Advertisement

Resepi Gulai Daging Terengganu Campur Tulang. Padu Rasanya!

gulai darat kelantan tulang lembu
Gulai daging Terengganu memang terkenal. Sekali cuba memang takkan lupa akan padunya rasa gulai daging Terengganu ni. Nak-nak pula kalau dicampur sekali dengan tulang lembu yang cukup kaya dengan urat-urat keting yang kenyal tu. Pergh!

resepi gulai daging che nom 
Kali ni Mamy Syu nak share resepi gulai daging Terengganu atau gulai kawah style Ayoh mentua. Kalau dekat kampung Pusu 3 ni siapa yang tak kenal Pok Karem. Ayoh memang selalu dijemput memasak untuk kenduri, tapi itu dulu la. Lebih 7 tahun dah Ayoh tak memasak gulai kat rumah orang kahwin, dia pun tak berapa sihat dah.
gulai daging terengganu azie kitchen
Basically, resepi gulai daging Terengganu ni Mamy Syu belajar secara tak formal, hanya dari pemerhatian bila ayoh memasak. Tapi ada beberapa perkara yang Syu adjust sikit, contohnya penggunaan bawang goreng, dan santan kotak.
gulai daging terengganu noxxa 
Dan selalunya ayoh akan beli rempah gulai khas yang timbang kilo tu dari pasar Kedai Payang. Tapi untuk Syu memasak skala kecil, Syu cuma menggunakan rempah gulai Terengganu Cap Bunga Ros je. Sebab kalau beli timbang kilo, risau berkutu dan berkulat je sebab jarang buat gulai. 
gulai daging nasi minyak terengganu
So disebabkan taknak membazir, kita guna je rempah peket kecil-kecil yang Syu beli buat stok di rumah setiap kali ada peluang balik kampung di Terengganu. 
resepi gulai daging azie kitchen 
Cara masak gulai daging ni kalau nak cepat, boleh pindah masuk dalam periuk bertekanan tinggi semasa proses mati air daging. Tapi kalau tak ada periuk tekanan, boleh je renehkan daging dalam periuk dalam 2 ke 3 jam sehingga daging betul-betul empuk.
resepi gulai daging utara 

Resepi Gulai Daging Terengganu Campur Tulang

resepi gulai dagung terengganu

Masa Penyediaan : 3 jam      Kos Penyediaan : RM 65     Saiz Hidangan : 8 orang 

resepi gulai daging simple

Bahan Gulai Daging

  • 1 kg daging
  • 1/2 kg tulang (optional)
  • 3 biji ubi kentang belah 4
  • 3 sudu besar / Sepaket 35gram rempah gulai cap Bunga Rose.[beli di Shopee]
  • 1 sudu besar rempah Masak cap Bunga Ros (nisbah rempah masak mesti 1:3 rempah gulai)
  • (Syu pernah ganti dengan rempah kari daging cap O pun rasa dia tak jauh beza)
  • 2 sudu besar cili boh / 10 tangkai lada kering kisar
  • Bahan untuk kisar halus
    • 5 biji bawang merah besar
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci kunyit hidup
    • sehiris lengkuas
  • 6 Jenis Rempah Menumis (optional, sebab rempah Bunga Ros dah ada semua 6 rempah)
    • 1 batang kayu manis 
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 1 sudu kecil jintan manis
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 2 biji buah pelaga
    • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 senduk bawang Ros goreng garing.
  • 1/2 nisan kerek besar (Syu guna gula kabung perak)
  • 1 sudu kecil pes asam jawa/ 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kotak santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam untuk perasa
resepi gulai daging terengganu

Resepi Gulai Daging Terengganu Campur Tulang. Padu Rasanya!

