Tips memilih tudung raya yang ideal dengan gaya hidup seorang ibu

Assalamualaikum ladies! Hari ni Ramadan ke 10 dah ea. Betapa cepatnya masa berlalu kan? Tup tup..dah raya! Alamak tudung raya belum beli lagi. Baju raya takpe lah dalam proses jahit dah kat tailor. Tudung raya lah pulak nak pi cari mana oii. Syu kalau memilih tudung, kriteria pertama haruslah tak perlu nak kena iron teruk-teruk. Yang kedua, mesti senang nak bentuk. Maklumlah bila dah ada anak-anak ni, ibu haruslah ekspress bila bersiap. So kenalah pandai memilih tudung yang sesuai dengan gaya hidup seorang ibu, ye tak? trend tudung terkini 2021 tudung sarung terkini 2021 tudung viral terkini 2021 tudung bawal tudung people trend tudung terkini 2021 tudung bawal terkini 2021 gaya tudung shawl style tudung shawl 

Tips memilih tudung raya yang ideal dengan gaya hidup seorang ibu

Tudung yng paling ideal untuk geng mak-mak ni sebenarnya adalah tudung ekspress yang siap ber awning tu. Tinggal nak sauk je kat kepala kan. Tapi untuk raya, macam tak sesuai lah pulak. Paling-paling selekeh pun mesti nak kenakan shawl ke kan? Tapi leceh pulak sebab shawl teruk nak seterika. Hadoi. So tudung raya macam mana yang sesuai untuk kita mommies ek? Jom tengok kriteria-kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan tudung:


Memilih tudung jenis tak mudah renyuk dan minimum ironing
Ciri paling utama haruslah tahan renyuk. Bila material tudung kita susah nak kedut, dapatlah jimat waktu menggosok. Pulak tu, bila pergi jalan-jalan beraya, katakanlah anak-anak Syu yang lasak bak pahlawan tu bergomol dalam kereta ke, taklah renyuk tudung raya ibu. Kalau pakai tudung jenis "manja" satgi, mulalah berkedut sana sini, kadang ada sampai tertarik benang, berbulu-bulu pulak dah tudung raya ibu kau ni. Belum sempat sampai destinasi, ibu kau dah serabai macam hape lagi dah hahaha.


Wajib juga memilih tudung jenis stand-still dan non-slip (tidak licin)
Lagi sekali, material tudung memainkan peranan penting. Pahlawan-pahlawan mamy Syu yang dua orang tu tak akan boleh duduk dengan tenang selagi ibu nya tak join diorang main. Kalau dalam kereta tu, diorang nak main dan beraksi seolah-olah macam di rumah. Gamat oii. Jadi Syu sebagai ibu kena main peranan sebagai pengadil antara si Naufal dan Nufael. Bhahahaha teruk kan?. So tudung raya ibu haruslah "behave" dan duduk diam-diam. Kalau tak, rupa ibu kau dah tak macam orang la bila sampai rumah orang nanti.


Pilih tudung raya yang fleksibel | Boleh buat pelbagai gaya
Ha macam Syu sendiri, secara peribadi suka sangat dengan tudung bawal. Tapi sebenarnya aku lebih suka pakai style macam shawl. Sebab bila dililit, aku boleh sorokkan lemak bawah dagu aku yang tebal tu haha. So I recommend kalian beli bawal je. Jimat wey kalau korang beli tudung bawal, sebab bila kadang-kadang datang mood nak pakai shawl, korang boleh pakai bawal tu jadi macam shawl. Bila hari-hari biasa, bawal tu boleh dipakai like regular bawal kan? Aku kalau pegi kerja memang pakai bawal je. Takde nak pin banyak-banyak, style kupu-kupu ke puncak kasih ke..takde. Aku pin satu je bawah dagu pastu hujungnya aku simpul, tak pun letak cincin je hahaha..selebet gila kan aku gi kerja.

Pemilihan tudung raya dari kain yang tak panas
Penting jugak untuk memilih tudung yg kainnya bukan jenis yang panas atau terlalu tebal dan tak menyerap peluh. Jap lagi bila kita terpaksa kejar anak-anak yang berlari jauh dari kita, tak ke hangit baunya haha. Eh..ade tau. Selendang yang jenis tak semenggah baunya. Bila pakai je di kepala, kita berpeluh sikit je, dia dah keluar bau macam ikan masin. Hoii..Tak tahan! Biasanya tudung hat bau macam ikan masin ni tudung jenis kain jersey, yang stretchable tu.hahaha dapat bayangkan tak, bila korang lalu kat sebelah orang, orang terus menggosok-gosok hidung lalu bercakap, "Eh, bau ikan masin la..datang dari mana ek?" hahahaa! Alahaii..kalau lah ada tudung dari benang yang wangi kan senang. Ish kalau je laa kan?

