
  • "Oh hidung dia berhingus ya. Saya bagi ubat titis hidung saja ye. Tiada ubat makan"?

Jadi balik lah kami ke rumah. Petang tu, sebelum maghrib, Syu check suhu badan Naufal makin naik, sedangkan balik dari klinik tadi dah diberi makan ubat.

Ahh sudah! Dengan bantuan sirap PCM (paracetamol) pun, suhu badan Naufal tak turun nih. Dalam tempoh 4 jam selepas makan sirap PCM tadi, suhu badan Naufal bukannya turun, malah melantun-lantun sehingga mencecah 39°C. Allahu~

"Budak kecik ni, kalau depa nak kena 'ghayan', suhu depa 38°C ke atas laa"
Kata-kata mama tiba-tiba terngiang-ngiang dalam kepala ni. Mama Syu ni orang lama. Istilah ghayan itu sebenarnya merujuk kepada sawan atau tarik. 

Ya Allah masa tu usah cakap lah.
Gelabah puyuh lah si Ibu Naufal ni mencari kain basah untuk jerlum satu badan abam Naufal. Dengan harapan dapat membantu stabilkan suhu badan dia. Kesian tengok anak, menangis meraung-raung tak selesa badannya dijerlum. Memang ibu nampak nak, badan awak menggigil-gigil macam orang kesejukan. Tapi hakikatnya suhu awak sikit lagi nak cecah 40°C

Nak tinggal sesaat pun tak boleh ni, takut anak kena sawan. Tapi tak solat maghrib lagi, macam mana nih?

Begitulah struggle mak-mak yang hidup berjauhan dari suami. Kami ni dah lebih 5 tahun PJJ. Semua urusan anak is totally on me! Tak terkecuali bab kebajikan dan kesihatan anak macam sekarang ni la. Semuanya atas bahu I. Bukan senang ye nak handle anak seorang diri. Apatahlagi handle anak yang sedang sakit.
Jangan kata tuntutan nature call untuk ke toilet, bahkan solat wajib dan makan pun terpaksa dikemudiankan bila berhadapan dengan situasi macam ni. So dapat imagine tak, macam mana keadaan healthcare frontliner yang berjuang menyelamatkan pesakit Covid-19 sekarang ni. You guys I tak tahu lah, tapi I can feel them! Sumpah, I faham sangat macam mana rasa nya.

Back to my story.
I jerlum budak Naufal ni non stop sampai dekat pukul 4 pagi. Masa I jerlum belakang badan dia, I nampak bintik-bintik merah. Tradisi sejak zaman opah lagi, kalau ada anak yang demam, memang maknya takkan tidur dalam bilik. Ha, tengah-tengah ruang tamu tu lah dibentang tilam kekabu, dan tidur lah disitu dengan lampu yang terang-benderang. Jadi, kau buta ke hape kalau tak nampak bintik-bintik merah kat badan anak kau?

So esoknya, aku call klinik semalam dan minta bercakap dengan doktor. Malangnya, doktor yang merawat Naufal semalam, tak masuk hari ni, dan digantikan dengan seorang doktor locum dari hospital.
  • "So puan, bintik merah tu berair besar atau kecil?"
  • "Bintil nya kecil, tak berair tapi penuh belakang badan dan hari ni sampai ke dada pulak"
  • "Suhu?"
  • "Pagi ni 37.8°C doktor. Tak la setinggi semalam. Nak dekat 40°C"
  • "Normally macam tu lah puan. Demam akan berkurang selepas ruam timbul"
  • "Saya nak kena ambil ubat apa-apa ke doktor?"
  • "Tak perlu ubat pape dah puan. Demam campak sebenarnya memang tiada ubat. Biasanya bila kena campak, kita cuma kawal demam nya saja. Selebihnya, badan dia sendiri akan melawan virus tu. Dan vaksin MMR yang dia terima sebelum ni, akan membantu badan dia melawan dengan lebih cepat"
  • "Ohh ok, mekasih doktor"

Demam campak / measles

Demam campak atau measles ni adalah penyakit yang disebabkan oleh virus measles. Antara gejala yang berlaku kepada pesakit demam campak adalah demam panas, ruam kecil kemerahan pada kulit, mata merah berair, batuk, selsema dan sakit otot. Walaupun simptomnya nampak biasa, tapi demam campak boleh menyebabkan komplikasi lebih parah macam jangkitan telinga, jangkitan paru-paru (penumonia), jangkitan otak (encephalitis) dan cirit-birit. 

