Milestone Naufal : Genap Usia Dua Tahun


Alhamdulillah.. 21 Januari baruni, Naufal dah pun genap usia 2 tahun. Melihatkan sejarah kelahiran Naufal yang lahir pada usia kandungan 7 bulan, Syu rasa bersyukur sangat dengan perkembangan kognitif dan sosio-emosi Naufal so far.

Tak seperti yang digembar-gemburkan doktor bahawa anak pramatang ni akan lembap dalam serba-serbi dan gagal menepati developmental milestone budak lahir cukup bulan. 

Alhamdulillah. Semuanya dengan kekuasaan dan kawalan Mu ya Robb.

umpan-gajet-terhadap-anak

Kalau ikut apa dikata oleh pakar kanak-kanak, apabila kanak-kanak genap usia dua tahun, sepatutnya mereka berupaya menggabung dua perkataan menjadi ayat bermakna dan mempunyai jumlah kosa kata antara 70 hingga 100 perkataan. Naufal? 

Ohh, tak payah bilang! Memang bila bercakapnya tu, macam bertih beras!

Pelat tu biasalah, tak sampai tahap merapu macam bahasa Jerman..ibu ngan ayah ni masih boleh faham apa yang dikata.  Biasanya bunyi huruf 's' menjadi 'c' contohnya naci (nasi), huruf 'r' jadi 'y' contohnya layi (lari). 

Yang lain, alhamdulillah semua dah dikuasai Naufal. Dan ada jugak sesetengah perkataan yang dia berjaya gabungkan dua macam, 'makan nasi' , 'jom jalan' ,  'dah siap' ,'tunggu jap' , 'abang punye' , 'nak tu' dan 'nak ni'..

Syu sebenarnya memang tak pernah ajar anak main gajet sejak bayi lagi. Sebab dah banyak baca tentang kesan buruk mendedahkan gajet pada budak kecil. 

Contoh kalau makan kat kedai, Naufal memang takkan duduk diam, keje nak berlari je.

Tapi aku tak pernah umpan dengan tablet or telefon supaya dia duduk diam. Aku biarkan je dia "memerintah" kedai tu. 

Selagi dia tak kacau orang atau merosakkan barang-barang sekeliling, biar! 

Bila order dah sampai, aku panggil dia duduk, dan suap makan. Dia pun akur je..datang, duduk..sebab dah puas berlari dan meneroka satu kedai tadi.

Aku sengaja taknak ajar dia biasa dengan gajet. Biar! Biar dia tak reti main tablet, macam budak lain. 

Sekarang memang ramai je budak bijak bermain game dan apps dalam tablet serta tahu membuka aplikasi YouTube dan video kartun, tapi di penghujungnya mereka di diagnose dengan speech delay. 

Juga fasih ABC sampai Z, 123 sampai 20, tapi malangnya mereka kurang menguasai perkataan-perkataan yang bermakna dan berguna dalam interaksi secara verbal.

Contohnya, anak akan kurang menguasai perkataan fungsian seperti 'sedap', 'nak', 'habis', 'siap', 'kenyang'. 

Panggilan insan terdekat seperti abang, atok , acu dan perkataan harian seperti mandi, minum, sakit, buat, makan, tutup, simpan. 

Perkataan yang menunjukkan ekspresi emosi seperti 'yay!' bila berjaya sambil tepuk tangan. 

Maaf kalau berbeza pendapat, tapi bagi Syu, lebih baik utamakan komunikasi dengan anak berbanding nak cepat-cepat bagi anak kenal ABC, 123, Apple, Ball, Chicken.

Sebab, kalau anak pandai ABC, tapi tak reti nak communicate dan express apa yang dia nak, at the end of the day kita parents juga yang akan susah. 

Sebab anak tu akan cenderung jump into tantrum dan mengamuk-ngamuk tak boleh nak pujuk pun. 

Iyalah kan. Dah kemahuan dia tak dapat ditunaikan, of course lah mengamuk. Dia pula tak reti nak bagitahu ibu ayah, apa yang dia nak sebab tak ada vocab. Lagi la dia jadi berang. 

Selain tu juga, pakar kanak-kanak mengatakan bahawa anak-anak tersebut akan lemah dalam menjawab soalan, menerima arahan serta tak pandai meminta informasi dan memberikan kenyataan.

Inilah yang kita takut sebenarnya. Tapi mak bapa sekarang ni mudah! Gajet tu seolah-olah macam jadi babysitter dah. 

Baby kita tu, kan jadi baby cuma sekali je. Dia membesar pon sekali tu je lah. Dan je dia jadi besar, remaja dewasa? Ha dah tak boleh rewind masa dia kecik balik dah. 

Zalimnya kita mak bapak ni kan?. Padahal kita yang bawa anak-anak "datang" ke dunia ni, akhirnya bila mereka dah ada di sini, kita cop diorang "merimaskan", "mengganggu", "serabut" dan sebagainya pulak kan? Adil ke bagi diorang? 

