Punca Kuning Bayi Lambat Turun Ada Kaitan dengan Kelahiran Bantuan Vakum?

Sekiranya ibu sedang bimbang keadaan baby kuning yang berpanjangan (prlonged jaundice), pertama sekali ibu-ibu harus tahu fakta tentang kekuningan pada bayi. 
petua hilangkan kuning bayi
Menurut Pakar Perundingan Kanak-kanak, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Zulkifli Ismail 70% bayi baru lahir akan mengalami jaundice . Anak Syu ketiga-tiganya pun mengalami prolonged jaundice, dan mereka betul-betul sembuh dan clear hanya selepas 40 - 45 hari.
petua hilangkan kuning bayi berkesan
petua hilangkan kuning bayi,baby kuning duduk bawah lampu prolonged jaundice
Kredit foto : Mingguan Wanita


Apa Itu Baby Demam Kuning Ataupun Jaundice?

Jaundis adalah kehadiran warna pada bawah kulit dan bahagian sklera (putih mata) bayi baru lahir yang disebabkan oleh jumlah bilirubin yang tinggi dalam darah bayi tersebut. 

Kekuningan atau jaundis ini berlaku apabila sel darah merah bayi (fetal hemoglobin,HbF) mengalami haemolysis iaitu pemecahan darah secara semulajadi lalu mengeluarkan pigmen berwarna kuning yang dipanggil bilirubin.

Bilirubin merupakan sejenis pigmen berwana kuning hasil akibat berlakunya pemecahan sel darah merah bayi sebaik dilahirkan. Pigmen ini akan terkumpul di hati kemudian dineutralkan sebelum disingkirkanan melalui najis dan air kencing.


Bagaimana jaundis berlaku?

Ia berlaku apabila darah dalam tubuh bayi menjadi rosak atau pecah selepas kelahiran, lalu ia diuraikan di dalam hati. Proses penguraian ini perlu untuk memecahkan komponen darah menjadi lebih kecil untuk dibuang melalui urin dan najis. Hasil sampingan penguraian inilah yang akan menghasilkan bilirubin.

Penyebab Penyakit Kuning Pada Bayi

Jika doktor mengesyaki bayi mempunyai penyakit kuning, mereka akan memeriksa tahap bilirubin dalam badan bayi melalui ujian darah. Dari lama WebMD menggariskan beberapa punca utama penyakit kuning pada bayi. Jaundice is more likely to occur on :
  • Premature babies kerana hati bayi belum berkembang sepenuhnya.
  • Kerosakan sel darah disebabkan oleh lebam yang berlaku semasa proses kelahiran (vakum/forsep)
  • Kemungkinan berlaku pengumpulan darah beku di kepala bayi 
  • Antibodi ibu yang menyerang sel darah merah bayi. 
  • Gejala G6PD 
  • Jangkitan sistem air kencing atau darah 
  • Mungkin manifestasi terhadap masalah kongenital seperti jangkitan, masalah saluran hempedu, atau penyakit berkaitan hati dan metabolisma. 
  • East Asian ancestry has higher risk of developing jaundice

Neonatal jaundice

Neonatal jaundice adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir. (Jaundis yang berlaku pada usia kanak-kanak (> 1 bulan).

Ianya merupakan gejala kepada penyakit hati atau dalam bahasa medis nya, ia merupakan suatu gejala terhadap penyakit lain yang mengganggu fungsi hepar. Namun in most cases, jaundice is treatable, the mild condition can go away in weeks.

baby kuning bawah lampu
Kredit : Mingguan Wanita


Jenis-jenis jaundis pada bayi baru lahir

  • Fisiologi jaundis
      • Menurut American Pregnancy Association (APA), bayi baru lahir akan mengalami penyakit kuning jenis ini dalam minggu pertama. Penyakit kuning pada bayi ini disebabkan oleh peningkatan tahap bilirubin dalam tubuh bayi.
      • Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi berbanding bayi perempuan
  • Patologi jaundis
      • Keadaan kuning patologikal adalah jaundis yang berlaku kurang 24 jam selepas bayi dilahirkan atau disebabkan oleh jangkitan sesuatu patogen semasa bayi dilahirkan.
  • Kelainan jenis darah
      • Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak. Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah O
  • Gejala G6PD pada bayi. 
      • Sel darah merah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek dan pecah dengan cepat. 
      • G6PD hanya berlaku kurang daripada 5% bayi sahaja . Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.
  • Prolonged jaundice
      • Jaundis berpanjangan adalah keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang lahir pramatang.
jadual bacaan kuning bayi mengikut hari

Prolonged Jaundice. Apakah Penyebabnya?

