Tips atasi sakit belakang dan pinggul ketika hamil

Tips atasi sakit belakang dan pinggul ketika hamil | Sakit pinggul (pelvis) dan sakit belakang memang gejala normal bagi ibu mengandung. Ini berikutan hormon yang dirembeskan oleh badan yang dikenali sebagai relaxin yang bertindak melonggar dan melembutkan sendi dan ligamen ibu bagi mempersiapkan tubuh bagi melalui proses kelahiran kelak. Malangnya tiada ubat khas bagi mengatasi masalah ini melainkan mengamalkan postur tubuh yang betul serta senaman bagi mengurangkan kesan masalah ini.

pantas legakan sakit belakang dengan bioBax


Kalau korang google, memang banyak cara-cara untuk mengurangkan sakit belakang ketika hamil. Antara yang popular adalah senaman "pelvic floor", senaman yang menggunakan "birth ball", urutan lembut, teknik yang betul dalam mengangkat barang, posisi tidur dan sebagainya. Dalam youtube pun banyak.

Baca juga : 6 manfaat senaman squat ketika hamil


Jadi Xu tak nak ulang menyampaikan maklumat yang sama, yang mudah dicapai di mana-mana, tapi Xu nak kongsi tips atau cara Xu sendiri (melalui pengalaman) dalam menangani sakit tulang pelvis atau pinggul dan sakit belakang.

spd pubic


Jangan paksa diri

- Pertama, Xu tak paksa diri melakukan sesuatu.  Contoh mudah, dari posisi duduk nak berdiri sekalipun, bila mula berdiri, terasa sakit yang teramat sangat di bahagian tulang pubis dan pelvis. Stop right there! Pergerakan Xu akan freeze sebentar di situ, hingga rasa sakit beransur hilang. haha dapat bayangkan tak? Kalo korang tengok, sebijik macam movie yangg ditekan butang paused. Tetiba jadi kaku..kalau tengah bongkok, bongkok la.. ^_^


Ubahsuai teknik pergerakan rutin bersesuaian dengan keadaan

- Turun dan naik kereta | Sejak masuk bulan ke 7 kehamilan, Xu naik kereta dengan melabuhkan bontot terlebih dahulu, dengan kedua-dua belah kaki masih di bawah. Bila dah duduk, barulah kedua-dua belah kaki diangkat masuk serentak. Begitu juga nak keluar kereta. Xu akan turunkan kedua-dua kaki ke tanah dulu, kemudian baru bangun berdiri dengan berpaut pada pintu, bumbung, tingkap..haha mana-mana lah yang sempat capai. Maklumlah..kereta terlajak lowered. Sporty lah sangat kunun!

- Beralih posisi baring di atas katil | Dari menyiring ke kanan, nak beralih ke kiri. Xu tak tahu korang punya pengalaman macam mana. Tapi bagi Xu, ini adalah satu perkara yang sangat susah dan berat untuk dilakukan, sumpah! Padahal berganjak seinci, tapi rasa macam jauhnye beribu batu! Jadi macam-macam cara Xu discover melalui try and error. Tapi ada satu cara paling tak menyakitkan.

  1. lipat lutut kanan ke atas, pelan-pelan heret belakang badan supaya berpusing menjadi posisi telentang.
  2. lipat lutut kiri ke atas, dan gamkan kedua-dua lutut bersama, dan tapak kaki jugak dirapatkan dan digamkan bersama.
  3. dengan bantuan tangan kanan, capai cadar atau tilam untuk menarik badan supaya berpusing ke kiri, hingga korang dapat posisi mengiring ke kiri yang selesa.

-Haha..mak oi panjang nya! Macam complicated sangat je nak beralih posisi masa baring kan..hee~ takpe, itu rezeki masing-masing. Tapi bila tiba giliran korang merasa sakit belakang yang kritikal, masa tu baru tahu susah ke tak? Bagi yang tak pernah alami tu, alhamdulillah..tapi jangan sampai bermegah pula ye.. Moga ujian kepayahan ini adalah sebab Allah nak anugerahkan zuriat yang terbaik dan soleh buat ibu.


Menjadikan aktiviti-aktiviti yang selama ni kita lakukan dalam keadaan berdiri, boleh dilakukan dalam posisi duduk

- Macam Xu, seterika baju..Xu duduk. Cemana? Rendahkan je level papan seterika tu pada level paling rendah supaya korang boleh menggosok baju dengan selesa duduk atas kerusi. Selain pada tu, proses penyediaan bahan masakan macam menyiang sayur, potong bawang tu semua pon Xu duduk di island counter


Kurangkan tekanan pada tulang belakang, dan pinggul seboleh mungkin.

