Advertisement

Resepi Sotong Masak Serai Berserta 12 Lagi Resepi Sotong Yang Lain

Sotong masak apa sedap ye? hmm. Sotong masak serai sedap dan mudah. Menu "ekspres" macam ni kadang-kadang korang kena tahu jugak untuk persediaan di waktu-waktu tak terduga. Contoh macam Mamy harini,terpaksa balik kerja lewat pulak. Hadoi. 

Dalam kepala dah berkira-kira dah nak beli nasi tomato je dua bungkus di bazaar ramadan kejap lagi. Tapi masa balik kerja tadi tiba-tiba hujan lebat pula. So semangat nak memasak yang layu ini pun terpaksa aku kuatkan demi melunaskan tanggungjawab memberi makan kepada anak-anak yang berpuasa hari ini. Maka terjadilah juadah sotong masak serai harini.

resepi-sotong-masak-serai-sedap, Kalau di Kelantan, dipanggil masakan sotong ketuk/katok serai. Ada juga orang beri nama singgang sotong, masak rebus asam, masak bening.
Sotong Masak Serai - Ekspress! Snap gambar dalam kuali je hang!

resepi singgang sotong ala thai

Resepi Sotong Masak Serai

Kalau di pantai Timur, dipanggil masakan sotong katok serai. Ada juga di sebelah Terengganu mereka beri nama singgang sotong, masak rebus asam, masak bening. :Pokoknya, ia merupakan masakan sotong yang sama cuma panggilannya sahaja berbeza mengikut tempat. dan mungki ada dua tiga bahan yang berlainan sedikit mengikut daerah masing-masing.
 sotong masak serai azie kitchen 

     Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak sotong serai:

      -3oo gram sotong segar
      -1 1/2 sudu teh pes asam jawa
      -3 helai daun limau purut (dibuang tulang/tangkai tengah)
      -2 biji cili merah (dihiris)
      -1 labu bawang besar holand (dihiris bulat)
      -2 biji tomato (dibelah 4)
      -5 biji cili padi *                       
      -2 batang serai  *                       
      -3 ulas bawang merah ros *
      -4 ulas bawang putih *
      -Seruas ibu jari halia *
      -1 sudu teh gula
      -Garam secukup rasa
resepi sotong singgang azie kitchen 

resepi sotong rebus azie kitchen

     Cara-cara memasak sotong katok serai:


       1. Hiris bahan-bahan bertanda bintang (*) dan kisar semuanya hingga hancur
       2. Panaskan kuali dengan 1/4 cawan minyak masak untu menumis
       3. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga naik bau
       4. Masukkan sotong dan kacau perlahan-lahan
       5. Apabila air sotong telah keluar dan kuali kelihatan sedikit berkuah, boleh lah kecilkan api.
       6. Masukkan air asam jawa, bawang besar, tomato dan daun limau purut.
Nota: Ramas-ramaskan sedikit daun limau purut dulu sebelum dimasukkan ke dalam kuali bagi menguatkan aromanya.
       7. Perasakan dengan garam dan gula. Jika rasa dah sempurna boleh padamkan api.
       8. Sedia dihidang. Yippie!

Seronok kemain kau Syu ea..haha. Mana tak nya. hari ni aku masak menu paling ringkas dan cepat. Tadi balik kerja lewat kot. Dah nak dekat jam 6:30 baru sampai rumah. 
resepi sotong ketuk serai terengganu
Memang bersilat dengan jurus kilat dan petir lah di dapur. Alkisahnya aku nak buat menu tomyam putih untuk berbuka hari ni. Tapi apa berlaku, tomyam sudah menjadi sotong masak serai.bhahaha
resepi sotong ketuk serai terengganu che nom
Masak sotong ni, orang tua-tua pesan jangan terlalu lama. Sebab semakin lama sotong dimasak, air dari isi sotong tu akan terlajak kering dan menjadikan tekstur sotong kita tu nanti liat macam selipar jepun! 
resepi sotong ketuk serai terengganu
Korang nak? 
resepi sotong rebus kelantan
Kunyah sotong macam mengunyah sekeping selipar jepung? Tak lut-lut dekat setengah jam duk mengunyah. Boleh haus gigi pelesu tahu? haha