Prolonged jaundice merupakan penyakit baby kuning yang tidak reda-reda sehingga melangkaui usia 14 hari kehidupannya. Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca kuning bayi lambat turun. Antara punca punca kuning bayi lambat turun adalah disebabkan oleh:

  • Bayi pramatang – dilahirkan sebelum 37-minggu kehamilan
    • Kuning bayi pramatang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum berfungsi secara optimum sebab tak cukup matang. Jadi hati terpaksa ambil masa yang lebih panjang untuk metabolisma bilirubin dalam darah bayi dan ditukarkan ke dalam bentuk garam hempedu.
    • Bayi pramatang juga kerapkali mengalami masalah penyusuan seperti latching problem, tidak cukup kuat untuk direct feeding kerana paru-paru lemah dsb. 
    • Bayi pramatang yang tidak dapat susu dan lemak yang mencukupi akhirnya bilirubin tidak dapat dibuang melalui najis dan menyebabkan jaundis bertambah teruk.

  • Jaundis Penyusuan (Breastfeeding jaundice)
    • Tanda bayi kekurangan susu adalah kencingnya kurang daripada enam kali sehari dan kehilangan berat 10 peratus berbanding berat lahir.
    • Bayi yang tidak mendapat susu ibu (kaya dengan lemak) yang mencukupi akan menyebabkan bilirubin yang telah dimetabolismakan oleh hati itu lambat turun ke usus, maka proses penyingkirannya juga turut mengambil masa yang lama.
    • Namun, jangan keliru antara penyakit kuning akibat tidak cukup susu dengan penyakit kuning susu ibu kerana ia adalah dua perkara berbeza.

  • Jaundis Susu Ibu (Breastmilk jaundice)
    • Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% – 2% kes ibu yang menyusu. Keadaan ini mungkin diwarisi dalam keluarga.
    • Punca sebenar baby kuning disebabkan susu ibu tidak diketahui, tapi ia berkait dengan bahan tertentu dalam susu ibu yang bertindak menghalang hati metabolismakan bilirubin.  
    • Jaundis susu badan ini hanya berlaku selepas bayi berusia lebih daripada seminggu dan menghilang seawal 3 minggu atau paling lama hingga 10 minggu. 
    • Jaundis yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi dan ibu tidak boleh berhenti menyusui bayi melainkan ianya atas arahan doktor.

  • Gangguan dalam fungsi hempedu
    • Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.

  • Gangguan hormon tiroid. 
    • Kes ini sangat jarang berlaku, dengan kebarangkalian 1:4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat akan dilakukan terhadap semua bayi di Malaysia sejurus selapas proses bersalin selesai.

Perkara Penting Ibu Harus Tahu Mengenai Kuning Pada Bayi

Setiap bayi mempunyai tahap kuning berbeza dan akan mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun ke kaki. Jaundis akan kelihatan pada bahagian muka, diikuti dada, perut dan kaki.

Tapi ibu-ibu perlu tahu bagaimana cara untuk mengesan tanda-tanda baby kuning berdepan bahaya melalui pemerhatian kendiri di rumah. Talk to your pediatrician right away bila ibu nampak keadaan bayi ibu membimbangkan!

Bacaan kuning yang terlalu tinggi dan tidak terkawal melebihi 25mg/dL untuk tempoh yang lama, bayi ibu-ibu bakal berhadapan dengan risiko berlakunya serebral palsi, pekak atau sebarang bentuk kerosakan otak tertentu, dan kerosakannya bersifat kekal.


Bacaan Kuning Tinggi / jaundis Teruk Pada Bayi

Keadaan baby kuning tidaklah berbahaya tapi itu tak bermakna ibu tak perlu pandang serius masalah demam kuning yang dialami si manja tau?

