Apakah cara paling berkesan mengelakkan buasir dan sembelit ketika hamil?

Apakah cara paling berkesan mengelakkan buasir dan sembelit ketika hamil? | Buasir dan sembelit ketika hamil memang biasanya akan berlaku pada peringkat akhir kehamilan iaitu pada trimester ketiga. Kata doktor Pakar O&G yang aku jumpa pada minggu ke-28 baruni, buasir ni biasanya akan terjadi pada kira-kira sorang daripada 10 wanita hamil. Kebanyakan kes di kalangan wanita ni, diorang akan dapat buasir untuk kali pertama semasa diorang hamil. Begitu jugak aku~huhu.

Apakah cara paling berkesan mengelakkan buasir dan sembelit ketika hamil?
Sanofi Proctosedyl Suppository

Kenapa kita mengalami buasir ketika hamil?

Buasir ketika hamil ni ada 2 sebab. Pertama, kerana nature mengandung tu sendiri yang mengubah fisiologi tubuh kita. Kedua, adalah sebab masalah sembelit yang biasa dialami oleh ibu hamil, dan kesannya boleh membawa kepada buasir.

Umumnya, semua orang sedia maklum yang jumlah darah dalam badan seseorang wanita itu akan bertambah bila dia mengandung. Pastu, at the same time, masa kita hamil paras hormon progesteron adalah tinggi dan menyebabkan dinding pada salur-salur darah dalam badan menjadi kendur dan relaxed. 

So, salur darah di bawah uterus akan cenderung untuk expand dan membengkak akibat tekanan daripada berat bayi dan air ketuban di dalamnya. So sebab tu la kenapa kita ibu-ibu hamil ni mudah dapat buasir. 


Saya takde buasir masa hamil, tapi buasir keluar juga masa dalam pantang

Buasir selepas bersalin biasa berlaku sebab kesan daripada tekanan tinggi yang dikenakan ke atas otot-otot sekitar uterin semasa kita meneran untuk mengeluarkan baby. Buasir jenis ni biasanya akan surut dalam beberapa minggu semasa tempoh berpantang. Doktor anggarkan, seorang daripada lima wanita akan mendapat buasir, sehari selepas diorang mengalami proses kelahiran.


Amalan-amalan baik yang boleh menjauhkan diri dari terkena buasir

-Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh (wholegrains), nasi beras perang dan ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
-Minum di antara enam dan lapan gelas air suam kosong sehari supaya kekal terhidrat.
-Pergi ke tandas sebaik sahaja korang terasa nak membuang air. Kalau korang tangguh, najis korang akan jadi keras dan kering.
-Cuba bersenam dengan kerap walaupun sekadar berjalan kaki.
-Cuba naikkan sebelah kaki ke atas bangku semasa membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.


Apakah cara paling berkesan mengelakkan buasir?

Cara terbaik ialah dengan meminum air secukupnya dan mengamalkan snek dari jenis buah-buahan berbanding snek jenis bergoreng atau snek segera (jajan). Pengambilan serat dari buah-buahan dapat memastikan kita terhindar dari sembelit. Macam yang korang tahu, sembelit adalah punca kedua yang boleh menyebabkan buasir kan? So itulah satu-satunya ikhtiar yang boleh dibuat. Kalau berlaku jugak buasir, itu maknanya ia berpunca dari perubahan fisiologi badan korang secara semulajadi sebab mengandung.

Jika saya mengalami buasir, apa kaedah untuk mengurangkan komplikasi?

-Mandi air yang panas untuk mengurangkan sakit.
-Elak dari menggaru tempat yang terjejas kerana ia hanya akan membuatkannya lebih teruk.
-Gunakan pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
-Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas membuang air besar.
-Selepas mencuci, tekap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Jangan kesat atau gosok!
-Gunakan tisu tandas putih yang tak mempunyai wangian.
-Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih ketika mandi. Doktor mungkin akan memberikan Lignocaine gel (ubat kebas) untuk digunakan semasa menolak masuk buasir tersebut.


Proctosedyl Suppositoies keluaran Sanofi cepat melegakan keradangan akibat buasir

-Aku guna ubat ni sepanjang mengandung dan dalam pantang. Tapi tak pernah melebihi 5 hari penggunaan. Biasanya 3 hari aku guna, buasir dah kecut.
-Walaupun ada kandungan kortikosteroid, tapi supositori ni sifatnya "setempat".
- Peratusan yang menyerap masuk ke dalam aliran darah tu sangat-sangat minor.
-Ubat jenis supositori ni adalah ubat berbentuk macam peluru yang digunakan untuk insert ke dalam dubur.
- Kandungan hidrokortison (steroid) dapat melegakan bengkak, kegatalan dan kerengsaan akibat buasir. Ia juga boleh mengurangkan discharge atau cecair yang keluar sekitar buasir.
- Cinchocaine merupakan ubat local anaesthetic dari kumpulan amide atau bahasa mudahnya ubat kebas yang berfungsi mengurangkan rasa sakit yang kita alami.
- Framycetin atau Soframycin ni adalah ubat pembunuh kuman yang mengelakkan berlakunya jangkitan pada buasir (bahagian / isi yang membengkak keluar dari dubur)
- Cara guna : Korang cuma kena sumbat supositori Proctosedyl ni lepas bangun pagi, sebaik selepas korang membuang. Pastu, sekali lagi pada waktu malam sebelum tidur. Sebaiknya, tunggu selepas membuang, barulah korang sumbat ubat ni, okey.




1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. thanks share ... bagus jg bila dpt info mcm ni.
    mrs pip mmg sembelit lepas delivered 1st baby dulu...

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.