Maksud nama Naufal dan Aufa



Nama Naufal maksudnya yang pemurah.
Ibu sengaja pilih nama yang ringkas dengan ejaan tak lebih dari 6 huruf, dengan harapan orang sekeliling akan memanggilnya dengan nama penuh tanpa sebarang singkat-singkatan nama. Tapi semua itu hanya perancangan, tup, tup bila dah letak nama Naufal, masih jugak boleh disingkatkan.~huhu

Cemane ek, nk kate pun tak kena jugak.
Sebab memang kebiasaan (sangat) masyarakat sebelah pantai timur macam Terengganu dan Kelantan, gemar memberikan nama gelaran atau samaran. Jadi that's why la keluarga sebelah Terengganu memanggil Naufal dengan panggilan Aufa. Tapi,aku tak kesah pun sebab Aufa tu pun masih mempunyai maksud yang baik-baik. Kalau korang search kat google, aufa bermaksud "yang sempurna".

Selain tu, kalau korang perasan, dalam Quran pun AUFA banyak disebut. Contoh macam dalam surah an-Najm ayat 41.
Naufal aufa yang sempurna dalam al-quran
Bila dibaca terjemahannya ia bermaksud "yang LEBIH sempurna".

Berbeza dengan ayat 77 dalam surah Ali-Imran, dimana AUFA dirujuk sebagai "yang lebih setia/ menepati" (janji).
maksud nama aufa


Jika dirujuk kamus, perkataan AUFA dikategorikan sebagai Ism-Tafdhil atau lebih mudah difahami ianya adalah Superlative Adjective (e.g. bravest, strongest, most fiercely).
makna nama-nama islam aufa
Jadi secara kesimpulannya aufa membawa erti "More complete with great perfection". Special kan bahasa Arab ni? Hanya beza beberapa huruf pun dah membawa maksud yang jauh berbeza.

NaufaL buang "N" dan "L" = aufa.
muhammad naufal bayi belajar meniarap
Alhamdulillah. Semoga setiapkali nama Naufal disebut tak kisah lah sama ada nama penuh atau AUFA sahaja, ia akan menjadi doa buat Naufal. Amin.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. anak menakan cici un named naufal..comel jugak en nama aufa ea

    BalasPadam
  2. yes cici..dah la comel, maksud pun bagus kan ^_^

    BalasPadam
  3. Amin... semoga mnjdi ank soleh dan pemurah nnt...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama00:33

    WOW just what I was searching for. Came here bby searching for Should You Trust Mlm Scam Review Websites
    And Their Opinions

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y