Ini kerana terdapat kemungkinan jaundis disebabkan oleh isu kesihatan yang lain.

Biasanya, dalam kes baby kuning yang teruk, si kecil akan kelihatan sangat tidak aktif dan sangat mengantuk sehingga ibu sukar untuk memberinya susu. Jaundis teruk ini adalah disebabkan terlalu banyak pengumpulan bilirubin di dalam badan dalam satu-satu masa.

Ibu boleh perhatikan warna kekuningan pada baby kuning teruk ini dapat dilihat dengan jelas terutama pada bahagian pinggang ke bawah iaitu kawasan peha dan kaki. Kekuningan ini jelas kelihatan biarpun kulit bayi ini tidak ditekan dengan menggunakan hujung jari. 
 komplikasi jaundice yang tinggi
Selain itu ibu perlu segera mendapatkan rawatan sekiranya ibu mengesan bayi ibu mengalami tanda-tanda bahaya jaundis seperti di bawah :
  • Bayi tidak aktif 
  • Badan bayi lembik dan tiada reaksi apabila diangkat (hypotonia)
  • Bayi lebih banyak tidur dan tidak mahu menyusu
  • Air kencing bayi kurang iaitu kurang daripada enam kali sehari
  • Bayi asyik menangis dengan gerak-geri anggota yang tidak normal.
  • Suara bayi menangis dengan suara kasar dan high pitch
  • Najis bayi kelihatan kelabu pucat (najis bayi normal berwarna kuning pekat)
  • Kuning bayi yang melebihi 14 hari umurnya

jaundis jaundice demam kuning, Kadar bilirubin yang tinggi boleh mengambil masa yang lebih lama untuk reda apabila bayi tidak mendapat susu yang mencukupi. Apabila bayi tidak mendapat susu yang diperlukan, ini akan melambatkan sistem pencernaannya. Bilirubin dalam perut akan diserap kembali ke dalam aliran darah kerana tidak berjaya disingkirkan. Jangan kelirukan penyakit kuning akibat susu ibu yang tidak mencukupi dengan penyakit kuning susu ibu kerana ia adalah berbeza.


Betul Ke Bersalin Kaedah Vakum Boleh Menyebabkan Jaundis?

Kelahiran bayi melalui kaedah vakum juga mempunyai risiko tersendiri. Kesan suction dari vakum boleh menyebabkan lebam-lebam (darah pecah) pada bahagian yang terlibat. Kesan lebam ini menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti semula. 

Apabila banyak sel darah yang rosak, maka hati akan berkerja lebih keras dan secara tidak langsung akan meningkatkan paras bilirubin dalam badan bayi.


Rawatan Untuk Baby Kuning

Untuk jaundis fisiologikal, biasanya bacaan kuning pada bayi akan turun dengan sendirinya berkadaran dengan usia bayi sekitar empat ke 7 hari. Apa yang diperlukan ibu hanya menyusukan bayi sekerap mungkin bagi mempercepatkan kadar penurunan paras bilirubin darah bayi.

Namun bagi bayi yang mempunyai bacaan lebih tinggi dan mempunyai faktor risiko darah O, kemungkinan besar bayi tersebut perlu melalui beberapa kaedah rawatan bagi mambantu menurunkan paras bilirubin dalam darah mereka.

Kaedah untuk merawat kuning pada bayi biasanya bergantung kepada usia dan paras bacaan kuning bayi. Untuk kes jaundis bayi yang agak teruk, doktor memerlukan pendekatan rawatan lebih holistik dan agresif demi menyelamatkan bayi tersebut.