Sedap wehh sotong masak serai ni! Syu yang tak pernah-pernah berbuka menambah nasik ni, tiba-tiba harini dua pinggan aku belasah. Ni pun duk terasa lagi ni perut macam nak pecah ni. Itulah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak makan merana jiwa dan raga-raga oii~


Bonus! 10 Resepi Sotong yang Pelbagai dan Sedap-sedap

Disebabkan ramai yang request, "sis, share la juga resepi sotong selain sotong masak serai ni" So I usahakan mencari 12 lagi resepi sotong yang simple-simple through the web. 

Memandangkan niche blog Mamy Syu ni bukanlah blog masakan, so kesemua resepi sotong di bawah ini bukan milik asal Mamy Syu ya. Kesemuanya bersumberkan dari facebook, Rasa.my, dan juga dari Saji.my. So kalau kalian nak resepi yang best-best lagi menarik, boleh terus ke laman yang Syu suggest ini ya.

Resepi Sotong Celup Tepung Rangup
Sumber : Rasa.my

1. Resepi Sotong Celup Tepung Rangup


Bahan-bahan : 
1 kilo sotong yang telah dibersihkan, potong bulat, 
Tambahkan 2 sudu besar cuka epal, gaul hingga rata kemudian ketepikan. 
Tips: cuka epal adalah untuk mengelakkan sotong dari meletup ketika digoreng. Tak perlu susah-susah lap kering sotong guna tisu!

Bahan Tepung Kering: 
10 sudu besar tepung Goreng Berempah Seri Aji Pedas
6 sudu besar tepung jagung 
2 sudu kecil serbuk lada sulah 
Serbuk kunyit 
(Gaul sebati semua bahan di atas) 

Bahan Telur Salutan:
Dalam bekas lain pukul 2 biji telur dengan 2½ sudu tepung gandum dan 1 sudu kecil garam 
Jangan tambah air.

Cara-cara : 
  1. Gaul sotong dengan serbuk kunyit dan lada sulah hingga sebati. 
  2. Celup sotong dalam camupuran telur tadi, kemudian golek-golekkan sotong dalam bekas tepung. pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, kemudian kecil kan api ke sederhana.
  4. Masukkan sotong yang sudah bersalut ke dalam minyak panas. Pastikan sotong tenggalam ya dalam minyak.
  5. Jangan masukkan terlalu banyak dalam satu masa supaya suhu panas minyak cukup untuk merangupkan tepung salutan tadi. 
  6. Masak hingga keperangan dan angkat sotong guna penapis besi dan toskan di atas tisu dapur. 
  7. Kaut semua kerak-kerak tepung untuk mengelakkan menjadi hangus sebelum meneruskan proses menggoreng seterusnya.
  8. Goreng semua hingga habis. 
  9. Sedia dihidang bersama sos pencicah.

Sos pencicah : 
3 sudu besar sos cili thai 
1 sudu besar mayonis 
Gaul sebati sos, tabur dengan bijan dan daun ketumbar jika suka.


2. Sotong Bakar Simple lagi Sedap

Sotong Bakar Simple lagi Sedap
Sumber : Rasa.my

Bahan Utama
Sotong 3 ekor. 

Bahan perap: 
Serbuk kari 2 sudu besar. 
Serbuk kunyit 1 sudu. 
Sos tiram 3 sudu. 
Sos cili 3 sudu. 
Sos thai 2 sudu. 
Blackpepper 1/2 sudu kecik. 
Garam secukup rasa. 
(Optional) letak daun kesum dengan daun limau purut bagi ada aroma wangi. 

Cara-cara : 
  1. Bersihkan sotong. Perap paling lama sejam. 
  2. Kalau tak sempat perap pun tak apa kita paham ramai yang tak ada masa perap lama. 
  3. Sekarang semua mahu cepat. 
  4. Asal gaul sebati sudah. 
  5. Kemudian bakar dalam pan (kuali leper) sampai dia keluar berair (lembut) sudah siap. 
  6. Api sederhana, tak kuat dan tak slow. 
  7. Selepas hidang baru gunting-gunting bagi nampak isi dia itu.

