Resepi Gulai Daging Terengganu dan Tulang. Padu. Sebijik Rasa Gulai Kawah

Gulai daging Terengganu memang terkenal dan lebih kurang resepi gulai kawah kalau di sebelah utara ni. Seperti dihidang semasa kenduri kendara, padunya rasa gulai daging Terengganu lebih-lebih lagi kalau dicampur dengan tulang lembu yang cukup kaya dengan urat-urat keting yang kenyal tu. Pergh!
resepi gulai daging che nom
Kali ni Mamy Syu nak share resepi gulai daging Terengganu atau gulai kawah style Ayoh mentua. Kalau dekat kampung Pusu 3 ni siapa yang tak kenal Pok Karem. Ayoh memang selalu dijemput memasak untuk kenduri, tapi itu dulu la. Lebih 7 tahun dah Ayoh tak memasak gulai bekwoh kat rumah orang kahwin, dia pun tak berapa sihat dah.
gulai daging terengganu azie kitchen
Basically, resepi gulai daging Terengganu ni Mamy Syu belajar secara tak formal, hanya dari pemerhatian bila Ayoh memasak. Tapi ada beberapa perkara yang Mamy adjust sikit, contohnya penggunaan bawang goreng, dan santan kotak.
gulai daging terengganu noxxa 
Dan selalunya ayoh akan beli rempah gulai khas yang timbang kilo tu dari Pasar Kedai Payang, lebih berbaloi kalau nak masak banyak! Tapi untuk Mamy memasak skala kecil, ala-ala memasak gulai kawah versi masak sendiri di rumah lah lebih kurang, so Mamy cuma menggunakan rempah gulai Terengganu Cap Bunga Ros je. 
gulai nasi minyak 
Sebab kalau beli timbang kilo, risau berkutu dan berkulat je sebab jarang buat gulai. So disebabkan taknak membazir, kita guna je rempah peket kecil-kecil yang Mamy beli buat stok di rumah setiap kali ada peluang balik kampung di Terengganu. [beli Rempah Gulai Cap Bunga Ros di Shopee]
resepi gulai daging azie kitchen 
Cara masak gulai daging ni kalau nak cepat, boleh pindah masuk dalam periuk bertekanan tinggi semasa proses mati air daging. Tapi kalau tak ada periuk tekanan, boleh je renehkan daging dalam periuk dalam 2 ke 3 jam sehingga daging betul-betul empuk.
resepi gulai darat kelantan tulang lembu

Resepi Gulai Daging Terengganu Campur Tulang

resepi gulai nasi minyak terengganu,resepi gulai darat kelantan tulang lembu,resepi gulai daging terengganu, gulai daging nasi minyak terengganu,resepi gulai darat kelantan tulang lembu,resepi gulai daging che nom,noxxa

Masa Penyediaan : 3 jam      Kos Penyediaan : RM 65     Saiz Hidangan : 8 orang 

resepi gulai daging simple style ganu

Bahan Gulai Daging

  • 1 kg daging
  • 1/2 kg tulang (optional)
  • 3 biji ubi kentang belah 4
  • 3 sudu besar / Sepaket 35gram rempah gulai daging cap Bunga Rose.
  • 1 sudu besar rempah Masak cap Bunga Ros (nisbah rempah masak mesti 1:3 rempah gulai)
  • (Mamy pernah ganti dengan rempah kari daging Cap O' pun rasa dia tak jauh beza)
  • 2 sudu besar cili boh / 10 tangkai lada kering kisar
  • Bahan untuk kisar halus
    • 5 biji bawang merah besar
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci kunyit hidup
    • sehiris lengkuas
  • 6 Jenis Rempah Menumis (optional, sebab rempah gulai daging cap Bunga Ros dah ada semua 6 rempah)
    • 1 batang kayu manis 
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 1 SK jintan manis
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 2 biji buah pelaga
    • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 senduk bawang Ros goreng garing.
  • 1/2 nisan kerek besar (Mamy guna gula kabung perak)
  • 1 SK pes asam jawa/ 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kotak santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam untuk perasa
rempah gulai daging terengganu,resepi gulai daging terengganu, gulai daging nasi minyak terengganu,resepi gulai darat kelantan tulang lembu,resepi gulai daging che nom,noxxa

Resepi Gulai Daging Terengganu Campur Tulang. Padu Rasanya!

Cara-cara Penyediaan Gulai Daging Terengganu

  • Perapkan selama 15 minit daging dan tulang bersama rempah masak, 1 sudu gula putih berserta bawang goreng yang diramas hancur. Tujuan masukkan bawang goreng adalah sebagai penaik aroma dan juga sebagai agen pemekat kuah gulai kita nanti. Perap lebih lama lebih bagus.
  • Dalam periuk,  panaskan 2 senduk minyak dan tumis 6 rempah, sampai naik bau. Gunakan minyak yang banyak untuk menumis. Jangan risau, setelah siap memasak nanti boleh kaup buang minyak berlebihan.
  • Kemudian masukkan lada giling, tumis sampai garing. Dah garing baru masukkan bahan kisar, dan daun pandan. Tumis lagi sehingga agak garing dan berubah kekuningan.
  • Seterusnya masukkan gula nisang, rempah masak dan rempah gulai yang telah dibancuh menjadi pes.  Tumis sehingga pecah minyak. Tujuan masukkan gula nisan semasa menumis adalah untuk bantu rempah dan bawang-bebawang cepat garing.
  • Apabila bahan-bahan tumisan dah pecah minyak dan naik bau wangi, masukkan tulang dan daging yang telah diperap bersama rempah tadi.
  • Bila rempah agak sekata dengan daging, masukkan air sehingga tenggelam tulang dan daging. Biarkan menggelegak.
  • Setelah menggelegak, kecilkan sedikit api dan reneh selama 3 jam. Proses ini orang kampung sebut 'mati air' iaitu proses memasak daging dan rempah supaya empuk dan sebati. Sepanjang proses ini perlu sentiasa tambah air jika air telah surut dan kacau-kacau manja supaya rempah tidak hangit di dasar periuk. 