Berikut merupakan rawatan yang biasa digunakan bagi merawat baby kuning:

  • Penambahan cecair. 
    • Kehilangan cecair (dehidrasi) akan menyebabkan kadar bilirubin meningkat 

  • Fototerapi. 
    • Bayi akan dibaringkan di bawah lampu biru dan kulitnya dibiarkan terdedah. Cahaya akan mengubah bilirubin menjadi bentuk yang mudah dikeluarkan daripada badan. 
    • Selimut terapi cahaya juga boleh digunakan 

  • Pemindahan darah (exchange transfusion) 
    • Ramai ibu tidak selesa apabila mendengar bahawa anak mereka memerlukan prosedur tukar darah. Namun ini merupakan prosedur kecemasan yang terpaksa diambil untuk kes bayi yang mempunyai paras bilirubin terlampau tinggi dan tak respon terhadap rawatan fototerapi. 
    • Prosedur ini melibatkan transfusi darah bayi daripada penderma agar darah bayi dapat segera diganti dengan darah baru supaya bilirubin dapat diturunkan dengan pantas, sebelum berlakunya kecacatan otak (Kernicterus) dan kecacatan pendengaran. 
    • Kaedah rawatan ini hanya dilakukan sekiranya bacaan kuning lebih 428 umol/l (25 mg/dL).

  • Imunoglobulin intravena (IVIg) 
    • Rawatan IVIG hany diberikan sekiranya bayi berhadapan masalah ketidaksesuaian darah. IVIg menyekat antibodi yang menyerang sel darah merah dan mengurangkan keperluan pemindahan darah.

Taboo Berkaitan Jaundis Bagi Masyarakat Melayu


Taboo atau pantang larang yang paling popular dalam masyarakat adalah mengelakkan daripada menggunakan pakaian, sarung bantal, selimut dan tilam bayi berwarna kuning kerana didakwa bakal membuatkan jaundis bayi makin teruk. Bagaimanapun pantang larang ini adalah tidak berasas sama sekali.

Petua Merawat Jaundis tradisional. Adakah ia berkesan?

Selain rawatan hospital melalui fototerapi, terdapat pelbagai petua tradisional yang sering diamalkan ibu bapa walaupun semua ritual yang dicadangkan tu belum pun terbukti keberkesanannya secara signifikan terhadap kesan menurunkan jaundis pada bayi. 

Tapi maklum saja lah, orang kita bila sebut je petua-petua hilangkan kuning bayi haa, macam-macam lah yang akan kita dengar. 

Kalau sekadar buat petua turunkan kuning bayi secara luaran (topical application) sahaja seperti ;
  • memandikan baby dengan air kucai
  • mandikan bayi dengan air daun belimbing buluh 
  • ataupun mandian air rendaman beras
  • mandian serbuk mutiara dari kedai ubat sensei 
Di mana keempat-empat petua ini pada hemat ibu, ia tidak terlalu membawa mudarat terhadap bayi, it's ok lah kan kalau nak buat trial and error. 

Tapi kalau ada 'petua orang lama' yang mencadangkan petua melibatkan ingestion seperti:
  • turunkan kuning bayi dengan air kelapa
  • menyuap baby dengan jus sengkuang cina
  • suap bayi dengan jus anggur hitam
  • suap bayi dengan sediaan ubat homeopati
  • suap bayi dengan air bancuhan mutiara
  • memberikan bayi dengan ubat kuning bayi di farmasi
serta macam-macam makanan atau minuman lainnya, please jangan ikut! Sebaiknya ibu bapa jangan terus melakukannya tanpa mendapatkan pandangan daripada pakar terlebih dulu. 

Di bawah ini mamy Syu senaraikan beberapa kaedah rawatan alternatif bagi menurunkan kuning bayi yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu, namun ada sesetengahnya merupakan mitos dan boleh mendatangkan mudarat kepada bayi.

  • Memberikan bayi minum jus anggur hitam atau bancuhan mutiara
    • Sebenarnya kaedah untuk turunkan bacaan kuning pada baby dengan cepat cuma ada satu je. Iaitu penyusuan ibu yang berterusan supaya bayi kerap membuang. Pergi lah jumpa mana-mana doktor pun memang semua akan bagitau benda yang sama.
    • Tahu kan baby bawah usia enam bulan ususnya belum matang dan hanya boleh terima susu semata-mata je. (breastmilk & formula milk)
    • Air masak kosong pun tak boleh apatah lagi air zamzam, air mineral, air suling ataupun jus buah, sekalipun hanya hujung sudu. 
    • Ada juga yang berani suggest bancuh serbuk mutiara tu dan bagi bayi minum. Allahu! Tergamaknya!
    • Daripada sekadar demam kuning yang biasa-biasa dan tak terlalu bahaya pada bayi ni, akhirnya turn out to be sangat memudaratkan bayi pula akibat berani mencuba petua-petua mengarut. Nauzubillah.

