Advertisement

Puding Karamel Licin, Paling Simple Confirm Menjadi

Puding karamel atau puding telur ni tak sah kalau tak dihidangkan time berbuka puasa kan? Selain lembut dan manis, puding karamel ini juga sangat nikmat bila dimakan sejuk-sejuk. Aaahh..lega tekak setelah seharian berpuasa. By the way, hari ni dah pun masuk 3 haribulan April. Kurang lebih tiga minggu je lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan. 
resepi puding karamel che nom
♪♬Romadan tiba! Romadan tiba! Marhaban ya ramadan, marhaban ya ramadan♩♪ 
ahaks tiberr je.

Ok memang seronok nak menyambut ramadan. Tapi ramai juga bersungut menu-menu bazar ramadan tahun ni harganya mahal tak patut-patut. So better standby siap-siap dengan beraneka resepi juadah pencuci mulut yang selama ni kita tahu beli saja di bazar ramadhan. 

Contohnya macam puding gula hangus ni la.

Puding karamel licin leche flan recipe puding custard caramel

Resepi Puding Karamel bakar (Puding Telur)

Puding telur atau leche flan ni nak membuatnya teramatlah senang kachang! Bila dah tahu caranya, confirm you guys rasa teramatlah tak berbaloi membeli puding karamel di luar sebelum ni. Specialnya bila buat sendiri, kita boleh adjust kemanisan yang sesuai ikut tekak kita. 
resepi puding karamel che nom
Humpph dah la lembuutt bergedik, licin berkilat dan lemak manis pula tu. Nyamannya sampai tak sedar dah habis separuh loyang.ahaks

Bahan-bahan membuat puding telur


puding karamel roti,Bahan nak buat puding karamel puding telur custard

6 biji telur gred A
4 sudu gula
1 tin susu sejat (390gm)
1½ sudu teh serbuk / esen vanila
½ sudu teh garam
 puding karamel roti

Bahan untuk lapisan karamel

5 sudu gula
1 sudu air panas
 puding karamel roti

Cara-cara penyediaan puding karamel
 puding karamel roti
1. Pertama sekali, kena sediakan lapisan karamel terlebih dahulu. Dengan menggunakan api yang kecil, cairkan 5 sudu gula bersama sesudu air panas dalam loyang. Hari ni Syu menggunakan loyang bulat bersaiz 9". Kalau you all suka puding yang tebal dan tinggi, Syu cadangkan you all guna loyang bersaiz 6"
    puding karamel 3 bahan
2. Biarkan gula tadi berubah menjadi warna perang keemasan. Bila gula dah start mencair, kena kacau-kacau sikit sirap gula tu supaya dia perang sekata dan tak hangit sebelah.
 
