Assalamualaikum readers !
Setelah 2 tahun memiliki pam single, baru sekarang Annur terbuka hati nak membeli pam double. Sebab dua tahun lalu, pilihan pam double sangat terhad. Tapi sekarang dah banyak variasi dengan harga yang jauh lebih murah, tapi! kualiti masih terjamin..So, pam jenama Lacte Duet telah menjadi pilihan hati Annur untuk baby yang sedang on the way ni * sambil usap-usap perut* ^_^
Okay, kita tinggalkan dulu bab pam double, (akan di review kemudian bila Annur dah mula pakai) sebab sekarang ni Annur nak review pump Medela Swing yang sangat sudah berjasa kepada Annur dan my little precious Naufal.
So inilah cik Medela Swing, single electric pump.
Tarikh beli : 23rd January 2013
Harga beli : MYR 818.00 / package
Pakej mengandungi: Set pam lengkap, puting Calma by Medela, Purelan nipple cream by Medela, charger, ice pack, Cooler bag small, milk container bottle 3's, sparepart membran injap.
Pam ni dibeli masa Naufal berumur 3 hari, dan masih tinggal di NICU hospital Ipoh, sebab kelahiran pramatang. Jadi boleh dikatakan mandatori la untuk Annur miliki pam pada masa tu, sebab Naufal tak dapat diberi susu secara direct BF. Jadi antara sebab-sebab Annur memilih Medela Swing ni sebagai pam pertama Annur adalah:
Recommended oleh Pakar Laktasi.
Takde apa nak cakap, cuma itu je faktor paling prior kenapa Annur beli pam jenama ni. Bila kita lahirkan baby premature, memang akan ada kaunseling / konsultasi dari pakar penyusuan. Sebab bayi pramatang memang sangat-sangat fragile, dan seboleh-bolehnya diorang nak elak daripada introduce formula milk kat baby prem.ni..
Ringan dan portable (sebesar tapak tangan)
Sangat ringan dan mudah digunakan di luar rumah. Memang pada masa tu, Annur dah discharge dari wad, tapi Annur memilih untuk tinggal di bilik khas untuk ibu yang disediakan di wad Peadiatrik supaya senang untuk Annur pantau baby pagi petang siang malam. Mengepam di hospital terasa begitu convenient dengan pam ni dan langsung tak rasa terbeban nak angkut ke sana kemari.
Bunyi yang diskrit.
Bohonglah kalau kata senyap tak berbunyi kan. Nama pun alatan bermotor, haruslah ada bunyi. Tapi bunyinya sangat diskrit. Cuma macam vibration telefon je tapi lebih lembut sikit. Kalau nak banding dengan pam bateri Tollyjoy manual yang Annur pakai dulu, memang on-on je terus orang pandang. Bunyi kuat macam motor oksigen akuarium ikan kau! hahaha!
Sedutan yang selesa.
Mekanisma sedutan pam susu jenis Medela memang sangat mirip hisapan baby, malah di hospital-hospital pun menyediakan perkhidmatan pam susu jenama Medela Symphony di wad NICU untuk kegunaan ibu-ibu. Annur sendiri sempat dua kali menggunakan pam Medela Symphony di hospital. Fuh memang champion la dia punya suction! Selesa dan langsung tak sakit. Hasil perahan pun banyak!! Ini lah bonus nye kalau memilih pam yang betul. Tambahan lagi, Annur beli Medela Swing ni pon atas saranan Pakar Laktasi yang consult Annur.
Ritma yang lebih semulajadi.
Ritma sedutan terbahagi kepada dua fasa. Dua minit pertama, ritma sedutan lebih laju dan pendek-pendek. Ia dipanggil fasa stimulation. Bila dah rasa reflek let-down berlaku (rasa sengal dan susu memancut), ibu boleh la tekan butang Let-Down untuk memasuki fasa expression. Dalam fasa expression, ritma sedutan lebih lambat, dalam dan panjang menyamai ritma hisap-telan-hisap-telan bayi. Pakar juga ada cakap, pam yang ada 2 fasa adalah yang terbaik bagi mengatasi masalah susu badan yang semakin berkurang. Jadi memang sesuai sangat bagi Annur yang ada baby premature pada masa tu.
Efisyen.
Okay, ianya efisyen dari segi dua aspek. Pertama, hasil perahan lebih banyak. Kedua, breast memang benar-benar dikosongkan sebab masa pakai pam Tollyjoy paling banyak dapat 2oz je, pastu breast pulak tak rasa betul-betul lembut dan ringan pun. Padahal dengan Medela Swing, boleh dapat 6oz kau! Bayangkan, sebelah je boleh dapat 180ml! Gile tak suke?!! Memang sangaatt suke tuh!
Apa yang aku tak suka tentang Medela Swing ni ade la beberapa perkara..yang paling ketara nye, aku tak puas hati! Kenapa dia single! hahaha.. (dah kau beli pam single, kau bajet nak dapat double?) hehe takde la ^_^ Obviously lah kan..kalau nak double, kena la beli Medela Freestyle kan..tapi ermm..ermm..harganya..ohh.
Harga diluar kemampuan.
Ye ke? Ermm..ye la kan..pam-pam single yang ada di pasaran kan dengan RM 300++ je pun dah boleh dapat kan..kan. Malah, sekarang ni, pam double pun boleh dapat dengan harga bawah RM500. Tapi walaubagaimanapun, aku membeli atas dasar nak mengekalkan bekalan susu untuk anak aku yang premature, dan yes..ia berbaloi. Alhamdulillah..Naufal dapat exclusive breastfeeding sampai 6 bulan, dan diteruskan sampai 20 bulan.
Power dari bateri AA
Apa yang tak kena dengan bateri AA. Okay pam ni kalau di bawa travel, memang ok. Tapi ia menggunakan bateri AA sebanyak 4 biji. Aku sedikit tak berkenan dengan bateri ni sebab cepat weak dan tak ekonomik. Tapi sejak-sejak power bank dilahirkan baru-baru ni, masalah ni dah tak jadi masalah dah bagi aku, sebab boleh cucuk je kat power bank. Dan kalau korang ada charger kereta, yang compatible kepala nye denga hub dekat pam, korang boleh je mengepam pakai power charger dalam kereta.
Sekian..semoga review Annur ni dapat membantu sedikit sebanyak korang making up mind dalam memilih pam susu dan mengelakkan korang daripada beli-dan-menyesal..pastu susah pulak nak cari buyer untuk let-go pam yang korang tak berkenan tu..
Assalamualaikum uolls.. ^_^
Annur : Tak sabar nak merasmikan pam Lacte Duet..haha tak sabar nak share review sebenarnye hihi..doakan Annur dipermudahkan melahirkan baby no 2 ni..dengan bersalin normal. Due 7 0gos ni.. *berdebar*
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
semoga semua selamat ya Sis..info yang sangat berguna..tq sis
ReplyDeletemekasih..
Deletedah selamat dah melahirkan tanggal 11okt 2015
mekasih..
Deletedah selamat dah melahirkan tanggal 11okt 2015