Kemurungan atau depression berpunca dari lemah pegangan agama dan iman?


Kemurungan atau depression berpunca dari lemah pegangan agama dan iman? | Sejauh mana kebenarannya dakwaan netizen yang melabel individu yang mengalami kemurungan yang bertindak menamatkan riwayatnya sendiri sebagai individu yang tak kuat pegangan agama? Kat sini sebenarnya ada perselisihan antara maksud sebenar kemurungan tu sendiri.


Kita kena tahu, bahawa kemurungan atau depression ni ada dua. Kemurungan biasa (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression) adalah tak boleh sesekali disamakan.

Fitrah sebagai manusia, kita tak boleh lari dari diuji. Bila kita mengalami suatu pengalaman yang merenggut jiwa, pasti mental kita akan melalui satu fasa di mana kita berasa sedih, demotivated, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa. Adapun, ketika tu, akal kita masih boleh berfungsi dengan normal. And yes. Itulah mood depression, dan bukan penyakit.

Manakala, clinical depression (major depression) pula boleh menjejaskan fungsi akal (yang rasional) dan secara tak langsung boleh jugak menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika ianya berlarutan. Biasanya ia berlaku lebih daripada 2 minggu. Dalam situasi ni, penghidap tak boleh berfikir secara waras. Tak seperti penderita mood depression yang boleh dilabel dan dirawat oleh sesiapa. Kemurungan klinikal adalah penyakit, bukan sekadar mood. Ia hanya boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor/psikiatris. Kemurungan klinikal adalah penyakit!

Kemurungan klinikal takde kena.mengena langsung dengan lemah pegangan agama dan iman. Sebab penghidap kemurungan klinikal dah tak boleh berfikir secara rasional tentang, logik, tindakan, dan juga akibat kerana fungsi akal diorang dah takde. Tak semua boleh dirawat hanya dengan berdoa dan beribadah, Tengok saja dalam syariat, antara syarat wajib ibadah adalah WARAS / BERAKAL.

So adalah tidak wajar jika penghidap kemurungan klinikal yang bertindak mengambil nyawa sendiri dilabel sebagai lemah iman atau "ahli neraka". Kita tak pasti di saat dia tamatkan riwayatnya itu, adakah dia sedang berakal atau tidak. Wallahua'lam  Urusan Tuhan semua tu untuk menentukan tempat diirang.

Mulai sekarang, jom ubah fahaman kita yang selama ni terlalu berat sebelah dan prejudis terhadap "penyakit" depression. Kita kena mula iktiraf kemurungan klinikal ni sebagai penyakit dan bukan masalah pegangan agama. Kalau korang dapat kesan ada individu sekitar korang yang murung, pujuklah dia berjumpa dengan doktor. Itu tanggaungjawab kita. Bukan hanya tahu melabel dan menghukum je.

19 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Mmg Ada betulnya. Selalunya keadaan sekeliling yg buat depression tu

    ReplyDelete
  2. Wah... terkesan baca entri ni :') Harap2 Hana tak kemurungan bila dapat result SPM nanti.huhuhu

    ReplyDelete
  3. depresi itu satu penyakit ,
    jadi penting utk kita mendapat rawatan kalau rasa ada depresi ....

    ReplyDelete
  4. Kemurungan ni sangat bahaya ni. Kalau lemah iman mau terjebak dengan aktiviti yang tak sihat. Kekadang kemurungan ni boleh menyebabkan orang tu ada halusinasi. Terdengar suara kedua yang suruh buat benda benda yang tak elok....moga kita takde la kemurungan yang kronik.

    ReplyDelete
  5. Sebagai seorang graduan klinikal psikologi, this is very true. Depression bukan ukuran sama sda iman kita tinggi ataupon tidak. It is one of the mental illness yg ramai masyarakat malaysia x faham or cakna. Inilah masanya untuk kita educate apa itu mental health awareness. Mental illness bukan “gila” sahaja tau. Mcm2 lagi jenis2 mental illness nie.

    ReplyDelete
  6. betul tu..skarang ni lagi la macam2 keadaan yang mendorong ke arah depression

    ReplyDelete
  7. yea.. masalah kemurungan ini adalah penyakit.. penyakit yang berpunca dari keadaan sekeliling dan tidak tahu cara mengambil langkah untuk mengelakkan stress yang akhirnya menyebabkan depression.. perlukan sokongan dari semua orang untuk kembali sembuh.. hemm.. teringat pulak kat iqram dinzly.. sedih tengok dia

    ReplyDelete
  8. depression mmg mendapat liputan meluas baru2 ni dan ramai pula menggunakan unsur agama apabila depression selalu membawa orang tiada agama membunuh diri apabila tewas akhirnya. ia memang bukan perkara yang mudah tapi dalam kes ini, saya fikir agama salah satu benteng terkuat untuk menahan kita daripada berbuat perkara sedemikian. apapun, moga masyarakat makin peka tentang masalah serius ini.

    ReplyDelete
  9. Dulu ramai yang anggap macam tu. Tak cukup kuat pegangan agama. Sekarang ni bila makin ramai yang ada masalah depression dan dah ramai pakar perubatan explain pasal ni, harapnya dapat bukak minda semua orang pasal depression ni

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing. CLINICAL & MOOD ..dua situasi yang berbeza. Tapi boleh jadi ia bermula drp mood membawa ke clinical? Kaalau ya, ianya patut dikawal drp awal. Orang sekeliling perlu memainkan peranan penting utk tenang mereka yang mengalami depresi.

    ReplyDelete
  11. Ramai netizen dan masyarakat kita jump into conclusion berkaitan lemah pegangan agama bila masuk bab depression ni. Banyak faktor sebenarnya. Orang sekeliling especially ahli keluarga dan sahabat rapat kena mainkan peranan dengan beri sokongan moral. Sama2 bantu mereka utk pulih seperti biasa.

    ReplyDelete
  12. kita kena hindari dari Depression. Momi pon sedang cuba untuk buang benda benda negetif. let's be more positive dan happy

    ReplyDelete
  13. Yes, kemurungan ni boleh jadi pada sesiapa je. Bukan mengenai pegangan agama semata.


    Saya sangat setuju pendapat bahawa kita tak sepatutnya prejudis pada mereka ni. Membantu itu lebih baik daripada mengadili.

    ReplyDelete
  14. Depression is a very common issue nowadays. Preventive action must be taken to eliminate negativity in the person thoughts, friends and family must be supportive as well.

    ReplyDelete
  15. Baru tahu ada perbezaan antara dua jenis kemurungan ni. Memang patut dikongsi

    ReplyDelete
  16. depression.. stres yang tak terluah. bahaya penyakit kemurungan ni kan. hanya mereka yang mengalaminya tahu apa yang dirasa. kalau sering tertekan, eloklah diluahkan. jangan dipendam untuk elak perkara tidak sepatutnya berlaku.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  17. I used to think that depression was something the weak-spirited suffered. I thought Allah SWT was enough but personally, the depression cannot really be wished away. It is a battle that only the strongest of will win.

    ReplyDelete
  18. haritu masuk group depression dorang cakap tak ada kaitan dengan agama huhuh malas nak arguing dengan depa, bagi I kalau diri sendiri masih nak stay dalam dunia kegelapan susah

    ReplyDelete
  19. Tetapkan iman didada dan sentiasa mengingati Allah moga hati kita menjadi tenang InsyaAllah.

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.