resepi-Puding-Karamel-Licin-dan-Sedap
   puding karamel 3 bahan
3. Tutup api setelah warna perang yang diingi itu sudah terhasil. Lenggang-lenggang kan sedikit loyang tadi supaya karamel tadi sekata di dasar loyang.
    puding karamel 3 bahan
4. Simpan tepi karamel ni, dan biarkan ia mengeras pada suhu bilik. Sementara itu, boleh mula preheat oven kita kepada suhu 160°C-170°C dan mulakan langkah untuk membuat puding pula.
 resepi puding karamel guna blender 
resepi puding karamel guna blender ,resepi-Puding-Karamel-Licin-dan-Sedap-1
resepi puding karamel guna blender 
5. Untuk membuat puding telur, cuma perlu masukkan kesemua bahan ke dalam bekas, dah gaduk perlahan-lahan sehingga semua gula larut. Jangan pukul pula adunan ni sampai berbuih dan kembang, nonono. Kita taknak air bubble dalam puding kita.
 resepi puding karamel bakar
6. Make sure tapiskan adunan tadi supaya tiada lump dalam puding kita. So kediannya nanti akan licin dan tidak ada benda asing.
 resepi puding karamel kastard
7. Seterusnya, masukkan adunan telur ini ke dalam loyang berisi karamel gula hangus tadi.
 resepi puding karamel kastard
8. Masak puding dengan menggunakan oven pada suhu 160°C (api atas bawah) selama 1 jam. Jangan lupa letakkan waterbath ya. Kepada yang nak kukus, boleh lah kukus dengan periuk pengukus selama 1 jam dengan api yang sederhana. Jangan guna api terlalu garang, nanti akan menyebabkan puding kita menjadi bersarang dan berlubang-lubang. Lebih cantik kejadian puding bila dimasak dengan suhu yang sekata dan manja Seriuosly, hasilnya totally different dan lebih menarik.
resepi puding karamel kastard
Biasanya resepi puding telur yang Syu jumpa sebelum ni banyak yang bersarang dalam pudingnya.
puding karamel che nom 
Puding karamel azie kitchen
Pinjam Imej dari Google
puding karamel che nom
Bila dihiris, maka terserlahlah penampakan bintat-bintat pada puding telur tu. Puas memikir, macam mana puding karamel yang dihidangkan di hotel-hotel, cantik licin je kejadiannya. Akhirnya dapat jua jawapan nya melalui channel youtube mat saleh. 
puding karamel che nom
Teknik bain-marie atau waterbath

Rupanya suhu yang melampau semasa memasak puding telur tu lah yang menjadikan puding tu berjerawat ahaks. Lepas ni Syu nak try buat puding sekaya (serikaya telur) guna teknik ini juga lah. 

Confirm comey lotey licin kemayo kejadiannya nanti hikhik Sama jugak kan konsep dia dengan teknik menggoreng karipap. Tak boleh overheat. Kalau overheat, karipap akan menjadi bergerutu macam buah katak puru. So itulah pantang larang untuk menghasilkan puding yang licin mulus permukaannya.

Jarang nak boleh jumpa orang yang share resipi di internet ni yang bagi tips rahsia mereka tau. Memang kita kena study sendiri dari perkongsian resepi omputis la kalau nak hasil masakan homemade kita nampak helok bak hidangan hotel. 

So, alang-alang dah tahu tricks dia ni, baik you all cuba resepi ni cepat. Kalau tak jadi, boleh marah or maki je I kat ruangan komen kat bawah ni. I don't mind. So kita boleh perbaiki atau tengok balik mana silapnya. 


So, selamat mencuba ya gojes sekalian!

Resepi puding karamel licin sedap
Jemput makan! 😋

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Adoii.. terliuq... ,😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. kamon kamon buat petang ni..puding caramel untuk berbuka puasa hehe

      Padam
  2. Perghh tergoda tengok hasil kejadian 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini nama nya leche flan kalau kat kampung kita ahaks. Kalau omputih panggil puding gula hangus hihi

      Padam
  3. Helok sangat kejadian puding karamel Annur Syuhadah :) ishh thanks tau bagi idea buat minum petang hihi.. Bahan2 ada tu sedang elok :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Molek benor doh tu syaza. Buleh wak buke pose kekgi

      Padam
  4. Pengalaman buat puding karamel. Memula buat hangus bahagian bawah tu. Kali ke dua buat terlalu manis, kali ke tiga buat terlalu tawar. Heheee seterusnya buat dah sedap tekak merasa. Just nice gitu (:

    Jemput join segmen kami :)
    http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/segmen-bloglist-blogbabyshambles.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..nak capai tahap perfect tu kena banyak melalui trial & error.
      Syu sendiri pun berguru dengan resipi cari kat blog orang. Tapi itu lah. Resipi yg diorang share kadang boleh percaya, kadang jahanam jadinye haha

      Padam
  5. sedapnya kalau makan sejuk2 tu

    BalasPadam
  6. dulu kena beli kalau nak makan puding ni. skrg isteri buat utk iftar jd buleh makan sesuka hati...

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y