Tips Menyusu Bagi Yang Pertama Kali Menjadi Ibu

Māmy Syu
4
Ramai ibu beranggapan yang ibu tidak dapat menyusukan bayi dengan keadaan puting yang kecil atau rata. Ya, mamy faham, sebelum ini kita belum pernah ada pengalaman menyusukan sesiapa pun sebelum berkahwin, kita anak dara. Am I right? So bukan sesuatu yang aneh pun kalau bentuk fizikal payudara kita kecil dan sepertinya tidak sesuai untuk menyusukan anak.

Tahukah ibu, ibu masih boleh menyusukan seperti biasa walaupun keadaan puting ibu tenggelam, kecil atau rata.

Suka mamy di sini untuk memberikan sebuah analogi mudah untuk memberi sedikit gambaran kepada ibu-ibu tentang asas penyusuan susu badan bukanlah begantung kepada saiz puting ibu. 

Begini. Payudara ibu boleh diumpamakan seperti sebuah botol berisi air, manakala puting susu adalah straw. Dalam kehidupan kita seharian, tanpa straw juga kita masih boleh minum air di dalam botol tersebut. Betul tak?

Maka yakinlah ibu, dengan cara dan teknik yang betul ibu pasti dapat menyusukan anak ibu dengan jayanya.

Ini kerana, susu tetap dapat keluar bila bayi menghisap bahagian tampuk gelap (areola) pada payudara ya, bukan menghisap hujung puting yang tersembul tu. In fact, kalau bayi menghisap hanya hujung puting, itu adlah teknik lekapan yang salah! 

So nampak ye ibu-ibu muda sekalian? Yang penting dalam menjayakan penyusuan bayi adalah kawasan yang berwarna sedikit gelap di sekeliling puting itu sendiri. Bukannya saiz atau panjang puting ok?! Kawasan aereola ini yang sebenarnya terletaknya banyak duktus susu. Hisapan yang tepat di areola akan mengeluarkan susu yang berada di dalam kelenjar mamari ibu.

Cara Memulakan Lekapan Pertama dalam Penyusuan Pertama Ibu dan Bayi baru Lahir

Setiap bayi akan menunjukkan beberapa signal ingin menyusu yang tertentu untuk memberitahu yang mereka bersedia untuk menyusu. Antaranya menggeliat, menghisap jari dan merengek. Menangis adalah signal lambat bagi sesetengah bayi.

1. Peluk dan rapatkan bayi ke ibu. (Important: Bring baby to breast, NOT breast to baby)
2. Pastikan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
3. Pegang payudara ibu dalam bentuk pegangan C, dalam jarak satu inci dari areola (tampuk hitam).
4. Sentuhkan puting ibu ke bibir bayi, acah-acah sehingga bayi membuka mulut dengan luas (seperti menguap).
5. Masukkan puting ke dalam mulut bayi.
6. Pastikan sebahagian besar areola (tampuk hitam) berada di dalam mulut bayi.
7. Kedua-dua ibu dan bayi mestilah berada di dalam posisi yang selesa. Gunakan nursing pillow untuk membantu menyokong tangan ibu.

Apabila bayi sudah mula menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu, mulakan lekapan seperti dalam gambar berikut:

masalah menyusu puting tenggelam, ibu susu ubud

Klu Bagi Mengenalpasti Latching Yang Betul dan Penyusuan Telah Berjaya?

1. Dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
2. Bibir atas dan bibir bawah bayi terbuka.
3. Lidah bayi di bawah puting ibu.
4. Pipi bayi kembung
5. Kedengaran bayi menelan susu dan hisapan bayi yang perlahan dan mendalam dalam pattern "hisap telan, hisap telan".
6. Payudara berasa ringan dan kosong selepas sesi penyusuan.

Contoh Posisi Menyusu yang Sesuai dan Selesa Bagi Ibu Menyusu

Ada pelbagai posisi yang ibu boleh cuba, yang penting posisi tersebut boleh membuatkan ibu selesa semasa sesi menyusu dan tidak mengganggu lekapan bayi ketika menyusu.

posisi breastfeeding position, ibu susu ubud

Jika bayi ada masalah untuk menyusu kali pertama, ibu jangan putus asa.

Usahakan untuk lekapan setiap hari sehingga ibu dan bayi berjaya. Bagi masa kepada ibu dan bayi untuk berlatih. Practice makes perfect!!

Artikel berkaitan : Panduan Penyusuan bagi Puting TenggelamTips Menjayakan Penyusuan Bayi Pramatang, Tips Menyusukan Bayi Kembar

Jika perkongsian ini membantu, klik butang LIKE!

Post a Comment

4 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. tips yang bagus annur...
    kalau ikott kate misi puting ok..
    mintak2 selamat menyusukan anak nnti

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!