Dikfael diserang demam, muntah dan cirit birit

Minggu lepas, Syu ngan anak-anak travel ke KL, menziarah saudara kat sana. On the way balik dari KL, Dikfael dah start muntah-muntah dan menolak untuk menyusu. Sampai-sampai je di rumah, suhu badan Dikfael dah naik ke 38°c

Bermula malam tu lah Dikfael asyik poo-poo. Semalaman dari jam 9 malam sampai pagi, habis 12 keping lampin ditukar. Dikfael sebenarnya memang biasa kena cirit birit bila dia demam. tapi kali ni nampak keadaan cirit birit nya lebih teruk dari biasa. Syu dah mula syak, mungkin ada sesuatu yang tak kena. Jangan-jangan...terkena jangkitan virus tak?!!

rotavirus boleh membawa maut Cara penyebaran rotavirus,Cara penyembuhan rotavirus,Cara pencegahan rotavirus,Pengalaman terkena rotavirus,Harga vaksin Rotavirus,pengalaman cirit birit seminggu rotavirus demam, muntah dan cirit birit baby kena rotavirus

Akhirnya, lepas 4 hari Dikfael ulang-alik ke casualty, Doktor pun decide untuk ambil sampel darah dan stool. Dan kemudian Dikfael pun warded atas sebab mild-dehydration.

Virus apa sebenarnya penyebab utama cirit birit?

Rotavirus. Nama rotavirus ni berasal dari perkataan Latin "rota" yang bermaksud roda. Virus ni memang berbentuk roda pun kalau diteropong dengan mikroskop. Ada lima spesies Rotavirus tapi yang selalu menyebabkan sakit kat kanak kanak ni adalah jenis Rotavirus A.

Tanda-tanda jangkitan

Jangkitan Rotavirus boleh menyebabkan demam tinggi, cirit-birit (10 -20 kali sehari) dan juga muntah serta sakit perut yang berterusan. Boleh berlarutan 3 hingga 9 hari.

Cara jangkitan

Rotavirus boleh merebak melalui pendedahan daripada najis ke mulut anak. (feco oral contact) 
Contohnya mummy lepas menyalin lampin baby, kemudian ada sisa najis terlekat di tangan. Mummy pulak basuh tangan tak sempurna, lalu terus memegang peralatan, permukaan atau makanan.

Berapa lama Rotavirus boleh bertahan?

Rotavirus boleh bertahan berjam lamanya pada tangan dan beberapa hari di atas permukaan keras. Virus ni juga masih boleh merebak walaupun mengamalkan tabiat kebersihan seperti mencuci tangan dan sebagainya.

Siapa yang berisiko diserang rotavirus?

Kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah. Dan bayi antara usia tiga bulan hingga dua tahun adalah lebih vulnerable terhadap jangkitan.

Kesan serangan Rotavirus

Berlaku  penyahidratan (kehilangan bendalir badan) atau dehidrasi, yang mana boleh menyebabkan kelesuan, cengkung kedua-dua mata, bibir dan lidah kering, tiada air mata ketika menangis, ubun-ubun tenggelam (pada bayi) dan kurang kencing. Dehidrasi ni lah yang sebenarnya boleh membawa maut!

Apakah rawatan yang diperlukan?

Takde rawatan khusus untuk membunuh virus ni. Cuma bergantung sepenuhnya pada sistem pertahanan badan kanak-kanak tu sendiri.  Kalau masuk wad, hanya rawatan berbentuk simptomatik sahaja yang diberikan. Rawatan yang diberikan cuma nak bagi badan kekal terhidrat dan bantu menggantikan kehilangan air dan garam galian yang keluar menerusi muntah dan cirit.


Di Malaysia,jangkitan rotavirus adalah punca cirit birit yang utama menyebabkan kanak-kanak memerlukan rawatan hospital dalam bentuk menerima rawatan transfusi (memasukkan) air melalui saluran darah (intravena). Kira kira 25 sehingga 50 peratus kes cirit-birit yang memerlukan kemasukkan wad berpunca dari Rotavirus.
~Majalah PaMa


Apa langkah mengelakkan virus ini?

Susah sebenarnya nak basmi Rotavirus ni secara total sebab sifat dia yang sangat mudah merebak tu, menyebabkan kita yang jaga kebersihan tahap gaban pun, masih ada chances nak kena. Kadang-kadang, rumah kita bersih, tapi kita tak tahu masa kita pergi shopping, anak kita duduk dalam troli yang penuh dengan rotavirus!

World Health Organisation,WHO menyarankan vaksin (Rotarix™) sebagai satu strategi pencegahan terhadap jangkitan Rotavirus. Buat masa ni KKM memang tak mewajibkan pelalian Rotavirus dalam jadual imunisasi bayi, tapi mummy boleh dapatkan vaksin ni di klinik-klinik swasta.Cara penyebaran rotavirus,Cara penyembuhan rotavirus,Cara pencegahan rotavirus,Pengalaman terkena rotavirus,Harga vaksin Rotavirus,pengalaman cirit birit seminggu rotavirus demam, muntah dan cirit birit baby kena rotavirus

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. sekarang dah sihat ke belum..Bahaya virus rota ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah lepas berkampung 3 hari 4 malam dalam wad, anak AS dah makin pulih.
      Selera pun dah ada sikit

      Padam
  2. Balasan
    1. BTW, the name is Nufael. So AS called him Dik Fael hihi

      Padam
  3. Memang kesian kalau anak2 tabg jena cirit birit ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn sangattt...hancur hati tengok huhuhu

      Padam
  4. husband jiha kena rota virus bulan 2 hari tu. lemau gila sampaikan tak lalu makan, inikan pulak baby. hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jiha kan?
      Memang hancur luluh hati tengok anak kecil menangis menanggung sakit (T_T)

      Padam
  5. Ana doakan semoga nufael terus sihat dan berjaya menjadi anak soleh yg berjaya. Amin.

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y