Gejala Kekurangan Vitamin D Pasca PKPD

Tak tahulah secara kebetulan atau for real, tapi sejak tempat Syu ini dikenakan PKPD, dan Syu berkurung lebih 8 hari dalam rumah, I dapat rasa perubahan ketara ke atas badan I tau kebelakangan ni. Paling ketara adalah masalah sakit tulang belakang yang tak lega-lega, walaupun I dah buat senaman regangan dalam rumah, dia tetap duk sakit jugak. Yang kedua, kejadian terlepas barang kerap berlaku. Seolah olah tak ada kuasa dah nak menggenggam.cara mengatasi kekurangan vitamin d,makanan vitamin d,kekurangan vitamin d boleh menyebabkan,
Ha. Kepala ni mula lah berfikiran tak menentu, ligat memikirkan yang bukan-bukan. Tak boleh elak kot daripada berfikiran macam ni. Benda kita belajar, ada la sikit-sikit pengetahuan pasal kesihatan. Pun asal-asalnya pun dah memang dari background healthcare, so memang cepat saja fikiran ke situ, 
"Haih, aku ni vitamin D deficiency ke ni?"

Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan vitamin D deficiency, berbanding Vitamin C deficiency. Rata-rata semua orang tahu kalau gusi berdarah tu, tak cukup vitamin C lah tu. Tapi vitamin D? Kalau kurang, dia jadi macam mana ye?

Kalau nak tahu, vitamin D merupakan vitamin larut lemak yang diperlukan badan untuk membentuk tulang yang kuat kerana 'kerja' vitamin D ini adalah membantu badan kita menyerap kalsium daripada makanan harian.


gejala kekurangan vitamin D-cara mengatasi kekurangan vitamin d,makanan vitamin d,kekurangan vitamin d boleh menyebabkan,defisiensi vitamin d pdf,insufisiensi vitamin d pada ibu

Sumber Vitamin D

Sebenarnya vitamin D boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita sendiri je, tapi dengan syarat kulit kita perlu didedahkan dengan cahaya matahari. Kalau dari sumber food intake pula, vitamin D ada dalam bentuk semulajadi dalam beberapa jenis makanan seperti kuning telur, dairy products, bijirin yang diperkaya dan juga pada sesetengah jenis ikan, seperti ikan cod. akibat kekurangan vitamin a b c d e k,akibat kekurangan vitamin d,penyakit kekurangan vitamin d

Macam mana seseorang boleh kekurangan vitamin D?

Kalau dilihat dari gaya hidup semasa PKPD, individu yang dikenakan perintah kuarantin kendiri (bergelang pink) dikehendaki mengasingkan diri dari ahli keluarga dan jiran tetangga. Jadi dia sentiasa berada di dalam bangunan dan terlindung daripada cahaya matahari. 

Untuk suatu tempoh yang pendek, mungkin tak ada kesan apa-apa. Tapi kalau itulah rutin harian dia, dia bakal mempunyai masalah. Lebih menerukkan lagi keadaan adalah, bila mana individu tersebut tidak suka atau alah dengan segala makanan laut atau tidak suka mengambil produk tenusu. Maka tidak mustahil masalah kekurangan vitamin D itu boleh berlaku.

Punca lain kekurangan vitamin D 

  • Sesetengah orang yang berusia, buah pinggang mereka mungkin kurang kebolehan untuk menukar vitamin D kepada bentuk aktifnya, seterusnya situasi ini meningkatkan risiko kekurangan vitamin D.
  • Saluran penghadaman  tidak boleh menyerap vitamin D kerana mempunyai masalah kesihatan tertentu, termasuk penyakit Crohn, fibrosis cystic dan celiac disease, boleh menjejaskan keupayaan usus seseorang untuk menyerap vitamin D daripada makanan yang dimakan.
  • Seterusnya adalah individu yang obese. Sebab apa tau? Sebab vitamin D ni diekstrak daripada darah oleh sel-sel lemak, menyebabkan pembebasannya ke dalam peredaran sistemik terganggu. Individu yang mempunyai BMI 30 atau lebih, sering mempunyai tahap vitamin D yang rendah dalam darah.

Gejala kekurangan Vitamin D

Tanda gejala kekurangan Vitamin D adalah seperti rasa sakit-sakit tulang dan lemah otot. Tapi bagi kebanyakan orang, gejala-gejala macam ni sebenarnya tak berapa nak perasan lah kan sebab gejala macam ni, macam-macam benda boleh jadi penyebab. Salah tidur pun boleh jadi sakit-sakit badan dan tulang. Betul tak?  

Tapi! Ha ada tapi tau. Biarpun kekurangan vitamin D ni gejalanya macam tak berapa menonjol, tapi kalau vitamin D dalam darah terlampau sikit, ia boleh menyebabkan risiko kesihatan yang lain seperti peningkatan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular, penyakit kognitif pada orang berusia lanjut dan serangan asthma yang teruk di kalangan kanak-kanak.

Kalau Tak Ada Gejala, Macam Mana Nak Tahu Kita Mengalami Vit D Deficiency?

Cara untuk mengukur paras vitamin D di dalam tubuh adalah melalui ujian darah. Bacaan paras vitamin D 20-50ng/mL adalah dianggap mencukupi untuk orang yang sihat. Paras yang kurang daripada 12ng / mL pula menunjukkan seseorang itu mengalami kekurangan vitamin D.
kadar vitamin d normal,fungsi vitamin d,gejala kekurangan mineral,kekurangan vitamin disebut

Rawatan

Rawatan untuk kekurangan vitamin D adalah dengan cara meningkatkan pengambilan vitamin D melalui diet dan produk makanan tambahan. Iya, di sinilah di mana supplement diperlukan, sebab dah terbukti melalui ujian darah. Bukan hanya main self diagnose atau ikut-ikutan saja.

Untuk dos vitamin D, misalnya seperti ubat Calcitriol, hanya doktor yang merawat sahaja yang boleh menentukan dosnya, berpandukan result blood test tahap vitamin D dalam tubuh seseorang itu.

Papepun kena bincang dulu dengan ahli farmasi kalau kalian taknak terkena side effect atau overdose vitamin D. 
"Ha apoo? Sejenis vitamin pun boleh overdose dan mendatangkan mudarat ke?"

Yes. It is. Jangan ingat sebab nama dia "makanan" tambahan, so dia tak ada mudarat? Tak bahaya?

Sebab tu bila kita nak memulakan mengambil sesuatu supplement, tanya dulu kat diri sendiri, "untuk apa aku ambil supplement ni? Badan aku tak cukup vitamin D ke? Betul ke badan aku kekurangan vitamin D sampai memerlukan aku ambil suplemen untuk meningkatkan keperluan badan?"

Jadi, faham ye semua? 

Suplemen itu adalah tambahan kepada sumber pemakanan harian kita. Andai kata kita memang dah sedia-sedia duk makan cukup macro dan micronutrient, buah, serat apa semua. Kira seimbang lah semua dengan vitamin nya, mineral nya dan nutrient yang cukup, maka tak perlu lah kita tambah lagi dengan suplemen, ok?

Macam biasa, pesanan penaja.haha. Kalau ada apa-apa nak tahu pasal ubat-ubatan, hubungi terus Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1 800 88 6722. Tanyalah apa nak tanya pun, as long as pertanyaan tu adalah mengenai ubat-ubatan dan penyakit anda. Sekian, semoga beroleh sesuatu hari ini. defisiensi vitamin d pdf,insufisiensi vitamin d pada ibu hamil

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. alhamdulillah..rasanya sy x kurang vit D hehe

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y