3. Sotong Goreng Kunyit

Resepi Sotong Masak resepi sotong goreng kunyit kering, Serai Berserta 12 Lagi Resepi Sotong Yang Lain
Sumber : Saji.my

Bahan - Bahan  
Sotong - 8ekor saiz sederhana besar  
Garam - Secukupnya  
Serbuk Perasa 
Serbuk cili  1 Sudu kecil  
Serbuk Kunyit 1 sudu kecil  -
Kacang Panjang  - Secukupnya  - 
Lobak Merah  - Secukupnya   - 
Bawang Holland - 1/2 biji  - 
Bawang Putih dicindang- 3 ulas  - 
Cili merah besar 1 biji   - 
Minyak Masak  - ½  senduk

Cara- cara
  1. Masukkan garam, Serbuk Perasa, Serbuk Cilii, Serbuk kunyit kedalam bekas berisi sotong. Gaulkan sampai sekata.
  2. Panaskan non-stick pan, dan sangai tanpa minyak sotong yang telah digaul tadi.
  3. Kacau atas pan selama 3 minit denga api sederhana.
  4. Selepas 3 minit, bahagikan pan kepada dua bahagian, di mana sotong dikacau ke tepi pan dan masukkan minyak masak.
  5. Di bahagian pan yang kosong tadi, masukkan bawang putih, tumis sampai garing.
  6. Bila dah garing, barulah kacau bersama sotong, dan masukkan kacang panjang serta carrot.
  7. Kuatkan sedikit api, dan kacau goreng selama 30 saat.
  8. Kemudian masukkan bawang holland, kacau lagi 30 saat.
  9. Perasakan dengan garam, sedikit gula dan Megi Cukup Rasa.
  10. Akhir sekali masukkan cili potong kacau-kacau sedikit, dan siap!


4. Resepi Sotong Sambal Ala Sambal Penyet

Resepi Sotong Sambal Ala Sambal Penyet
Sumber : rasa on IG

Bahan-bahan : 
½ kg sotong  cuci bersih cendawan & kacang panjang (jika suka) 
Garam, gula, secukup rasa 

Bahan dikisar:
5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci halia 1 biji tomato | potong 4 10 biji cili padi merah (saya campur dengan cili padi hijau) 4 biji cili merah besar CARA MASAK: 

Cara-cara : 
  • 1. Tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak. 
  • 2. Masukkan sotong, garam, gula kacau rata dan reneh dengan api kecil sambil tutup kuali untuk keluarkan air sotong jadi tak perlu tambah air. 
  • 3. Sotong hampir masak, masukkan sayur-sayur goreng hingga semua masak sekata. 
  • Siap.

5. Resepi Sotong Masak Kicap

Sumber : Saji.my

Bahan-bahan : 
1 kg sotong (lumur kunyit dan garam setelah itu goreng halfcooked) 
Bawang putih/bawang merah/ halia/ cili padi ikut kepedasan (kisar) 
Kayu manis, bunga lawang 
2 batang serai 
1 senduk besar cili kisar 
Sos cili 
Sos tomato 
Sos tiram 
Kicap manis 
Sedikit air asam 
awang merah hiris bulat 
Tomato/cili merah (hiris dan potong) 

Cara-cara : 
  1. Tumis bahan kisar sampai naik bau atau kekuningan. 
  2. Masukkan bunga lawang, kayu manis, serai. 
  3. Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak. 
  4. Masukkan semua jenis sos dan kicap manis (jika pekat tambah air sedikit). 
  5. Tumis. 
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  7. Masukkan bawang hiris, tomato, cili merah kacau sekejap. 
  8. Masukkan sotong. Gaul rata, tutup api.
  9. Siap!

6. Sotong Stim Ala Thai

resepi Sotong Stim Ala Thai
Sumber : Saji.my

Bahan Sos : 
5 tangkai cili padi 
4 ulas bawang putih 
3 tangkai akar daun ketumbar (dibersihkan sepenuhnya) 
1 tbsp gula 
1 tbsp sos ikan atau kicap sotong 
3 biji limau nipis (jus sahaja) 
½  biji limau nipis (isi dipotong dadu) 
3 tangkai daun ketumbar dihiris halus 

Bahan Sotong Steam 
4 ekor sotong (saiz sederhana besar) 
2 batang serai 
1 inci halia 
15 helai daun limau purut 

Cara-cara : 
  1. Stimkan sotong diatas semua bahan. 
  2. Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur. 
  3. Campurkan dengan semua bahan yang lain. 
  4. Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim. 
  5. Hidangkan.