Jika gunakan pressure cooker, set kan periuk kepada 25 minit, dan tuang kuah gulai separas dengan daging. 
resepi gulai daging terengganu,resepi gulai daging noxxa

Power tips : Tak perlu masukkan semua kuah, cukup sekadar separas daging je. kalau terlalu penuh cecair akan membuak dan merosakkan pressure cooker. Kalau nak letak ubi kentang, boleh campur sekali dalam pressure cooker.

  • Setelah daging empuk, boleh transfer semula daging dari pressure cooker masuk ke dalam periuk tadi, dan masukkan asam jawa.

Beza antara gulai daging dan daging kermok adalah santan. Kalau nak makan gulai mati air atau daging kermok, kalian boleh hidang terus pada peringkat ini. Jika berniat nak makan gulai daging, boleh proceed ke step seterusnya

Rempah kermok / komok homemade
  • 2 Sudu Kecil (s/k) serbuk kari
  • 1 s/k rempah kurma
  • 1 s/k serbuk kunyit
  • 1 s/k serbuk ketumbar
  • 1 s/k serbuk jintan putih
  • 1/2 s/k serbuk jintan manis
  • 1/2 s/k serbuk kayu manis
resepi gulai nasi minyak 
  • Masukkan 2 sudu kerisik (nyor gula) dan santan kemudian perasakan dengan garam. Tambah air mengikut citarasa, nak kuah cair ke nak kuah likat. Terpulang selera masing-masing. 

  • Menjadi kebiasaan orang Terengganu, kalau masak gulai daging, mereka akan masukkan 3 atau 4 biji telur rebus yang telah dikupas kulitnya ke dalam gulai. Optional ya. Taknak letak telur rebus pun takpe.
  • Biarkan seketika sehingga semua masak.
  • Siap! Gulai ni turut dipanggil sebagai Gulai Nasi Minyak sebab ianya memang 'gu' sangat kalau dimakan dengan nasi minyak Terengganu, sambal belacan dan acar timun.

Cara Buat Gulai Daging Bekwoh Terengganu

Okeh. Terlanjur Mamy dah tersebut pasal gulai Nasi Minyak tu, ajom lah Mamy share etek resepi mudah untuk membuat nasi minyak style Terengganu.

rempah Gulai Daging Bekwoh Terengganu

Resepi Nasi Minyak Terengganu

resepi gulai nasi minyak terengganu,resepi-gulai-daging-terengganu-gulai-nasi-minyak,resepi gulai daging terengganu, gulai daging nasi minyak terengganu,resepi gulai darat kelantan tulang lembu,resepi gulai daging che nom,noxxa

Bila ada kenduri makan gulai di Terengganu, biasanya nasi minyak akan dilawankan dengan gulai tulang dan daging. Menu nasi minyak sangat terkenal di Terengganu terutamanya dihari raya. Selain gulai daging, nasi minyak Terengganu juga sesuai dihidang bersama kerutub dan ayam masak merah.

rempah gulai cap bunga rose terengganu

Bahan untuk Nasi Minyak Terengganu

  • Rempah 4 beradik
  • 1/2 biji bawang besar dimayang
  • 1 inci halia di potong nipis
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan susu sejat
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 6 pot beras basmathi (dibasuh bersih, direndam 30 minit dan ditoskan airnya)
  • 6 pot air (guna pot sama sukat beras tadi)
  • 2 sudu besar mentega (optional marjerin pelangi atau minyak sapi pun boleh)
  • 3 – 4 sudu besar minyak masak
  • 5 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar oren sunquick
resepi Gulai Daging Bekwoh Terengganu

Cara penyediaan nasi minyak 

Resipi Gulai tulang dan daging Terengganu
  • Panaskan minyak dan mentega hingga cair dan panas.
  • Tumiskan rempah 4 beradik dan daun pandan hingga wangi.
  • Masukkan bawang besar dan halia. Tumis hingga wangi dan sedikit kekuningan.
  • Masukkan susu cair dan sos tomato. Gaul sekejap baru masukkan air, garam, gula dan oren sunquick.
  • Tunggu mendidih, baru masukkan beras dan kacau sedikit.
  • Pindahkan masuk ke dalam periuk nasik elektrik dan biarkan sehingga masak.
  • Dah masak baru titiskan pewarna kuning. Jangan kacau, tutup dengan tudung periuk dan biarkan sahaja hingga suis periuk nasi terjentat.
  • Karih atau gembur nasi dengan chopstick supaya tidak berkerak di dasar. Guna chopstik untuk elak nasi patah.
  • Siap! Sedia dihidangkan bersama gulai yang kita masak tadi!

resepi gulai daging terengganu, gulai nasi minyak ,

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. tentu sedap
    selamat berbuka puasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa dan menyambut ramadan al-mubarak. Gulai daging kawah ni memang popular kalau bulan puasa

      Padam
  2. pertama kali tahu Kermok tu, nampak sedap resepi gulai daging tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi gulai daging ni memang asli dari orang tua-tua Terengganu yang dah biasa masak bekwoh (gulai kawah kenduri)

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y