Cara-cara Penyediaan Gulai Daging Terengganu

  • Perapkan selama 15 minit daging dan tulang bersama rempah masak, 1 sudu gula putih berserta bawang goreng yang diramas hancur. Tujuan masukkan bawang goreng adalah sebagai penaik aroma dan juga sebagai agen pemekat kuah gulai kita nanti. Perap lebih lama lebih bagus.
  • Dalam periuk,  panaskan 2 senduk minyak dan tumis 6 rempah, sampai naik bau. Gunakan minyak yang banyak untuk menumis. Jangan risau, setelah siap memasak nanti boleh kaup buang minyak berlebihan.
  • Kemudian masukkan lada giling, tumis sampai garing. Dah garing baru masukkan bahan kisar, dan daun pandan. Tumis lagi sehingga agak garing dan berubah kekuningan.
  • Seterusnya masukkan gula nisang, rempah masak dan rempah gulai yang telah dibancuh menjadi pes.  Tumis sehingga pecah minyak. Tujuan masukkan gula nisan semasa menumis adalah untuk bantu rempah dan bawang-bebawang cepat garing.
  • Apabila bahan-bahan tumisan dah pecah minyak dan naik bau wangi, masukkan tulang dan daging yang telah diperap bersama rempah tadi.
  • Bila rempah agak sekata dengan daging, masukkan air sehingga tenggelam tulang dan daging. Biarkan menggelegak.
  • Setelah menggelegak, kecilkan sedikit api dan reneh selama 3 jam. Proses ini orang kampung sebut 'mati air' iaitu proses memasak daging dan rempah supaya empuk dan sebati. Sepanjang proses ini perlu sentiasa tambah air jika air telah surut dan kacau-kacau manja supaya rempah tidak hangit di dasar periuk. 

Jika gunakan pressure cooker, set kan periuk kepada 25 minit, dan tuang kuah gulai separas dengan daging. Tak perlu masukkan semua kuah, cukup sekadar separas daging je. kalau terlalu penuh cecair akan membuak dan merosakkan pressure cooker. Kalau nak letak ubi kentang, boleh campur sekali dalam pressure cooker.

  • Setelah daging empuk, boleh transfer semula daging dari pressure cooker masuk ke dalam periuk tadi, dan masukkan asam jawa.

Beza antara gulai daging dan daging kermok adalah santan. Kalau nak amkan gulai mati air atau daging kermok, kalian boleh hidang terus pada peringkat ini. Jika berniat nak makan gulai daging, boleh proceed ke step seterusnya

Rempah kermok / komok homemade
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu kecil rempah kurma
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

  • Masukkan 2 sudu kerisik (nyor gula) dan santan kemudia perasakan dengan garam. Tambah air mengikut citarasa. 

  • Menjadi kebiasaan orang Terengganu, kalau masak gulai daging, mereka akan masukkan 3 atau 4 biji telur rebus yang telah dikupas kulitnya ke dalam gulai. Optional ya. Taknak letak telur rebus pun takpe.
  • Biarkan seketika sehingga semua masak.
  • Siap! Gulai sedap dimakan dengan nasi minyak Terengganu, sambal belacan dan acar timun.


Okeh. Terlanjur Syu dah tersebut pasal Nasi Minyak Terengganu tu, ajom lah Syu share etek resepi mudah untuk membuat nasi minyak style Terengganu.


Resepi Nasi Minyak Terengganu

resepi gulai nasi minyak terengganu

Bila ada kenduri makan gulai di Terengganu, biasanya nasi minyak akan dilawankan dengan gulai tulang dan daging. Menu nasi minyak Terengganu sangat terkenal juga dihari raya. Selain gulai daging, nasi minyak Terengganu juga sesuai dihidang bersama kerutub dan ayam masak merah.


Bahan untuk nasi minyak Terengganu

  • Rempah 4 beradik
  • 1/2 biji bawang besar dimayang
  • 1 inci halia di potong nipis
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan susu sejat
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 6 pot beras basmathi (dibasuh bersih, direndam 30 minit dan ditoskan airnya)
  • 6 pot air (guna pot sama sukat beras tadi)
  • 2 sudu besar mentega (optional marjerin pelangi atau minyak sapi pun boleh)
  • 3 – 4 sudu besar minyak masak
  • 5 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar oren sunquick

Cara penyediaan nasi minyak 


  • Panaskan minyak dan mentega hingga cair dan panas.
  • Tumiskan rempah 4 beradik dan daun pandan hingga wangi.
  • Masukkan bawang besar dan halia. Tumis hingga wangi dan sedikit kekuningan.
  • Masukkan susu cair dan sos tomato. Gaul sekejap baru masukkan air, garam, gula dan oren sunquick.
  • Tunggu mendidih, baru masukkan beras dan kacau sedikit.
  • Pindahkan masuk ke dalam periuk nasik elektrik dan biarkan sehingga masak.
  • Dah masak baru titiskan pewarna kuning. Jangan kacau, tutup dengan tudung periuk dan biarkan sahaja hingga suis periuk nasi terjentat.
  • Karih atau gembur nasi dengan chopstick supaya tidak berkerak di dasar. Guna chopstik untuk elak nasi patah.
  • Siap! Sedia dihidangkan bersama gulai daging Terengganu yang kita masak tadi!

resepi gulai daging terengganu, gulai daging nasi minyak terengganu,

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. tentu sedap
    selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  2. pertama kali tahu Kermok tu, nampak sedap resepi gulai daging tu

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y