5 Tips Penting dalam Memilih Nursing Bra / Bra Menyusu. Mommy jangan sampai tersalah beli.

10/31/2020
Bagi bakal ibu atau first time mommy mesti tak tahu apa itu nursing bra kan? Okay. Biar Mamy Syu explain sedikit apa itu nursing bra sebelum kita go through satu-persatu tips memilih bra menyusu ye. 

Baiklah. Nursing bra merupakan pakaian dalam khas wanita yang dicipta bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan bayi. Rekaan bra menyusu ni biasanya dah ditambah dengan inovasi, tak seperti bra biasa.

Bra menyusu akan dilengkapi dengan klip bukaan khas di bahagian depan yang boleh memudahkan proses penyusuan berlangsung tanpa perlu bersusah payah membuka cangkuk di belakang.




Kenapa hampir semua nursing bra di pasaran adalah non-wired?

Ibu-ibu menyusu tak digalakkan untuk memakai wired bra atau kita sebut baju dalam dengan dawai sokongan. Penggunaan baju dalam berdawai boleh menyekat dan mengganggu kelancaran pengeluaran susu yang mana akan mengakibatkan engorged atau bengkak susu.

Lazimnya doktor akan memberikan antibiotik dan antibiotik yang ibu ambil itu akan diserap ke dalam susu ibu. Doktor mungkin akan menasihati agar ibu memberhentikan dulu penyusuan sepanjang tempoh rejimen antibiotik perlu dihabiskan.

Bila masa yang sesuai untuk membeli nursing bra?

Sebenarnya, sewaktu mengandung pun, anda perlu memakai bra. Tiada alasan untuk tidak memakai bra meskipun kandungan makin membesar. Malah, pemilihan bra yang elok adalah penting kerana ia dapat mengelakkan kesan payudara kendur selepas bersalin!



5 Tips Memilih Nursing Bra



Tips Memilih Nursing Bra / Baju Dalam Menyusu. Nursing bra mamaway




1. BERSESUAIAN DENGAN SAIZ

Kalau boleh, biar betul-betul ‘ngam’ dengan payudara. Pastikan anda mengambil masa untuk mengukur dan mencuba bra di dalam bilik persalinan. Jangan main ‘tangkap muat’ saja ya.

Setelah mencuba, gerakkan badan, angkatkan lengan, dan biarkan selama 1-2 minit supaya anda boleh merasa sebarang tanda tekanan atau lebihan ruang sekiranya ada.

Berikut panduan memilih saiz sekiranya anda membeli nursing bra secara online.



2. UKUR PAYUDARA SETIAP BULAN

Jangan lupa, ukur payu dara setiap bulan. Jika semakin besar, pastikan beli yang baru agar dapat menampung payu dara selain memberi keselesaan kepada anda sepanjang tempoh mengandung.

5 Tips Penting dalam Memilih Nursing Bra / Baju Dalam Menyusu. Ibu-Ibu jangan sampai tersalah beli.


Tapi untuk selamat, mommie boleh memilih nursing bra yang stretchable yang boleh fit saiz M hingga XL. Ada meh bra macam tu??

Ada! Tengok sini, bawah ni. Contoh carta saiz nursing bra Mamaway. Perhatikan betul-betul. Saiz L bra Mamaway boleh fit dari orang yang memakai saiz 36C hinggalah 36F. Malah yang bersaiz 38C pun masih boleh pakai L. 

Quite impressive kan teknologi Mamaway ni?!

Teknologi diorang ni membolehkan sehelai bra tu boleh fit hingga 7 saiz berlainan. Whoa! It is very high stretch level kan? 

Bra Mamaway boleh meregang kepada beberapa saiz yang berbeza. Tak cakap kosong, Syu sendiri pun actually pengguna tegar nursing bra brand Mamaway. Tak pernah rasa sesak, seriously.


3. BERSIFAT BOLEH LARAS & DINAMIK

Pastikan mommy mendapatkan bra yang mudah dilaraskan. Selain saiz ‘cup’ yang akan membesar, perut juga akan membesar, jadi postur badan anda juga mungkin akan berubah. Sepanjang kehamilan, anda mungkin akan perlu mengubah sokongan ini beberapa kali mengikut keselesaan payudara.

Sekali lagi, seamless bra mamaway boleh atasi masalah perubahan badan ini. Macam mana? Ha jom tonton video di bawah ni sebentar, dan mommies pasti terpikat.




4. MATERIAL MUDAH SERAP PELUH & TAHAN

Biasanya sewaktu mengandung, badan cepat panas. Maka, pilihlah bra daripada material kapas. Kain kapas dapat meresap peluh dan memberi ‘ruang bernafas’ pada payu dara. Paling utama, material jenis ini tak lekat bau hapak atau bau kepam peluh.

Penting juga untuk menimbang-tara tahap ketahanan fabrik yang digunakan. Sejujurnya seumur hidup Syu kecuali masa tinggal di asrama dulu la kan, Syu memang campak je bra dalam mesin basuh. ahhahaha. 

Eh! Tak koser I nak basuh manual dengan tangan lah! Ke mommies semua basuh ngan tangan?