7. Kerabu Sotong

resepi sotong kerabu simple lagi sedap, kerabu sotong
Sumber : Facebook 

Bahan-bahan : 
½ kg sotong celur (rendam 3 minit dalam air yang sudah mendidih)
Bawang putih, 
Bawang merah, 
Cili, 
Sos tiram, 
Tomato, 
Kacang panjang, 
Daun ketumbar, 
Asam limau nipis,
Gula, 
Garam. 

Cara-cara : 
  1. Cincang bawang putih halus-halus 3-4 ulas, masukkan kedalam 3 sudu sos ikan. 
  2. Masukkan cili. Kemudian perahkan asam limau, 2 sudu sos tiram, gula dan garam secukup rasa. 
  3. Selepas itu, masukkan sotong yang telah direbus bersama suhun yang telah direbus. 
  4. Kacau sebati. 
  5. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran tomato, kacang panjang, daun ketumbar. 
  6. Siap.

8. Resepi Sotong Salted Egg

resepi Sotong Goreng Butter Salted Egg
Sumber : rasa.my

Bahan-bahan Sotong
10 ekor sotong (potong nipis), 
3 sudu besar tepung Bestari Pedas
5 sudu besar tepung jagung, 
3 sudu besar lada sulah, 
1 biji telur ayam 
Sedikit garam. (gaul-gaul semua bahan dan goreng sotong selama 3 – 4 minit). 

Bahan-bahan kuah Salted Egg
1 biji kuning telur
Beberapa helai daun kari, 
3 batang cili padi, 
3 sudu besar salted butter 
1 sudu besar gula, 
1 sudu besar serbuk pati ayam. 

Cara-cara : 
  1. Campurkan Tepung Bestari, tepung jagung, lada sulah dan gaul rata.
  2. Celup sotong ke dalam telur, kemudian galu dalam campuran tepung tadi. 
  3. Lakukan satu persatu.Pastikan semua bahagian sotong bersalut dengan tepung. 
  4. Panaskan minyak di dalam kuali hingga cukup panas, masukkan sotong satu persatu ke dalam kuali, jangan masak terlalu banyak dalam satu masa, bagi mengelakkan sotong masuk minyak dan lembik.
  5. Masak hingga keperangan di dalam api sederhana besar, kemudian angkat.

Di dalam periuk lain, Rebus telur masin 2 biji (ambil kuning sahaja dan hancurkan sedikit).
Optional - *Gunakan saja serbuk segera salted Egg Bestari.
  1. Cairkan butter hingga cukup panas dan masukkan telur kuning, tuang dengan jarak yang tinggi dari kuali. Masak sampai berbuih. 
  2. Kemudian masukkan salted egg (kuning sahaja)
  3. Tabur gula dan serbuk pati ayam, gaul lagi dalam seminit biar gula sebati dan rata.
  4. Masukkan cili padi,daun kari, gaul rata semua. 
  5. Masukkan sotong goreng tadi dan gaul sampai rata/kering, dengan api kecil. 
  6. Siap!
Nota : Jika nak mengekalkan kerangupan sotong goreng, boleh letakkan sotong yang siap digoreng di atas penapis besi. Setelah siap kuah salted egg, tuang sahaja ke atas sotong goreng, dan toskan butter berlebihan, baru hidang.

9. Kam Heong Sotong

Sumber : Facebook

Bahan-bahan : 
10 ekor sotong sederhana kecil, 
2 sudu tepung jagung, 
2 ulas bawang putih (cincang halus), 
½ bawang besar (cincang halus), 
2 sudu udang kering (rendam, tos, cincang), 
2 batang serai (hiris), 
3-4 biji cili padi (hiris), 
2 sudu serbuk kari ikan, 
Sedikit air, 
1-2 sudu kicap,
Sedikit minyak, 
Garam dan gula secukup rasa. 