Dan tujuan diperkenalkan vaksin measles adalah tak lain dan tak bukan bagi mengelakkan berlakunya komplikasi ini lah. Sebab once berlaku komplikasi yang disebut tadi, insyaAllah anak anda boleh 'selamat' kembali ke rahmatullah.

Risiko jangkitan demam campak

Risiko demam campak berjangkit adalah seminggu sebelum timbul ruam sehingga 5 hari selepasnya. Ya memang begitulah fitrah kejadian virus. Dalam tempoh seminggu selepas jangkitan, mangsa tak menunjukkan sebarang gejala atau sakit, tapi dalam tempoh itu virus dalam badan mangsa bebas 'melompat' ke badan orang lain yang berdekatan. 

Sama macam virus yang sedang kita hadap sekarang ni lah, virus Covid-19. Ia bebas menjangkiti orang lain, tatkala tuan empunya diri tak sedar pun dia merupakan carrier virus tersebut. Cuma bezanya, virus measles ni sudah ada vaksin, manakala covid belum ada vaksin.


Apa yang berubah sekiranya sudah ada vaksin?

Tahu kan? Virus ni tak dikategorikan sebagai organisma hidup? Sebab dia tak makan malah tak berupaya membiak pun. Survival hidup dia hanya dengan 'menawan' sel-sel perumah (host) dan dipaksanya sel tersebut produce lebih banyak virus yang sama. Sel yang telah 'ditawan' ini, akhirnya akan diserang dan dimusnahakan oleh sel imun.

Macam demam campak or measles ni, kita semua dah disuntik tiga rejimen vaksin MMR sejak umur kita setahun. Jadi ia sejak awal lagi dah mula buat kerja dengan 'memprovok' sistem imun badan supaya menghasilkan bala tentera 'unit khas' untuk memerangi virus measles. Jadi, dengan izin Allah, anak-anak kita yang terkena demam campak semasa kecil, tidak akan develop kepada tahap severe atau parah sebab tentera dengan 'unit khas' measles tadi dah bersiapsiaga dalam badan, menunggu masa nak menyerang je.

Belum ada vaksin untuk Covid-19

Biarpun outbreak pertama virus corona ni dah pun berlaku tahun 2003 dulu, tapi saintis masih belum berjaya menghasilkan vaksin untuk mengurangkan kadar kematian akibat penyakit ini. Sekarang virus yang hampir sama dengan SARS outbreak tahun 2003 tu, iaitu virus SARS-CoV-2 mengganas kembali dan menjejaskan seluruh penduduk dunia dengan puluhan ribu jumlah kematian akibat Covid-19.

Senario yang sama sebelum penenuan vaksin measles

So antivaxxers sekalian. You guys dapat relate tak dengan vaksin measles atau MMR yang you guys alergik sangat tu? Sejarah terciptanya vaksin measles berlaku pada zaman sebelum kita hidup lagi sebenarnya (mostly antivaxx adalah dari gen-Y) dan yang pasti ia dicipta untuk menyelamatkan ketamadunan manusia (human-race) daripada terus lenyap dari mukabumi ni. Bukannya dicipta atas konspirasi yahudi. Dalam keadaai umat seluruh duni berpuluh ribu mati, tak dan mikir lah nak konspirasi bagai. Adus.

vaksin covid 19 herd immunity Fatwa vaksin Vaksin dalam perubatan islam Isu vaksin malaysia Isu halal Haram vaksin sejarah vaksin dalam islam vaksin campak halal atau haram
Keadaan penularan Covid-19 ketika ini digambarkan pada Diagram pertama di atas.


So kata-kata akhir dari Syu, jika kamu tidak tahu, maka bertanyalah kepada ahlinya. Ilmu hakikat tidak boleh diperolehi hanya melalui pembacaan di internet. Sedarlah pada satu peringatan dari Allah dalam surah An -Nahl ayat ke 43 --

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui."

Jadi, kata-kata yang pakar jangan ditolak mentah-mentah! Dan jangan pulak mudah percaya pada kata-kata 'doktor' google dan 'consultant' kursus pendek. Paling menyedihkan, golongan ini kerap dijumpai memanipulasikan Agama untuk kepentingan diri tanpa sekelumit rasa bersalah.


Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pihak KKM melalui pemantauan yang dilakukan mendapati gerakan penolakan pemberian vaksin oleh ibu bapa masa kini terus meningkat daripada 637 kes pada tahun 2013 kepada 1,603 kes pada tahun 2016. 