Huummmm..kita ni dah lah seharian selama lapan jam kita berkerja, rindunya anak-anak kat kita. Kita pula? Bila tiba di rumah, berangan-angan nak berehat sepuas-puasnya laksana raja-raja di kayangan. Takmau diganggu!

Kemudian kita petik suis aircond, ambil minuman dari peti sejuk dan bersantai diatas sofa sambil meneguk minuman dengan tanpa sekelumit pun rasa bersalah. 

Anak-anak kecil yang baru dijemput dari taska tu tadi, di umpan dengan permainan video melalui tablet supaya dia tak merengek dan tak ganggu kita. Senangnya kerja mak bapa nowadays kan. Kerja cari duit je, ye tak? 

Pastu. Kalau bab makan minum pulak, kita senang-senang je sumbat "makanan cepat" kat anak kita. Kononnya urban style lah sangat, makan fastfood kann! Sebenarnya ini semua kerja mak bapak pemalas!! *maaf lah tapi ini hakikat

Yela, malas la namanya tu! Malas nak masak dan sediakan makanan yang berkhasiat untuk anak. Takde langsung perasaan kesian. 

Sekali sekala tu, tak la menjadi kesalahan. Ini setiap kali anak mintak, terus bagi. Kalau kita tak ajar dia makan benda cenggitu, dia pon tak pandai nak makan makanan jenis tu kan?!.

Taktaulah kenapa aku emo sangat dengan fenomena umpan gajet kat anak kecik ni. Alergik gila! Nampak kecik besar kecik besar je makbapak nyer aku tengok. 

Nak je aku pergi datang dekat, pastu sumbat tablet tu ke mulut mak bapak nye. Grrrr!

Tapi orang macam ni kalau ditegur, kita dah dapat agak jawapan nye, ye dak? 

Heyy ni anak aku, suka hati aku lah. Apa kau nak kecoh? 

Renung-renungkanlah. Jangan sampai sebab kita ni jenis mak bapak yang pemalas, masa depan dan kesihatan anak-anak kita rosak.

Sebagai penutup, aku nak kongsi tips untuk melatih daya tumpuan anak yang hyper lasak..macam Naufal ^_^

Bagi anak-anak hiper lasak, suka berlari ke sana sini dan memanjat, latih daya tumpuan anak dengan:

a. Latih anak menerusi permainan imaginasi. Contohnya bermain masak-masak dan lihat sama ada dia boleh mengikuti setiap aktiviti permainan itu dan dalam masa yang sama dia boleh melatih koordinasi tangan dan mata. (tuang air dalam cawan, ambil sudu dan kacau, potong sayur, basuh pinggan). Dalam permainan robot misalnya perhatikan apakah anak boleh menggunakan robot dan menggayakan seperti hendak terbang, tembak dan melompat. Dengan cara melihat anak bermain, ibu bapa boleh menentukan sama ada anak dapat memberi tumpuan atau tidak.

b. Latih daya tumpuan dengan membacakan buku cerita bergambar. Ceritakan mengenai gambar itu. Perhatikan adakah anak berminat untuk mendengar cerita anda dan menunjuk kepada gambar berkaitan atau dia sekadar ingin menyelak kertas dan mengoyakkannya saja.

c. Menyanyi dan mengikut gerak tangan kaki bersama. Duduk di hadapan anak, nyanyi lagu 'bangun pagi, gosok gigi'. Latih anak tiru gaya itu. Menari ketika iklan tidak termasuk dalam latihan daya tumpuan. Ini kerana komunikasi membabitkan pandangan komunikasi antara manusia, mendengar, meniru dan mengulang bersama.



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. SALAM DAN HI , ANDA BERADA DI SENARAI TAGGING SAYA UNTUK MENYERTAI 'IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQ SPECKI' JEMPUT SERTAI DAN MENANGI HADIAH LUMAYAN INI . ---> KLIK SINI UNTUK SERTAI<---

    BalasPadam
  2. Salam... sebelum wujud gajet2 tu semua mak bapak sering mengumpan anak2 dengan siaran katun di TV... asal saja nak anak diam tanak kacau mak bapak kat rumah terus bukak katun... anak2 pun dah jadi kepala katun... sebelum TV menjadi lumrah.. mak bapak akan biarkan anak2 keluar rumah berkawan dengan budak2 sebelah rumah.. kesannya silaturrahim berkembang dari kecik sampai ke besar...

    BalasPadam
  3. Setuju dengan pendapat sis. Even PG belum memiliki anak, tapi memang da plan, no gajet!

    hi sis :)
    jemput join iPhone 5S GA sama ya :)

    BalasPadam
  4. Zaman sekarang .. macam2 semua cepat. Makanan cepat, teknologi cepat .. tapi semua tu leh buat anak2 jadi lembab kalau tak ditanggani dengan betul dan berkesan.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y