Tip Penjagaan Anak Asthma (Lelah)

Musim tengkujuh dah mai kann. Pagi-pagi Mamy kau ni nak gi keje, hembus nafas keluar asap kat hidung tau!

Sekarang cuaca tengah ekstrim sejuk hoi. Buang tebiat sungguh! Mamy kau ni yang jenis badan sentiasa panas ni pun, letak kipas pusing speed nombor 1 je. Serius! Tak tipu sikit pun.
.
Syiok? Haa memang la syiok, sebab takyah lagi nak sesusah gi mendaki #cameronhighland semata-mata nak menikmati hawa sejuk. Tapi tu lah, anak-anak gua tak tahan.
.
Nak buat cemana, dua-dua beradik ni mewarisi lelah dari aku jugek kenn??! Tapi sebenarnya kalau korang mak pak yang sihat dan tiada sejarah lelah pun, anak korang still boleh kena lelah jugak tau. So sila pantau anak rapat-rapat hokey.

<< Perkongsian bagaimana nak menjaga bayi penghidap asthma >>
.
tips-jaga-bayi-lelah-semput Keyword urutan untuk asma ubat semput cara islam rawatan homeopathy untuk asma ubat asma paling mujarab penyakit asma dan cara penyembuhannya ubat lelah budak cara merawat asma bayi punca semput maksud semput in english cara mengobati asma dengan bawang putih simptom penyakit asma


1) Lazimnya lelah kat budak kecik ni akan beransur kurang dengan pertambahan usia. Diorang takkan membesar jadi orang dewasa yang semput. Jadi penting untuk kita sentiasa follow-up dengan doktor supaya asthma budak-budak ni dikawal dengan baik.

2) Asthma yang tak dikawal dengan baik boleh menyebabkan paru-paru rosak. Selain tu boleh meningkatkan risiko untuk dapat serangan asma yang serius yang mengancam nyawa! 

3) Kawal persekitaran dari faktor pencetus asthmatic attacks seperti asap terutama ASAP ROKOK, BULU KUCING, HABUK, dan bau yang kuat macam cat, perfume, pewangi/penyegar udara. 

Faktor pencetus yang lain boleh jadi sebab:
--i Jangkitan virus selesema yang berlarutan jadi batuk
--ii Perubahan cuaca macam udara terlampau lembap, sejuk, atau monsun

4) Bagi yang dibekalkan MDI (pam lelah, ubat sedut ), tanya betul-betul kat doktor cara betul menggunakannya. Tanya sampai faham, tanya sampai doktor penat nak jawab takpe..bhahaha.

5) Biasanya hospital atau klinik awam takkan bekalkan spacer atau chamber (corong dengan mask yang disambungkan ke MDI), so untuk keberkesanan, beli lah dekat farmasi. Cakap je nak spacer untuk kanak-kanak, kompem dia tahu nye.

6) Rawatan asthma ada 2
--i pelega (untuk asthma akut)
--ii pencegah (untuk asthma kronik)

Rawatan pelega diberikan bila berlaku serangan akut dan rawatan pencegah diberikan ikut masa tertentu, bukan ketika serangan.

Jarang la untuk baby diberikan pencegah, kecuali kes-kes special.

7) Objektif rawatan pencegah, opkos la mencegah dari berlakunya asthma yang kerap. Inhaler jenis pencegah akan diberikan pada mereka yang mengalami serangan yang berulang-ulang dengan kerap. 

Kalau anak korang diberikan inhaler jenis ni maknanya itu adalah ubat sedut bersteroid. Jangan panik hoii. Dengar steroid je terus meroyan. 
"Tak naklah bagi anak aku, steroid ni tak elok utk anak", "Apa, steroid? Habislah anak aku terbantut tumbesaran nye nanti" pulak. 

Kajian dah berlambak, yang kes bantut tu terjadi pada pesakit-dos-dependant yang mana dia terpaksa ambil dos tinggi untuk mendapat kesan.
Dos yang diberikan tu dah sedang molek dah dan paling kecil dan selamat untuk anak korang. Takde pengamal kesihatan yang nak anak korang sakit. Percayalah. Kami syukur sangat kalau jabatan pesakit luar tu lengang tak ada patient tahu? haha. Bukan malas. Tapi, itu bermakna rakyat kita sihat-sihat belaka lah kan.

