tanda awal kehamilan
Sejurus selepas menerima berita gembira ni, aku mula menimbang-nimbang benda yang boleh makan dan tak boleh makan. Yela, kalo tak kerana aku check urin aritu, memang aku telan dah rojak buah yang ada nanas dalamnya. haihhz..
tanda awal kehamilan
Lupa pulak. Assalamualaikum pada semua pembaca. ^_^ Boleh pulak gitu kan..hihi
Ok..orang kata apa yang kita makan akan menggambarkan apa yang akan dihasilkan kelak. Jadi, kalau dalam tempoh percubaan atau tempoh merancang untuk hamil tu kena la ambil makanan yang sihat dan zat nutrisi yang mencukupi.
Gaya hidup dan corak pemakanan korang dan juga pasangan bakal mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir.
Aku dah pernah buat entri persediaan pemakanan dalam merancang kehamilan. Korang boleh tengok sendiri kat sini, apa yang aku buat dan makan.
Kepentingan zat-zat nutrisi sepanjang kehamilan:
Keperluan kalsium badan akan meningkat sebab segala nutrien yang korang makan, akan di divide dua. Kalsium boleh kurangkan gejala kebas-kebas dan kekejangan otot masa mengandung. Selain tu, kalsium boleh kurangkan kecenderungan ibu daripada kena darah tinggi time pregnant. Sebab tu lah aku banyak minum susu supaya bekalan kaslium sentiasa mencukupi untuk aku dan baby.
Baca juga : Kurangkan kekejangan otot dengan Bio-Life Calcium & Magnesium Plus
Baca juga : Kurangkan kekejangan otot dengan Bio-Life Calcium & Magnesium Plus
Zat besi
za besi jadi lebih penting bagi ibu hamil sbab jumlah hemoglobin meningkat sangat-sangat terutama pda trimester kedua dan ketiga. Aku tahu, cemana rasa tak sedapnya ubat Sangobion, Iberet Folic dan yang sekutu dengannya. Dah la rasa tak sedap macam makan besi berkarat, dah tu, perut jadi pedih, loya dan nak muntah.
Jadi makan lah daging merah, ikan bilis, tauhu dan tempe banyak-banyak untuk menambah zat besi dalam badan. hati ayam aku tak suggets sangat sbab tak elok. Ayam sekarang ni banyak disuntik hormon itu ini.
Macam manusia, bila kita masukkan bahan kimia macam ubat atau apa-apa je ke dalam badan, tempat bahan kimia tu di buang adalah hati. Pendek kata, hati adalah tempat pembuangan dan pengumpulan sisa kimia. Jadi, korang pulak pegi kutip hati ayam yang penuh bahan buangan tu, dan makan?!!
Lain la ayam kampung.
nutrisi yang penting ketika hamil
kalo korang nak tahu, sebaik-baiknya asid folik ni diambil banyak sebelum berlaku persenyawaan. Sekurang-kurangnya 60 hari, korang dah start makan makanan yang banyak asid folik.
Folik acid penting dalam perkembangan sistem saraf tunjang utama (termasuk otak).
tanda awal kehamilan
Tapi kalau korang bukan jenis merancang kehamilan, dan tau-tau je dah ada isi, korang tingkatkan pengambilan asid folik dalam tempoh 12 minggu pertama sebaik saja korang kesan yang korang dah "berisi"
Tak semestinya kena makan tablet folic, atau iberet folic, korang boleh je makan banyak sayur bayam, kacang buncis (kacang pin) kacang panjang, buah sitrus, bijirin, jus, dan ikan.
Asid lemak omega dan DHA
Aku rasa rata-rata ibu kat malaysia ni dah sedia maklum kepentingan DHA untuk baby kan. So kalo korang nak tahu, perkembangan minda dan otak bayi berlaku paling optimum pada usia kandungan 7 bulan dan keatas.
Jadi waktu tu lah waktu yang sebaiknya ambil banyak ikan salmon, ikan tongkol (ikan aya) atau sardin (orang terengganu panggil ikan selayang) sebab ikan-kan ni spesis yang banyak mengandungi omega.
Tapi, dalam keghairahan memilih makanan yang berzat, makanan nak bagi anak pandai..korang jangan pulak lupa. Minum air sekurang-kurangnya 10 gelas sehari! Segala zat dan nutrien ni, pengangkutnya adalah air!
Kalau nak dapat kesan penyerapan yang cepat, ha minumlah air bebanyak. Biarlah sehari 15 kali gi toilet pun. Asalkan anak sihat. Ke cane?
Untuk kandungan kedua ni, aku nak try petua yang sister Koh, yang keje kat Hospital Raja Perempuan Bainun Ipoh cakap.. "kalau anak takmau jadi kuning, minum susu kambing sama sengkuang cina hari-hari. Nanti anak lahir takdak kuning.."
Ikhtiar, tak salah... aku pulak darah O+, memanglah risiko kuning tu tinggi.
Aku pilih susu kambing Halib's, sebab yang ni rasa dia ok..yang lain aku dah cuba, tapi, tak boleh terima..bau hamis yang amat!.
Naufal pun lepas dah putus susu, aku bagi dia minum susu ni jugak selang-selang dengan susu S26. Jadi sebab tu lah aku tahu cemana rasa semua susu kambing segera yang ada kat pasaran, dan last sekali aku pilih Halibs.
Lagipun yang ni, ada habbatussauda'..tak manis sangat..cuma manis-manis kurma dan kismis je. Dan juga ada prebiotics, ala-ala Yakult gitu. Jadi bancuh kena air suam bawah suhu 40℃.
Annur: Semoga kandungan kali ni cukup matang hingga 39 - 40 minggu dan beranak normal. Amiinn..
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Ima takleh nak telan susu kambing..huhuh...
ReplyDeletesama la...tapi yang ni macam boleh je diterima tekak.. ^_^
Deletehttp://madey09.blogspot.com/ jemput jengok blog Etuza ya
ReplyDeleteopkos la... ^_^
DeleteMemang penting menjaga nutrisi semasa hamil ;-)
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu perjalanan hamil annur..
Hani tak ada rezeki nak hamil anak kedua. Bertahan 9 minggu je..
Annur pun baru je miscarriage 2 bulan lepas..kalo ikutkan doktor suruh rehat dulu 6 bulan..
Deletetapi rezeki datang lagi ^_^
hehe rezeki jangan ditolak kata orang ^_^