Tudung wangi?
Ada! Siapa kata takde? Pernah dengar tudung bawal dengan tagline GOSOK-GOSOK, WANGI? Tipulah tak pernah dengar. Tagline ni dah viral kot kat instagram. Retis-retis belaka yang memakai nya tahu? Tudung bawal Soraya 2017 Parfum Flora & Fauna dah meletops-letops kat IG. Mau tak meletops kau.?! Tudung bawal Soraya Parfum iBAWAL ni first leading brands kat Malaysia yang buat tudung wangi tau! Benda baru, haruslah letops kan. Aku pon dah ada sehelai! Memang wangi dan segar baunya.
tips-memilih-tudung-raya-yang-ideal-dengan-gaya-hidup-seorang-ibu
Kira kompom la iBawaL jadik tudung raya AS tahun ni
Syu pakai pergi kerja hari Khamis minggu lepas. Bos jeling-jeling kot sebab datang kerja tak pakai baju batik. Government kann..hari Khamis kena pakai tema batik. Syu memang tak pakai baju batik. Syu pakai baju plain, kosong tak bercorak langsung. Err tapi kan bos, tudung saya motif batik boss. Terus tersenyum bos Syu tadi, tak jadi nak marah gamaknya hihihi.

Untungg ada bawal Soraya Parfum ni. Lepas ni tak runsing dah setiap kali hari Khamis, pening nak rotate baju kurung batik yang mana lagi dah. Yelah, kita ni pegawai kerajaan gaji banyak mana sangat. Takdan pitih kita nak beli berpasang-pasang baju batik oi. Batik cop Terengganu pun paling kurang RM200 sepasang, apatah lagi kalau batik lukis. Pengsan! So pasni, banyak lah sikit koleksi baju untuk dipakai hari Khamis sebab dah ada tudung bawal corak batik ni. Boleh ngelat pakai tudung batik dengan baju kurung plain jer pergi kerja lepas ni ahahaha

Cakap pasal batik sutera ni, baru Syu teringat. Bau wangi tudung iBawaL ni ada mirip-mirip bau sutera asli. Baunya lembut, tak kuat sangat, tapi bila duk bawah panas matahari, baunya akan keluar, wangii lembut je. Nak kuat lagi, cuba gosok atau gesel-gesel sikit tudung ni dengan jari. Fuhh..sedap bau nya oii. Syu bukan nak mengempen, malah I bukanlah agent atau stokis iBawaL pon. Cuma nak share. Barang baekk kan, kita share la bagi lebih ramai tahu. Harga pun sepadan dengan kualiti, dalam lingkungan RM50++ je sehelai. Mana nak cari tudung klon sutera asli, lengkap sekali pakej bau wangi sekali pada harga yang macam tu kan. Nak-nak pula design motif bunga-bungaan hasil tangan anak-anak Bumiputera kita. Eksklusif oii. Bukan design tangkap muat tau. Design iBawaL semuanya custom designed.

Eh.eh. Dah melarat cerita kesah iBawaL lah pulak haha.. Tapi kan, macam kena je dengan tajuk entri Syu kali ni kan kan? Bincang pasal tips memilih tudung raya katanya. Tetiba terbabas, kona cerita pasal tudung wangi pulak.hahaha ni semua gara-gara duk bercerita pasal jangan pilih tudung busuk berbau ikan masin tadi, terus I recall pasal tudung iBawaL. Papepun, mommies harus ingat. Dalam memilih tudung, terutama buat ibu-ibu macam kita ni, faktor material sangat perlu di titikberatkan. Supaya nanti, tudung hat kita pakai tu bukan sahaja cantik malah selesa juga terletak di atas kepala kita. 

So, dapat sesuatu dari tips-tips ni?
Apalagi, jom lah shoping raya! Selamat bershoping raya uolls! Bubbye.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. hai as....memang best la tudung ni,senang dibentuk dan wangi...memang pilihan yang tepat

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann..tak serupa macam bawal biasa yang senang tertarik benang kan

      Padam
  2. boleh guna tips ni untk beli tudung raya nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye raihanah..minggu akhir puasa dah ni. Boleh dah nak shopping raya

      Padam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y