  • Berhenti menyusu badan seketika
    • kajian menunjukkan tiada kaitan antara penyusuan susu ibu dengan peningkatan bilirubin dalam darah bayi jika ibu menyusukan bayi dengan teknik yang betul 
    • Sebaliknya, teruskan menyusui bayi tapi belajarlah eknik penyusuan susu ibu yang betul. 
    • Ibu perlu menyusukan bayi dengan teknik dan pegangan yang betul bagi menggalakkan penghisapan efektif oleh bayi kerana ia akan merangsang pertambahan berat badan dalam julat sepatutnya.
cara mengira bacaan kuning bayi
  • Jemur bayi di bawah matahari
    • Ibu bapa harus memastikan melakukannya dalam waktu dibenarkan iaitu dari jam 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi selama 10 hingga 15 minit saja. Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama, dikhuatiri akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina dan strok haba. 
bacaan jaundice bayi bacaan kuning bayi 300
  • Memberi susu kambing kepada bayi
    • Memberi bayi minum susu kambing boleh memberi kesan mudarat kepada bayi, terutamanya susu segar yang belum tentu tahap kesterilan nya. 
    • Ini bakal mendedahkan bayi kepada risiko keracunan dan cirit-birit. 
    • Lagipun sehingga ke hari ni, tiada sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi. 
punca kuning bayi lambat turun
  • Kesan herba, kunyit, jamu dan halia
    • Banyak makan jamu yang tidak diketahui kandungan bahan kimia akan menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi disusukan. 
tahap bacaan kuning bayi bacaan kuning bayi 400
  • Memberi air glukos pada bayi
    • Ramai mencadangkan supaya diberi air glukos kepada bayi bagi mengurangkan masalah demam kuning. Sebenarnya petua ini amat merbahaya kerana air glukos boleh menyebabkan perut kembung dan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.

  • Memberi bayi jus (anggur/madu asli/sengkuang cina)
    • Pemberian makanan dan minuman selain susu ibu akan membuatkan bayi berasa kenyang dan kurang menyusu secara direct feeding. Bila bayi kurang demand terhadap susu ibu lambat laun penghasilan susu ibu juga akan berkurangan. 
    • Penyusuan ibu secara ekslusif antara 8-12 kali sehari sahaja pun sudah cukup untuk menurunkan bilirubin dalam darah bayi dan pada masa yang sama bayi juga akan lebih sihat, berat badan naik dengan cantik dan cukup segala zat keperluan bayi.

  • Memberi air masak kepada bayi
    • Pemberian cecair atau makanan selain susu ibu di bawah enam bulan tidak digalakkan kerana ia menyebabkan kemabukan air iaitu pencairan garam sodium dalam darah yang akhirnya boleh mencetuskan serangan sawan pada bayi. 


Cara Untuk Mencegah Baby Kuning

Dalam kebanyakan kejadian kuning pada bayi baru lahir adalah merupakan jaundis fisiolgikal dan berlaku kepada bayi yang sihat, tanpa sebarang masalah kesihatan kongenital lain. 

Biarpun ada sesetengah kes patologikal, namun peratusannya adalah terlalu sedikit dan sangat jarang berlaku, so mommies don't stressed out!

Need not to be so worried about jaundice okay? Chill saja, dan continue breastfeeding dengan tenang, dan pastikan baby dapat susu yang cukup lemak dan pekat bagi mempercepatkan proses nyahtinja.

Percayalah, petua paling berkesan menurunkan kuning adalah dengan menyusukan bayi sekerap mungkin. Itu sahaja.

Berikut merupakan beberapa saranan bagi mengelakkan berlakunya jaundis berkaitan dengan masalah penyusuan:

  • Sejurus selepas kelahiran, pegang si manja di atas dada untuk mewujudkan sentuhan kulit ke kulit untuk merangsang hormon penggalak susu iaitu prolaktin dan juga hormon gembira oksitosin. Biarkan bayi di dada ibu sekerap mungkin. 

