Bila tiba Hari
Raya pastinya segala macam jenis
persiapan akan mula dilakukan oleh kita semua. Malah pada waktu inilah kita
dapat lihat begitu banyak perhiasan diletakkan di sudut-sudut pameran di
shopping malls, jalan-jalan raya dihiasi lampu-lampu menarik menerangi jalan
dan pastinya tidak dilupakan juga pelbagai jenis tawaran sale atau promosi
hebat dijalankan dengan harga-harga diskaun yang pastinya menarik perhatian
para pembeli.
Bayangkanlah untuk beraya pada Hari
Raya yang pertama tanpa adanya sepasang baju raya baru. Pasti sambutan lebaran
anda tidak akan bermakna tanpanya. Saban tahun ketika tiba musim perayaan kita
akan dapat lihat banyak koleksi baju raya wanita akan dipasarkan. Bermacam
jenis trend sudah kita lihat dan contohnya style baju kurung peplum moden untuk
koleksi baju raya 2013 dan stail baju kurung lace untuk musim baju raya 2014.
Bagaimana pula dengan tahun ini? Apakah stail baju raya terkini 2015 yang
menjadi pilihan ramai?
Untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri
2015 kita dapat lihat trend baju raya jubah terkini begitu popular. Jubah moden
kini bukan sekadar popular dalam kalangan wanita yang lebih berusia malah
menjadi pilihan buat mereka yang masih muda. Apakah yang menjadi faktor kepada
populariti yang diraih oleh pakaian tradisional ini? Jawapannya mungkin adalah
kerana kesemua Muslimah wear tersebut telah diberikan sentuhan moden yang lebih
segar. Ini membuatkannya tampil lebih stylish dan sesuai untuk dipakai pada
bila-bila masa sahaja.
Menggayakan jubah dress moden ini
adalah sangat mudah kerana anda tidak perlu fikir untuk memadankan Muslimah
tops bersama bottoms yang sesuai sebaliknya sekadar sarungkan sahaja dan pakai
tudung atau shawl untuk penampilan Muslimah yang ringkas. Bagi nampak lebih
stylish jangan lupa untuk bawa beg tangan wanita atau clutch bersama. Mudah
sahaja bukan?
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y