Tips penjagaan kulit sensitif bayi dan cara-cara mencegah ruam lampin

Tips penjagaan kulit sensitif bayi dan cara-cara mencegah ruam lampin | Kulit baby memang sangat sensitif terutama sekali kulit kat kawasan bontot diorang. Faktor kulit yang tersangat tender pada baby, bercampur faktor keadaan kulit yang lembap dan panas di dalam lampin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, melecet dan ruam panas. Ruam dan kulit yang melepuh ni jangan kata kat baby, kalau kena kat kita orang dewasa pun, ya ampun, tak selesa yakmat!

Tips penjagaan kulit sensitif bayi dan cara-cara mencegah ruam lampin

Memandangkan baby perlu memakai lampin for quite some time, maka amat penting bagi kita ibu-ibu untuk mengetahui nature kulit bayi kita dan bagaimana cara nak memelihara kulit mereka dari develop diaper rash. Cara terbaik adalah mencegah sebelum ia terjadi. Prevention is better than cure. Gittew!


Pengalaman Annur.

Dik Fael, masa hari pertama kelahirannya, memang cantik sangat kulitnya. Bila dah masuk seminggu, kulit celah kangkakng dia mula menunjukkan tanda-tanda kemerahan. Kat sini memang kesilapan Annur sendiri, sebab bila dia yak-yak, Annur wipe guna wet tissue. Sebetulnya kulit baby tak boleh dikesat! Kita hanya boleh pedap-pedap je pada kawasan punggung dia.

Lepastu, sediakan sebotol air, yang boleh digunakan untuk membilas najis baby yang masih tersisa. Annur recycle je botol mineral, dan Annur tebuk je satu lubang kat penutupnya. Bila perlu, Annur akan pancut je air tu ke montot Dik Fael untuk bilas air-air najis yang tersisa. Ada banyak lagi cara nak menjaga kulit sensitif baby ni sebenarnya. Jom tengok satu persatu.


Langkah-langkah pencegahan ruam lampin

Kerap menyalin lampin

Walaupun sekarang ni syarikat pengeluar lampin pakai buang berlumba-lumba membuktikan keberkesanan lampin diorang dalam menyerap kebasahan up to 12 hours, namun semua itu tak boleh dijadikan "lesen" besar untuk ibu membiarkan baby memakai lampin yang sama sampai berjam-jam lamanya. Seeloknya, salin setiap 2 jam supaya takde peluang untuk kulit bertindak balas terhadap kelembapan dan haba.


Gunakan tisu lembap jenis bebas alkohol

Macam Annur cakap tadi, Annur dah ter "rub" punggung Dik Fael dengan tisu lembap untuk mencuci poo-poo dia. Perbuatan Annur tu menyebabkan kulit dia tetap tercedera dan melepuh, biarpun tisu yang digunakan adalah jenis yang bebas pewangi, bebas alkohol dan paraben. Sebab apa kulit Dik Fael tetap melecet walaupun wet tissue tu memang bebas bahan-bahan tersebut? Yes, betul. Sebab Annur rub montot dia, dan bukannya pedap. So ingat, jangan kesat atau rub kulit baby macam Annur buat tu ye.


Gunakan bebola kapas

Alternatif kepada wet tissue, bebola kapas juga boleh digunakan sebagai tools untuk membersihkan kawasan sulit baby. Annur pun, bila Opahnya Fael suggest supaya bertukar kepada cotton ball, Annur terus konsisten menggunakan cotton ball je untuk bersihkan Dik Fael. Tekstur kapas sememangnya lagi lembut dari wet tissue. So, stok wet tissue yang belambak tu Annur standby je untuk kegunaan mengelap tangan or mulut je bila travel.

Kapas ni bukan sahaja sesuai untuk bersihkan montot je tau. Malah sebelum nak mandikan dia pun, Annur akan rendam beberapa gumpal cotton ball ke dalam air suam dan sedikit sabun, dan cuci siap-siap bawah tengkuk, belakang telinga, celah ketiak dan celah kelangkang dia dengan cotton ball tu. So bila mandi, Annur cuma bilas je kesan sabun tadi, dan syampu rambut dia. So waktu mandi tak kan jadi terlalu lama, sebab dah mandi dah di "atas darat" tadi, kan.


Pastikan kulit bayi sentiasa kering

Bila setiap kali menyalin lampin, jangan tergesa-gesa nak terus pakaikan diorang dengan lampin. Sebaliknya, anginkan seketika kulit di bahagian sulit baby kita tu supaya kembali segar. Bayangkan,hampir setiap masa kulit kat bahagian tu teperap di dalam lampin. Sekali sekala biarkanlah kulit kat situ bernafas.


Gunakan lampin dengan saiz yang sesuai

Baby baru lahir selalunya kita akan kenakan dia dengan lampin saiz newborn. Betul tak? Sebab pada pendapat kita, saiz tu adalah paling sesuai untuk baby baru lahir. Sedangkan penentuan saiz lampin bukanlah berpandukan kepada umurnya, tapi sebenarnya kena mengikut julat berat badan bayi tu sendiri. Andai kata bayi tu lahir dengan berat 4kg, takkan kita masih nak bagi pakai saiz newborn? Dah tentu-tentu lah celah kelangkang dia akan terjerut menjadi genting dan cenderung untuk melecet.


Lindungi kulit bayi dengan krim

Krim yang terbaik untuk bayi adalah krim yang paling mild dan tak mengandungi sebarang additives seperti pewangi dan sebagainya. Sebab kulit sensitif baby ni kita tak tahu, apa aje lah bahan yang boleh jadi trigger kepada iritasi kan? So, beter elak daripada merisikokan kesihatan kulit anka kita.


Sudocrem Nappy Rash Cream terbaik untuk ruam lampin dik Nufael

sudocrem-genuine-reviews
Sudocrem is available at Guardian, Caring, independent pharmacies, selected baby stores nationwide or online shop.
   
Annur setakat ni memang berpuas hati dengan krim Sudocrem je. Sebab formulasinya cuma mengandungi simple zinc oxide sebagai base, yang bertindak sebagai benteng pertahanan kulit terhadap kelembapan.Selain itu, kandungan pure-lanolin yang bersifat water repellent di dalam Sudocrem ni juga turut membantu mengelakkan contact antara kulit dengan lembapan.

Peru Balsam, bahan aktif yang bersifat antibakteria dan anti-kulat yang membantu menggalakkan pemulihan luka-luka kecil, seperti kesan melecet juga turut terkandung di dalam krim Sudocrem. Sebab tu paling lama pun 3 hari je guna, kulit Dik Fael dah kembali normal dan sihat.


Rawatan terhadap ruam lampin

Kalau kita dah cuba langkah-langkah mencegah ruam lampin dengan sebaiknya, namun ruam lampin tetap juga berlaku, jangan lah gusar. Bukan salah ibu mengandung~ ahaks. Kita dah ikhtiar, tapi kalau berlaku juga, maka kita cari lah penyelesaianya. Ye tak? Jangan lah ibu gi duduk kemurungan di bucu katil pulak kan? Sebab gagal nak pelihara kulit baby daripada melecet.

Rawatan ruam lampin perlu dilakukan sekiranya simptom kemerahan dan melecet itu tak berkurang atau makin teruk lebih tiga hari. Kalau korang dah cuba guna krim Sudocrem, tapi dalam 3 hari simptom tak nampak berkurangan, korang minta lah nasihat doktor atau ahli farmasi cepat-cepat. Biasanya untuk kes ruam lampin yang serius, doktor akan membekalkan krim anti-fungal atau krim hidrokortison untuk mengurangkan inflamasi.



Nota: Jangan sesekali menggunakan krim yang mengandungi steroid ke atas bayi korang, tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu!




Happy nursing and nurturing mommies semua!
Bubbye!

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Thank you for the valuable tips. Baby skin is soft and important to choose a good product and maintain hygiene

    BalasPadam
  2. Banyaknya tips..boleh akak share kat org sebelah yg preggy ni ha...well rindunya nak ada baby...

    BalasPadam
  3. Thanks for the tips. A useful tips for all new Mom.

    BalasPadam
  4. kesian tengok baby kalau ada ruam. terima kasih sebab share, boleh buat rujukan kelak :)

    BalasPadam
  5. Wah terima kasih share info. Macam pernah dpt sudo cream ni.

    BalasPadam
  6. krim tu saya ada dapat juga dari hospital. Memang bagus

    BalasPadam
  7. Very useful tips! Walaupun belum kahwin lagi rapi at least aira dapat ilmu sikit2 :)

    BalasPadam
  8. Tips yang baik. Tek pernah tahu pasal penjagaan baby. Tq kongsikan pengalaman.

    BalasPadam
  9. Tips yang terbaik, boleh jadikan panduan bagi ibu-ibu yang alami masalah yang sama. Bagus krim dia ye. Kita sendiri tak sanggup tengok anak-anak sakit.

    BalasPadam
  10. Useful tips..
    I guna herbal blend from shaklee to my kids for their nappy rash

    BalasPadam
  11. Boleh akak cari cream ni utk baby akak. Betul kalau biarkan lampin lama lama bontot baby akan melecet

    BalasPadam
  12. Bagus tips ni untuk yang ada anak-anak kecil. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  13. Untuk bayi memang kena menitikberatkan penggunaan produk yang sesuai. Tips berguna.

    BalasPadam
  14. Betul tu,yang paling penting kebersihan. Kulit bayi ni kan sensitif

    BalasPadam
  15. Dulu anak masa kecil, ada juga terkena ruam lampin... sensitif betul kulit dia...

    BalasPadam
  16. Thanks for the tips, I also.change the diapers more often.

    BalasPadam
  17. betul.

    banyak lagi kena belajq bab bayi nih.

    hoho

    BalasPadam
  18. Terima kasih atas makluman ini.

    Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!

    BalasPadam

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y