  • Susukan bayi sekerap mungkin, atau setiap dua jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari. Semakin banyak bayi menyusu semakin kerap berlaku pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis dengan lebih efisyen.  

  • Pam susu untuk diberikan kepada bayi, jika perlu. Jika bayi kerap mengantuk, perah susu awal (susu kental dengan warna kekuningan) yang tinggi kandungan kolostrum dan berikan kepada bayi dengan menggunakan cawan atau sudu. Susu kolostrum sangat bagus untuk mengaktifkan pergerakan usus bayi, seolah-olah tindakan 'julap' lah juga (tapi tak bahaya) menyebabkan mereka membuang air besar sekurang-kurangnya 5 ke 10 kali dalam sehari sekaligus 'tahi gagak' cepat  berubah kepada najis normal yang berwarna kuning.  

  • Kekerapan yang baik untuk mereka membuang air besar semasa 1-2 minggu pertama mereka lahir adalah 5 hingga 10 kali sehari. Malah ada sesetengah bayi akan membuang air sejurus sahaja lepas penyusuan, jadi semakin kerap ibu menyusui si manja, semakin keraplah mereka membuang air besar maka makin cepat juga lah kuning turun.

  • Jangan syiok sangat melihat bayi tidur dengan lena hampir setiap masa ya. Kejutkan bayi bila mereka tidur terlalu lama atau melebihi 2 jam supaya boleh disusukan. Buka pakaian dan biarkan baby dengan lampin saja supaya baby kekal terjaga sewaktu menyusu dan dia dapat menyusu dengan teknik yang betul. 

  • Ketahui isyarat lapar bayi (baby feeding cues) dan segera berinya susu. Jangan tunggu sampai dia menunjukkan late hunger cue, iaitu meradang dan menangis baru ibu nak memberinya makan ya. 

  • Jangan memberikan air untuk menyingkirkan bilirubin. Biarpun bayi yang mengalami demam kunig perlu dipastikan sentiasa terhidrat (cukup air) namun jangan sesekali memberikan air masak/kosong pada bayi.
  • Ibu juga boleh ikhtiar.dengan produk sapuan external atai balm yang boleh membantu pergerakan usus bayi seperti T-Rub Tummy Balm ini. Mamy Syu gunakan ini untuk Araa untuk bantu masalh sembelit dia, alhamdulillah serasi. 

Ikhtiar Lain Yang Boleh Dilakukan Bagi Mengelak Baby Kuning

Oleh kerana terdapat juga jaundis yang disebabkan susu ibu, maka pemakanan ibu semasa hamil juga amat penting bagi memastikan kualiti susu yang baik. Penghasilan susu ibu adalah bermula sejak usia bayi 5 bulan dalam kandungan. 

Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu semasa hamil bagi mengelakkan jaundis adalah:
  • -Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur.
  • -Mengamalkan meminum jus delima paling kurang 500ml sehari.
  • -Amalkankan memakan kurma dan buah tin
  • -Menelan minyak kelapda dara bermula usia kandungan 5 bulan ke atas.

Banyak lagi sebenarnya ikhtiar yang boleh dilakukan. Jangan berputus asa, ingat selalu janji Allah bahawa setiap penyakit ada penyembuhnya.

Moga bermanfaat ^_^


Rujukan : WebMD, Baby Center, Mingguan Wanita

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. anak saya vacuum & jaundice. kerap menyusu je saya amalkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu ainul..itu memang cara terbaik mengurangkan kuning selepas bayi itu menghidap kuning..

      Padam
  2. benar semuanya ade penerangan sains..
    tapi jangan lupe semuanya dari Nya..doa banyak2..minta bantuan dari Allah
    Doa ibu tiada hijab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doa takkan pernah dilupakan di saat-saat sukar..insyaAllah..

      Padam
  3. Kalau ikutkan akak ni bersalin normal sampai 5 kali.. tapi 4 darinya prolonged jaundice.. 1 tu tak kena sebab tak menyusu badan.. akak rasa kalau anak2 akak ni puncanya susu ibu pasal darah kami berbeza.. mak O dan anak2 semuanya B

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y