Paprik Ayam Jadi Menu Paling Kerap Sepanjang Tempoh PKP

Paprik Ayam Jadi Menu Paling Kerap Sepanjang Tempoh PKP | Bukan apa, dalam tempoh berkurung ni, harga ikan kat kawasan Syu ni melambung harganya, sampai ikan kembung biasa pun RM18 sekilo gram. Hey, dah setanding ikan import pulak kann.

Dan market price ayam mentah pula kemain murah gais! Sekilo jatuh RM 5.80 tau! So Syu stok up ayam je sebagai protein source orang dalam rumah ni. Selain protein, ayam jugak mengandungi vitamin!

Biar betul? Bukan ke vitamin ada pada buah dan sayuran je? Ahha, betul! Ayam ada vitamin, seperti Vitamin B dan juga mineral seperti zink. Vitamin B memain peranan dalam proses pembebasan tenaga daripada karbohidrat, dan zink penting untuk pertumbuhan dan cell replenish.

Selain itu, menu paprik ni tak perlu dah masak menu tambahan untuk sayur. Dia dah siap add in sayur dah tu kan? So, masak semata-mata satu lauk je for lunch, but complete, rich dan nutricious y'all. Senang keje mak!

Ok done talk about nutrition! Now jom check out the recipe okay!

So watak utama yang diperlukan untuk resipi ini:
Knorr Kiub Pati Tom Yam or paste tomyam Adabi

Bahan-bahan
250g isi ayam, dihiris kasar
2 ulas bawang putih, dicincang
1 bawang besar, dihiris
2 helai daun limau purut
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 batang serai, ditumbuk
3 cili padi merah, dihiris
½ Kiub Pati Tom Yam/ 1 sudu besar paste tomyam
3 batang kacang panjang, dipotong memajang
6 Jagung muda, dipotong kecil
1 lobak merah, dihiris kasar
2 cawan kubis bunga
1 tomato, dibahagi empat
2 sudu besar minyak masak
¼ cawan air

Cara-cara memasak paprik ayam

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan ayam dan goreng sehingga keemasan. Masukkan sedikit air jika perlu.

3. Masukkan kiub tomyam, sos-sos, serai, daun limau purut, cili padi merah dan air. Masak sehingga mendidih.

4. Masukkan sayur-sayuran dan masak dengan api perlahan selama 2-3 minit. Perasakan dengan gula dan garam. Kacau sebati.

5. Siap! Hidang bersama dengan nasi.

Resipi paprik ayam sedap simple
Walla! Sedap y'all



4 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. Wahhh.. febret ni.. nak cuba la nanti..

    Jemput join segmen ni kalau belum ya. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akak join kalau berkesempatan

      Delete
  2. Lauk feveret mama nanti mama nak buat juga laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple & lengkap..itu yg best ahaks

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.