Cara-cara : 
Gaulkan sotong yang telah dipotong dengan tepung jagung. Biarkan seketika. 
Goreng sotong tadi dengan sedikit minyak masak selama 1 minit. 
Angkat dan asingkan di dalam mangkuk. 
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. 
Masukkan udang kering, goreng sehingga sedikit garing. 
Masukkan serai dan cili padi. 
Goreng seketika. 
Masukkan serbuk kari, tambah sedikit air dan masak sehingga pecah minyak. 
Masukkan sotong dan gaul sebati. Tambahkan kicap, gula dan garam secukup rasa. 
Gaulkan sehingga sotong masak. Siap dihidangkan.

10. Resepi Sotong Singgang Pedas

Sumber : Facebook

Bahan-bahan : 
Sotong (potong atau tidak potong ikut suka). 
1 bawang mewah potong 4, 
3 bawang putih diketuk, 
2 batang serai diketuk, 
3 keping asam gelugor, 
2 biji cili merah  (ketuk atau biar je sebutir-sebutir) 
Daun limau purut, 
Kobis bunga, 
Tomato. 

Cara-cara : 
Masukkan semua bahan kecuali tomato dan kobis bunga. 
Letak air 2 cawan. Kemudian, kalau sudah mendidih letak tomato dan kubis bunga. 
Letak garam dan secukup rasa. Garam letak lebih sebab nanti kalau makan dengan nasi risau jadi tawar.
Tidak perlu masak lama sangat, nanti sotong liat.

11. Sotong Masak Cili Api

Sumber : Facebook

Bahan-bahan : 
Sotong 15 ekor, 
Bawang merah 2 biji, 
Bawang putih 3 ulas, 
Halia agak-agak sahaja, 
Cili api. 

Cara-cara : 
Tumbuk semua bahan dan tumis sehingga bawang garing naik bau. 
Masuk sedikit serbuk kunyit untuk cantikkan warna, masukkan garam dan serbuk perasa (kalau makan). Masukkan air asam jawa. Masukkan sotong.
kacau selama 5 minit. Siap!

12. Sotong Kukus Air Asam

resepi-sotong-air-asam-kukus-stim
Sumber : Facebook

Bahan Kukus : 
½ kg sotong, 
2 batang serai, 
Akar daun ketumbar, 
½ biji tomato didadu, 
3 sb sos ikan, 
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar, 
1 sk garam, 
1 sk gula, 

Bahan Air Asam : 
4 ulas bawang putih, 
5-10 biji cili api (kepedasan masing-masing), 
Limau nipis, 
3 sb gula siam (Thai Palm Sugar), 
Garam jika perlu. 

Cara-cara : 
Panaskan pengukus. Bila air menggelegak, masukkan sotong dan bahan kukus. 
Biarkan dalam 8-10 minit, jangan terlalu lama untuk kekalkan rasa juicy. 
Angkat dan toskan. 
Untuk air asam, tumbuk bawang putih dan cili api. 
Tambahkan gula Thai dan garam jika perlu. 
Perah asam limau. Gaul rata sotong dan air asam.
Simple je kan!


Eh takkan singgah baca je ker korang? 
Esok korang cuba la buat wey. 

Rugi kalau korang tak cuba.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. wahhh.boleh cuba nnt :)

    BalasPadam
  2. Masakan simple Dan sedap sesuai untuk seisi keluarga kan

    BalasPadam
  3. terima kasih sebab sudi kongsikan resepi ni.

    BalasPadam
  4. terima kasih share resepi, hari ni inshaaAllah try buat,,, pedas ke tak tu? nk bg makan ke budak2 nih... hehe

    BalasPadam
  5. sha nak masak sotong hari nii… tgh cari idea.. mcm sesap nihh

    BalasPadam
  6. sha nak masak sotong hari nii… tgh cari idea.. mcm sesap nihh

    BalasPadam
  7. sha nak masak sotong hari nii… tgh cari idea.. mcm sesap nihh

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama17:08

    macam tahu tahu je tengah cari resepi sotong simple buka puasa hehe

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y