[REVIEW] Hiruscar ® Scar treatment gel


Sebelum apa-apa, Annur nak cerita sikit rentetan cerita macam mana Annur boleh kenal gel Hiruscar  ni.
rawatan parut hiruscar

Okay, this is my little precious Naufal. Perhatikan hidung yang bertampung tu closely..ohh. Itu kesan dari aksi lompatan ala-ala parkour yang dilakukannya Jumaat lepas, means 7 hari yang lalu lah kan. Gambar ni diambil pada hari ke-5 selepas kejadian, dimana aku dah sapu gel Hiruscar selama 3 malam berturut-turut. 

Memang berkesan! Pada hari pertama aku cuma cuci luka dengan kapas dan air. Masuk hari kedua, luka yang fresh itu sudah pun diliputi keruping. Bila keruping tu terbentuk, Ya Allah! Dapat bayangkan tak betapa hodohnya rupa dan keadaannya?! Hitam, bergerutu dan sangat mencacatkan kehenseman anak aku..ohh.
hiruscar gel

Dari situ lah aku menemukan gel Hiruscar®. Masuk-masuk je farmasi, terus ke kaunter dan mintak krim parut. Pembantu farmasi tu pun mengambil 3 jenis gel yang berlainan jenama dan saiz dan diletakkan di atas meja. Aku spontan memilih Hiruscar® sebab murah di antara ketiga-tiga tu. Hahaha kedekut kan aku!? Taklah, bukan kedekut. Inilah pengguna bijak namanya. Harga cuma RM 16.80 untuk packaging 5 gram. Okay lah tu kan, kita pakai dekat target area saje bukan seluruh badan. Buat apa nak beli pack besar? kan.

Eh..macam dah terpanjang pulak entri review kali ni hihi. Bila datang idea menulis, rasa macam malas nak menaip, tapi bila dah start, panjang berjela pulak kesahnya kan (^_^) Okaylah, aku ringkaskan dalam bentuk point yer

- Berkesan. Pada Naufal dan juga aku. Mungkin korang akan kata, kulit budak-budak memang cepat proses pemulihan. Tapi, aku sendiri pun pakai kat parut eksiden aku, dah nampak cerah sikit. Itu belum pakai betul-betul lagi, aku cuma sapu sisa-sisa gel yang melekat di hujung cotton bud tu je setiap kali lepas sapu pada Naufal. Haa..bukti bergambar tak dapat la iolls nak tunjuk kat uolss. Aurat keyh...aurat.

- Wangi. Memang wangi. Ada seakan-akan bau produk dari rangkaian Bodyshop®. Tak ingat produk apa, tapi memang wangi. Bila buka je penutup, mesti terasa macam dejavu terhadap baunya.

- Tekstur tak berminyak. Memang lah tak berminyak sebab asalnya Hiruscar ni adalah sejenis gel berasaskan air. Rasa macam tak apply apa-apa pun. Langsung tak melekit.

- Tiada warna. Totally clear. Kalau parut tu ada di muka, tak perlu bimbang kalau nak pakai bila-bila masa sebab tiada siapa akan tahu yang korang sebenarnya dah apply sesuatu pada muka tu.

- Info tambahan. Kulit yang lembap sangat membantu penyerapan. Jadi aku selalu sapukan gel pada Naufal, setiap kali selepas mandi, dan sebelum tidur malam. Malam? Kenapa malam? Sebab malam adalah tempoh yang paling optimum bagi badan rejuvenate sel yang dah rosak dan bina sel-sel badan yang baru.

- Recommended? Yes. Recommended indeed! Aku sarankan korang cuba produk ni dulu sebelum produk-produk parut yang lain. Okeyh?

Jumpa lagi.. Babai.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. anak lelaki hero memang macam tu lah annur

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe kann...sekarang ni ade sorang lagi hero on the way nak mai ni hihi ^_^

      Padam
  2. Tanpa Nama13:28

    Kalau bekas parut gigitan serangga ble hilang tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah boleh..sebab Annur guna untuk bekas jerawat yang kemerahan pun boleh hilang.. ^_^

      Padam
  3. Klau kt muke bole ke?

    BalasPadam
  4. Klau kt muke bole ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Naufal pun AS letak kat muka jugak. Kat area hidung tu.

      Padam
  5. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    .

    BalasPadam
    Balasan
    1. You are welcome.
      Makasih ya sudi singgah

      Padam
  6. Tanpa Nama13:55

    Kalau parut hitam bleh ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah lah dear..nak tahu kena cuba dulu la ^_^

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y