Dalam masa yang sama, penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak, contohnya kes penyakit demam campak, daripada 195 kes pada tahun 2013 kepada 1,934 kes pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 891.8% bagi tempoh 5 tahun! 

Dalam jumlah tersebut, kes demam campak yang tiada imunisasi meningkat daripada 125 kes pada tahun 2013 kepada 1,467 kes pada tahun 2018. Begitu juga pada tahun 2018, terdapat enam rekod kematian demam campak di mana semuanya akibat tiada imunisasi, lima kes kematian berpunca daripada difteria dan empat daripadanya akibat tiada imunisasi, manakala 22 kematian akibat batuk kokol, di mana 19 kes daripadanya akibat tiada imunisasi.




"Hey! Ini anak saya suka hati sayalah nak vaksinkan ke tidak!"

Iyer, suka hati awaklah mak. Itu anak awak. Tapi mak jangan lupa, mak hanya boleh kasi ayat 'Suka hati akulah' hanya jika mak berniat nak kurung anak mak dalam rumah dan tidak bercampur gaul dengan manusia lainnya. 

Mak jangan terlupa mak. Dalam Islam, kiata ada hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia, dan hubungan dengan alam. 

Contoh, kalaulah..kalau hanya disebabkan anak mak yang tak divaksin lalu menjadi 'carrier' sesuatu wabak penyakit dan menyebarkannya kepada yang lain, tidakkah tercemar hubungan mak dengan manusia lainnya? Sanggupkah kelak dipersoalkan di akhirat sana?

Ingat. Tidak semua orang boleh divaksin. Ada ramai baby bawah umur yang belum lengkap vaksinasi nya. Jangan sampai anak mak antivax menjadi punca baby orang lain jatuh sakit dan akhirnya membawa maut. Kesian, mungkin pasangan tu dah iktiar berbelas tahun menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka yang seorang itu.

Maaf kalau Syu terlalu lancang berkata-kata dalam artikel kali ini. Kata Ibnu Taimiyyah -- "If I remained silent, and you remained silent, then who will teach the ignorant?

Dalam isu ini, ia melibatkan nyawa masyarakat dan kemaslahatan ummah secara kolektif. Ianya mencakupi ruh Islami sejati tatkala kita meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada diri sendiri. 

Apabila Bertembung Dua Mafsadah Atau Keburukan Maka Kita Lakukan Mafsadah Yang Lebih Ringan Kesannya
Ini berdasarkan sebuah kaedah yang mashyur :

أَنَّ أَدْنَى المَفْسَدَتَين يُرتَكَب مِنْ أَجْلِ دَفْع أَعْلَاهُمَا

Maksudnya: Sesungguhnya mafsadah yang paling ringan di antara dua mafsadah itu dilakukan dengan tujuan untuk mengelakkan mafsadah yang lebih besar.
Rujuk Al-Asybah wal-Nazhoir, al-Subki (1/45)
Contoh mudah yang boleh kita ambil berkaitan dengan penggunaan kaedah di atas dalam hal perubatan adalah: Seorang doktor memberikan saranan kepada pesakitnya untuk dipotong kakinya. Ini bertujuan supaya penyakit itu tidak merebak ke anggota badan yang lain. Sekalipun perbuatan memotong kaki ini memberi mudharat kepada pesakit, akan tetapi demi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar berlaku maka kemudharatan yang lebih kecil dari itu perlu dilakukan.
Justeru, dalam isu vaksinasi ini sekiranya benar terdapat kesan-kesan sampingan seperti demam-demam kecil dan seumpamanya, maka pengambilannya tetap diteruskan kerana ia bertujuan untuk mengelakkan kesan mudharat yang lebih besar yang bakal berlaku sekiranya ia tidak diambil. ~muftiwp


Jadi? Ayuh tunjukkan solidariti kita! Bersama saya, kita cakap -->

Hai. Saya Mamy Syu. Dan saya #sokongvaksin


p/s : Kalau vaksin corona dah release lepas ni, harapnya ramai lah golongan antivaxxer berhijrah pulang ke pangkal jalan dan mengambil semula vaksin. Fatwa vaksin Vaksin dalam perubatan islam Isu vaksin malaysia Isu halal Haram vaksin sejarah vaksin dalam islam vaksin campak halal atau haram

Post a Comment

0 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment (0)
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!