Tips Deko Bajet Menjelang Raya | Menjelang Hari Raya Aidilfitri, umat Islam akan mula berpuasa atau dikenali sebagai bulan Ramadan. Selepas sebulan dipenuhi dengan aktiviti ibadah, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dinanti-nantikan di Malaysia menjelma dipenuhi dengan jamuan dan kemeriahan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sebenarnya banyak cara renew dan Mamy Syu nak kongsi hacks untuk memberi nafas baru pada hiasan dalaman rumah kita tanpa keluarkan kos yang besar menjelang raya ni. Dengan hanya bajet sekitar RM50 – RM200 je, rumah dah boleh nampak lain ketika raya!
Yang penting kita kena bijak mencari barangan menarik dan murah. Pastikan tempat nak mencari barang tu jugak kena betul okey?
Okey tanpa berlengah lagi jom tengok satu persatu tips nak deko rumah kita dengan bajet yang ciput.
1. Perbaharui Tekstil
Segarkan semula rupa kediaman anda dengan beberapa kusyen tambahan, langsir atau ambal. Menghias Hari Raya dengan tekstil adalah ringkas, mesra dompet dan penampilan keseluruhan rumah anda boleh dipertingkatkan dengan cara yang menarik. Lapiskan tekstil, bermain dengan tekstur dan warna yang berbeza, dan serlahkan gaya anda dengan Shopee
Klik BELI SINI untuk membeli bidai tingkap dari Shopee, seperti di dalam gambar |
2. Salin Sarung Kusyen Lama Kepada Baru
Pertama sekali, sarung kusyen yang dah biasa hari-hari kita tengok tu, kita kena salin! Serius wey. Dengan tersalinnya sarung kusyen kat ruang tamu yang bosan tu automatik berubah suasana dan memberikan mood berbeza. Feeling ruang tamu baru akan tercipta dengan sendirinya.
Kalau tak tukar langsir pun mata you all tetap akan nampak macam ruang tamu you all tu 'lain'.
Anda Mungkin Meminati Juga : Sarung Sofa Velvet Kemas Dan Tak Mudah Ronyok
Untuk lebih detail, klik GAMBAR |
3. Gantikan Karpet Bercorak Kepada Jenis Moden
Menghias dengan hamparan rug dan karpet ialah cara mudah untuk menjadikan rumah lebih bersifat peribadi dan selesa. Rug boleh menjadi border atau pemisah ruang antara ruang tempat duduk, ruang menonton movie, tempat permainan elektronik, ruang makan, dan ruang tidur.
Siapa sangka karpet pun boleh beli online kan? Itulah salah satu sebabnya aku suka shopping online. Tunggu je courier hantar depan pintu rumah.
Klik gambar untuk beli karpet di Shopee |
Klik dan dapatkan karpet bulu dari Shopee |
4. Beri Nafas Baru
Sekian lama dinding rumah kita dengan warna yang sama, tapi kalau nak cat semula, konfem lah kos tinggi! Setin cat pun dah seratus lebih kot! So apakata kita serlahkan transformasi ruang tamu kita hanya dengan mengubah background dinding utama kita atau omputih panggil featured wall tu?
Sekarang ni dah banyak dan senang je nak dapatkan wallpaper DIY yang suami korang sendiri pun boleh pasangkan.
5. Tambah Cermin Hiasan Dinding
Klik > Cermin Hiasan Dinding < untuk membeli di Shopee |
Dengan keupayaan memantulkan cahaya, cermin hiasan dapat membantu mencipta ilusi optik yang membuatkan ruang tamu kita terasa seolah-olah luas dan lapang. Selain dapat memberikan nafas baru kepada hiasan dalaman rumah sempena raya, hiasan dinding berbentuk cermin juga mampu mengubah mood rumah kita kepada suatu suasana yang lebih lapang dan fresh.
tip ruang tamu kecil tapi cantik
untuk mewujudkan efek lapang, cermin hiasan tu hendaklah di letakkan bersebelahan atau bertentangan dengan jendela atau pintu sliding.
Deko rumah sempit nampak luas
So cermin tu akan memantulkan imej tingkap atau sliding door tersebut lalu secara tak langsung menghasilkan pencahayaan dan efek luas pada ruang tamu kita.
6. Sediakan Juadah dengan Bergaya
Selepas semua kerja keras untuk menghias rumah anda, kini tiba masanya untuk menyediakan dan mempamerkan kemahiran memasak terbaik anda kepada keluarga dan tetamu! Anda boleh menjangkakan untuk menemui banyak makanan tradisional Melayu seperti ketupat, rendang, lontong, kuih raya dan banyak lagi untuk dijamu. Dan pada masa-masa seperti ini, meja makan menjadi tumpuan utama para tetamu.
Untuk membeli new set of dining table, kosnya agak berat nak ditanggung, ye tak? Jadi untuk segera mengubah ruang makan menjadi tampak baru, anda boleh mengenakan waterproof sticker ke atas meja makan anda dan sekelip mata ruang makan nampak baru dan menawan!
Klik sahaja atas gambar ini untuk membeli dari Seller di Shopee |
Anda mungkin boleh menambahkan table runner juga pada meja makan bagi mnaikkan lagi seri, seperti idea dari pemilik rumah di bawah
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
wow.. tahun baru deco rumah pun baru, baru ada mood baru kan...
ReplyDeletesarung kusyen tu memang duk mencari lama dah..hehe
ReplyDeleteakk pun tengah nk mendeko rumah. Nanti boleh curik idea sket dr annur ye heheh
ReplyDeletehttp://www.azlindaalin.com/2017/11/enchanteur-paris-petite-parfum-minyak-wangi-haruman-terkini-tanpa-alkohol.html
Menarik. Kinah pun tengah kumpul tips nak deko rumah sendiri nanti. Moga dipermudahkan semuanya. Lazada ni macam tau-tau je kan. Haa tunggula kita borong nanti
ReplyDeleteoh sofa pun dah ada sarung ye sekarang. Banda baru ni.
ReplyDeleteSyoknya kalau dapat deko2 rumah.. masalahnya duit tabungnya xcukup lagi.. so kena tangguhkan dulu.. hehe..
ReplyDeleteTaknak baca!
ReplyDeleteTaknak baca!
Nanti terpengaruh.
Eh. Macam cantik plak karpet tu kan.
Eh.
Bye.
Akak tahun ni baru cat rumah..plan nak tukar sofa tahun depan..tgh gigih kumpul duit ni...
ReplyDeleteTahun ni baru tukar warna dalam rumah..next year akak plan nak tukar sofa je..tgh gigih kumpul duit ni
ReplyDeleteTahun baru , semuanya baru ..besemangatkan .hehe
ReplyDeleteSaya pun beli sticker dinding online jer tapi memang puas hati. