Kentut vagina : Adakah ia begitu merbahaya seperti yang selalu di momokkan?

Kentut vagina : Adakah ia begitu merbahaya? | Rahim dan vagina merupakan sebahagian besar daripada struktur peranakan wanita. Rahim merupakan aset wanita yang sangat berharga, so kita ni sebagai mak-mak kena la menjaga aset kita sebaiknya, terutama bagi mommies yang berjiwa lasak, kuat berkerja dan bersalin kerap. Ya, memang ada kemungkinan yang kentut vagina merupakan tanda rahim tak sihat, tapi bukan semua kes kentut vagina itu merbahaya. Ikuti pencerahan oleh Doktor panel Medical Mythbusters Malaysia, Dr. Erna Nadia di bawah.

kentut-vagina-adakah-ia-merbahaya

Kita selalu dimomokkan dengan ayat begini:

' Bahaya tau kentut vagina ni, nanti suami lari'
' Kentut vagina ini boleh batalkan solat'
' Habislah kau dah ada kentut vagina, dah tak umph dah la'


Hurm macam macam ayat penjual nak menakutkan wanita wanita kita. Kentut vagina adalah angin yang dibebaskan keluar daripada faraj. Ianya berbunyi seakan kentut dari anus tetapi ianya tidak berbau.

Dua sebab kenapa berlaku kentut vagina:
1. Udara normal yang berada di dalam faraj.
2. Udara yang datang daripada usus. Ini adalah penyakit dan berlaku bila seseorang ada fistula ( bukaan antara usus dan faraj menyebabkan najis dari usus masuk ke faraj). Dan ini tentu tentulah mempunyai bau.

Jika faraj wanita dijangkiti kuman, ianya tidak akan menyebabkan kentut vagina. Perlu diketahui bahawa faraj kita mempunyai ruang dan terisi oleh udara di dalamnya. Faraj adalah elastik dan fleksibel. Ianya boleh mengembang dan mengencup kerana ianya terbentuk daripada otot.

Jadi, kenapa berlakunya kentut vagina?
1. Hubungan seksual ( posisi yang tidak betul)
2. Memasukkan sesuatu ke dalam faraj seperti penis, jari, tampon, douche atau bahan lain.
3. Bersenam
4. Mengandung atau menopause 
5. Pernah melahirkan anak
6. Batuk yang kuat
7. Prosedur kesihatan seperti kolonoskopi atau melakukan pemeriksaan dengan memasukkan speculum.

Bila sesuatu dimasukkan ke dalam faraj, kandungan udara di dalamnya akan dibebaskan keluar. Kalau tidak, tekanan di dalamnya akan meningkat.Jadi, berlakulah kentut vagina. Sama macam bersenam, mengandung, dan apa apa prosedur, ianya mengubah kandungan udara di dalam faraj. Sistem badan sudah dicipta hebat oleh Allah swt, sebab tu udara itu akan dilepaskan.

Jadi, adakah kentut vagina bahaya?
TIDAK! Melainkan jika anda apa penyakit fistula seperti yang disebutkan di atas, perlu lakukan pembedahan. Atau jika anda berasa sakit/ada darah semasa kentut vagina, terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Adakah kentut vagina disebabkan otot rahim yang lemah?
Jika anda sudah pernah melakukan hubungan seksual, pernah melahirkan anak, otot rahim mungkin akan lemah sedikit tapi tidak merbahaya.

Jika anda sudah menopause dan berusia, otot rahim juga akan lemah sedikit. Fikir logik, faraj anda adalah otot. Otot menjadi sedikit lemah dengan meningkatnya usia kita.

Jadi, apa yang perlu diamalkan untuk kuatkan otot rahim?

1.Senaman kegel.
Kemut otot di sekeliling faraj selama 10 saat kemudian rehat 10 saat. Buatlah 10 kali setiap sesi. 1-3 sesi setiap hari.

Apa yang perlu dibuat untuk elakkan kentut vagina?
1. Senaman kegel untuk kuatkan otot.
2. Ubah posisi sewaktu hubungan seksual/ bersenam.
3. Pessary. (Sejenis alat yang dimasukkan ke dalam faraj. Ianya masih boleh menyebabkan udara masuk cuma akan menghalang bunyi sahaja.)

Adakah kentut vagina membatalkan wuduk?
Saya sertakan link . (Rujuk link) Ada kekhilafan tentang isu ini. Jadi, perlu rujuk pakar agama. Tapi tak perlu gusar. Kentut vagina ni bukanlah selalu terjadi pun. Jika anda ragu ragu, terus sahaja ambil wuduk sekali lagi.

Kesimpulannya, kentut vagina adalah NORMAL.
Melainkan jika ada anda penyakit fistula. Anak dara yang tidak pernah melakukan hubungan seksual biasanya tidak akan mengalami kentut vagina. Berjumpalah doktor jika kentut vagina anda sakit atau mengeluarkan bau.

Tidak perlu jamu/perapat/maskers/douche/meruang untuk merawat kentut vagina. Benda ni semualah sebenarnya yang akan mengundang kentut vagina dan jangkitan kuman. Yang penting, jaga kebersihan dengan betul. Bersenam. Jaga pemakanan.


p/s: Sebab tu kalau tidak tahu tanya pada yang ahli bukan pada penjual, tambah Dr Erna di penghujung penulisannya.


So mommies out there, apakah persepsi korang dah berubah sikit lepas membaca penerangan dari doktor tentang kentut vagina ni? Harapan AS, lepas ni tak ada lagi ibu-ibu yang meroyan dan menggila, menghabiskan duit membeli bermacam-macam produk yang tak tentu keberhasilannya. Opah-opah kita dulu, berpantang dengan air rebusan lemuni dan bertungku je. Alhamduliillah sihat, sampai akhir hayat tak de pulak dengar berlaku prolapse atau rahim jatuh. Semua dengan bantuan Allah jua. Peace 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Tq atas pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. u r most welcome mama (^_^)
      sebenarnya sekarang ni ramai sangat yang terjebak dengan scam penjual-penjual jamu.

      Padam
  2. menyesal tak selalu masuh blog kak annur. banyaknya ilmu.
    http://www.annursyuhadah.com/2017/08/kentut-vagina-adakah-ia-begitu-merbahaya.html

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y