8) Objektif rawatan pelega, opkos jugak untuk melegakan. Apa yang dilegakan? Ia mengurangkan kesan bronchospasm (ketat dada) semasa serangan.

9) Objektif pelega ni lah yg susahhh sangat nak dicapai kalo di rumah! Ubat pelega yg biasa diberikan adalah Salbutamol. Terpulang pada keadaan, doktor boleh bagi syrup, atau MDI.

10) Kalo syrup, then ok la. Pujuk lah cemana pun, asalkan anak telan dos yang mencukupi.

11) Kalo MDI, macam kaklong cakap tadi lah. Kena guna spacer. kalo tak, debu wasap MDI tu cuma terlekat sama ada penuh atas lidah, atau kat belakang kerongkong. GAGAL SAMPAI KE PARU-PARU. Sebaliknya debu terkumpul tu akan terserap masuk ke aliran darah dan meningkatkan lagi kesan sampingan.

12) "Susah-susah sangat, lagi baik pi amik nebulizer ka klinik je."
Ok, boleh. tapi keberkesanan nebulizer dengan MDI lebih kurang same jer wey. Bezanya neb, kena sedut lama. MDI lebih cepat. (kalo betul caranya) 

Bayangkan, takkan ko sanggup nak duk neb lelama dengan anak ko melalak2 sampai hilang suara? tapi taktau la kot anak korang tak nangis kena neb. Hokey kalo bab dos nye pulak, 1 kali neb lebih kurang dos 4-6 kali sembur MDI. Dan MDI takyah gi memana, kat rumah pon boleh. So, terpulang pada masing-masing.

13) Syu ada DIARI atshma anak-anak. Biasalah, aku ni semua pun aku buat diari. Dulu masa peknen, aku buat DIARI HAMIL. penting kot kita buat log tentang kehamilan kita. So, sekarang ada #DIARIATSHMA anak-ank. Aku akan catat setiap apa yang doktor cakap tentang asthma anak ku. So next time, ku dah bersedia dan tak panik.

14) Jangan sekat anak nak beraktiviti lasak. Anak-anak ku pulak dua-dua lelaki, opkos la memang tak boleh duduk diam. Berbalik pada objektif rawatan, kita bagi rawatan untuk dorang dapat jalani hidup normal sebagai kanak-kanak sihat. So, biarkann.

15) PENTING! Jangan suka-suka nak self medication bagi anak-anak korang yang dah disahkan penghidap asma. Jangan sebab nak senang, korang sesuka hati pi farmasi beli je ubat cair kahak sebotol, ubat batuk sebotol, ubat selesema sebotol dan penat sebotol. BAHAYA! 

Sebab silap-silap haribulan anak korang boleh OVERDOSE sebab terlepas pandang dengan ubat COMBINATION, yang dalam sebotol tu ada macam-macam jenis ubat. Pastu korang bagi anak korang 2mL setiap satu, PARAH! Rupanya semua tu ada bahan 'ubat' yang sama!





Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tanpa Nama14:40

    Assalam.
    Nak tanya....ank sya selalu kena sedut boleh kata tiap2 bulan mest kena..pastu doc bagi ubat color putih 3x sehari..puan ahli farmasi kan..sya nak tawu nama ubat tu ye puan? Pls asap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussaalam.
      Dear kalau warna putih AS tak berapa pasti lah ubat apa. Tapi kalau putih yg sis cakap tu bermaksud "jernih", biasanya adalah ubat cair kahak campur dengan ubat lelah.
      AS teka berdasarkan frekuensi kena makan ubat tu 3 kali sehari.
      Kalau nak lebih pasti si kena tengok pada botol, dan perhatikan nama kimia ubat tu. Kalau secara am macam sifat dan warna ni susah sikit AS nak bagitahu.

      Padam
  2. Tanpa Nama14:41

    Assalam.
    Nak tanya....ank sya selalu kena sedut boleh kata tiap2 bulan mest kena..pastu doc bagi ubat color putih 3x sehari..puan ahli farmasi kan..sya nak tawu nama ubat tu ye puan? Pls asap

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y