Dan ni I nak cerita bagi kat you all lah kan, bra Mamaway memang tahan dibasuh mesin. Tak ada masalah walaupun washing machine korang jenis yang spin nya kuat  macam semi-auto punya mesin. Dia takkan rosak sama ada jadi mengembang atau getahnya jadi kendur. Nothing.

Lepas keluar mesin pun keadaan dia seperti asal dan boleh je jemur macam biasa atau guna drier.

Seterusnya, kalau boleh elakkan lah membeli material jenis sintetik atau jenis kain berenda (lace) yang menyebabkan kulit mommy mudah berlaku reaksi alergi, iritasi atau gatal. Bagi Syu, tak perlu pun bra yang sarat dengan deco ni. 

Lebih baik simple dan plain je macam bra Mamaway ni. Macam orang kampung Mamy selalu kata, "Less is More" hahahha ah gittew!


5. BERSIFAT MUDAH / MENYENANGKAN ATAU SEAMLESS

Nursing bra mestilah ada ciri-ciri seamless atau tidak renyah untuk dibuka dan dipasang semula. Bra Mamaway memang best. Klip bukaan depan dia amat mudah dibuka dan dipasangkan semula hanya dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Ciri ini akan memberi kemudahan pada ibu, nak-nak pula kalau anak nak mengamuk terlalu lapar.

Tapi..haa ada tapi!

Tapi, jangan pula terlalu mudah dibuka sampai ia boleh terbuka sendiri tanpa disentuh. Hahaha Syu pernah tersilap beli nursing bra 'cap ayam' yang dibeli direct China melalui platform e-commerce shopee sebab terpesona dengan tawaran harga nya yang murah!

Macam biasa, setelah barang nya sampai Syu terus keluarkan dari packaging dan basuh. Betapa kecewanya Syu bila melihat keadaan bra menyusu tu sebaik selepas keluar dari washing machine.huhu butang depan nya pecah dan tak boleh dikancing semula.

By the way, Syu pakai juga la bra tu, buat basahan di rumah tapi memang tak selesa gila la sebab butang nya suka terbuka sendiri bila Syu batuk atau bersin, malah bila Syu angkat tangan nak mencapai barang yang tinggi pun dia boleh terbuka sendiri.pfftt~

So berhati-hati lah bila membeli nursing bra yang konon nya murah. Takut-takut nanti, dari nak jimat, tiba-tiba jadi sebaliknya pula. Jadi makin rugi macam Syu ni uhuk..uhuk~

SLEEPING BRA PADA WAKTU MALAM

Walaupun sokongan daripada bra amat penting kepada payudara, mommy dinasihatkan supaya mengelakkan daripada memakai bra sepanjang hari. Tanggalkanlah bra pada waktu malam, lebih-lebih lagi sebelum tidur kerana bukan sahaja ia tidak selesa malah mengikut perubatan, boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
Sleeping bra. Konsep selak dan terus menyusu. Best!
Nipis dan selesa, tanpa span.


Namun, jika payudara you guys sudah mula mengeluarkan susu. So its recommended to pakai sleeping bra atau baju dalam khas untuk tidur, yang juga dipanggil relax bra, beserta dengan ‘breast pad’ pada waktu malam untuk mengelakkan tilam kita dibasahi susu yang overflow semasa kita tidur.


MAMAWAY - TEMPAT PALING BEST NAK SHOPPING NURSING BRA

Ianya tak mudah nak shopping ketika anda lagi sedang hamil kan? Lebih sedap duduk di rumah dan shopping menggunakan hujung jari. Syu sendiri banyak membeli secara online sahaja barang-barang keperluan maternity dan barang nak berpantang.

Salah satu website favourite Syu adalah Mamaway lah. 

Antara produk Mamaway yang Syu pernah pakai termasuklah nursing bra dia, bantal baby a.k.a bantal sejuk dan juga baby ring sling

So far Mamy tiada sebarang isu dengan semua produk mereka. Puas hati belaka.

Sekiranya mommies pun nak shopping barang maternity, berpantang serta barang baby kat Mamaway, jangan lupa apply voucher code Mamy Syu dan you all akan dapat nikmati less RM30 untuk membeli apa juga barang kat sana dengan nilai pembelian minimum RM135.00.

Klik → Annur Syuhadah untuk dapatkan baucer RM30

Bila dah klik link ni, mommies akan dapat satu unique code yang lebih kurang begini ↓

Bra mamaway annur mamy syu


So mommies copy lah code tersebut, dan apply code ni semasa nak checkout.

Jangan tunggu lagi, cepat grab bra Mamaway sekarang sebelum quota voucher ni habis. Terhad kepada 10 pembeli terawal saja ni tau. Lepas tu voucher ini dah tak boleh guna dah tau mommies. Rugi sangat kalau terlepas.

Syu beli dulu pun dapat less setakat RM15 je tau. Kiranya you guys ni beruntung sangat dah tu dapat less RM30 dari Mamaway.

Happy shopping!





3 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Info yangbagus untuk para mommies sekalian.

    ReplyDelete
  2. wow, bagus tips ni ^^

    ReplyDelete
  3. sis PM bra mamaway untuk saiz cup D. Takut tak sesuai pulak bila lepas beli

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.