- Shopping pun online je. Sebab apa yang Xu rasa bukan angkat barang dan dukung Naufal je rasa menyakitkan, tapi tolak troli pasaraya pun terasa begitu terbeban pada tuang belakang. Barang-barang keperluan rumah yang lain memang encik asben je yang jadi runner sekarang ni. Xu bagi list je. Tapi bila dia dah off ke atas platform, maka terpaksalah Xu gagahkan juga shopping sendiri.


Ubah cara naik turun tangga

- Xu memang tak boleh elak sebab sampai je tempat keje dari pukul 7 tu memang kena naik turun tangga sampai habis waktu kerja. Jadi, Xu terpaksa naik tangga dengan kaki kanan, setiap anak tangga, Ala tateh-tateh..haha.. Bukan normal macam orang lain kiri-kanan-kiri-kanan. Cuba bayangkan,.macam penguin tengah tateh-tateh naik tangga.. Comel kan ^_^


Elakkan buat pergerakan berikut

- Elak langkah bendul, elak memakai seluar atau skirt sambil berdiri, elak mencangkung, elak pakai kasut bertumit tinggi, elakkan melakukan pergerakan twist sebab semua ni menambahkan degree kesakitan belakang yang dah sedia ada tu. Trust me.


Cuba pakai pelvic support belt

- Pelvic support belt adalah seperti yang dalam gambar bawah ni. Benda ni membantu support belakang korang daripada menanggung beban dari perut korang yang membuyong tu hehe. Sekurang-kurangnya bahagian belakang korang dah tak berapa terbeban lah dengan berat tambahan dari bahagian depan badan korang.
maternity support belt

Gunakan ubat sapuan untuk kegunaan luaran (selain ubat sapu analgesic)

- Tapi dalam banyak-banyak cara, ada satu cara yang memang dapat bagi kelegaan pantas. Biobax Cool Therapy Spray. Xu pon dah 36 minggu, baru kenal benda ni!


Jumpa dalam facebook, dan dari fb tu Xu dapat link ke kedai Shopee dia. Kalau nak senang, malas nak PM-PM bagai, korang beli direct je melalui kedai Shopee dia ni.

Dan special untuk pembaca blog Xu, korang boleh dapat potongan RM20 kalau membeli di SINI, dengan syarat..gunakan kod baucar "NASCXU20" semasa membuat pembayaran. Okey?!

Alahai..rugii...rugi. Kalaulah Xu tahu lebih awal, mungkin tak seteruk ni sakit belakang.



Mamy Xu kata : Akhirnya setelah 2 bulan tak update blog. Nak update, nak update..tapi asik terhalang niat tu bila sakit belakang mengganggu. Nak menulis ni kan kene duduk tegak. Mana boleh nak menaip sambil menyandar kat kerusi ofis tu sampai separuh terbaring kan..haha.. Tapi serius! Sakit belakang dan sakit tulang pubic memang sangat tak selesa. Potong mood gua,

Baca juga : Bagaimana melegakan sakit belakang selepas bersalin

.

    Catat Ulasan

    8 Ulasan

    1. Annur sayang, aku merinduimu..ding dong..hehe... Semoga semua dipermudahkan. Zarith pernah buat artikel tentang 8 Penyakit kehamilan dan cara atasinya. semoga bermanfaat =)

      BalasPadam
      Balasan
      1. hihi...mmg Annur ade godek2 jugak blog zarith kemaren.. cari info yg berkenaan ^_^
        tp mgkin trlepas pndang entri psl penyakit kehamilan tu..
        will come back soon hee~

        Padam
      2. hihi...mmg Annur ade godek2 jugak blog zarith kemaren.. cari info yg berkenaan ^_^
        tp mgkin trlepas pndang entri psl penyakit kehamilan tu..
        will come back soon hee~

        Padam
      3. Best sgt weh...aku suka bace blog kamu...

        Padam
      4. tenchu2...
        ang bleh rujuk blogger2 otai yg lain jugak..diorang banyak share tips berblog dan tutorial yg best2..
        go go chaiyok!

        Padam
    2. Assalamualaikum, nak tanya boleh ke kalau kita tampal koyok dekat pinggang? Skrg bru 11 minggu pregnant tapi sakit dia tu tak tau nak cakap. Baring, duduk, berdiri, jalan semua sakit.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Wasalam Pn Raihan.
        Boleh je. Koyok panas tu cuma beri kesan setempat. Kalau yang jenis panaflex tu, pun still ok. Sebab bahan aktif dia cuma paracetamol.

        Padam
    3. Assalamualaikum, boleh ke kalau kita tampal koyok dekat pinggang? Skrg bru 11 minggu pregnant tapi sakit dia tu tak tau nak cakap. Baring, duduk, berdiri, jalan semua sakit

      BalasPadam

    Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y