Kudis buta atau scabies

PENYAKIT KULIT : KUDIS BUTA
PENYENYEBAB    : HAMA DI BAWAH KULIT
kudis buta kanak-kanak

Baru-baru ini musim sakit mata. Sekarang timbul pula musim kudis buta. Jangan ambil mudah penyakit scabies kerana ia sangat cepat berjangkit. Kalo terkena pada anak-anak, boleh trganggu pelajaran dan tumpuan dalam kelas!

Apa yg harus diingatkan tentang kudis buta ni :

1. Penyakit ini berjangkit melalui sentuhan.

2. Simptom : kulit merah, gatal terutama malam hari, bintik-bintik berair dan menyerang di bahagian ketiak, pusat, pinggang ke punggung, kemaluan, celah-celah jari kaki dan tangan, dan bahagian pelipat (belakang lutut dan siku)

3. Tidak disarankan menggunakan mandian cecair disinfectant/ antiseptic det*ol / lifeb**y / atau apa-apa brand sebab ia mengeringkan kulit dan menyebabkan kegatalan menjadi lebih teruk!

4. Penggunaan berbagai krim tidak memberi apa-apa kesan (cuma kurangkan rasa gatal tapi tidak menyembuhkan)

5. Sila pergi ke KLINIK /HOSPITAL PAKAR KULIT untuk mendapat ubat yang tepat.

6. Doktor akan beri ubat anti-scabies untuk sapu, suntikan untuk tahan gatal(optional) dan ubat tablet untuk kesan lebih cepat.

7. Sapu ubat anti scabies seluruh badan (kecuali muka) iaitu dari leher smpai hujung kaki sebelum tidur selama 3 malam berturut-turut dan hari ke 5. (iaitu 1,2,3,5)

Bangun pagi keesokannya baru dicuci (8-10 jam) Lepas rawatan, rasa gatal mungkin masih berbaki untuk 3-5 minggu, kesan dari hama yang mati dalam kulit.

8. Semakin banyak habuk semakin cepat hama merebak. Seeloknya, ketika membersihkan rumah, sila pastikan kanak-kanak tidak berada di kawasan berkenaan.

11. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut. Dalam kereta jangan lupa. Karpet dan kusyen jika bukan vinyl cover.

10. Jangan pandai-pandai bagi kanak-kanak atau bayi pakai apa-apa ubat anti scabies tanpa arahan doktor. (Especially Scaboma-lindane di kelaskan sebagai racun berat)

11. Rawatan dgn lindane (benzene hexachloride) adalah rawatan alternatif TERAKHIR sekiranya ubat seperti permethrin dan crotamiton tak memberi kesan selepas 2-3 mingu.

12. Jumpa doktor semula jika keadaan berlarutan atau makin teruk selepas 3-5 minggu.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y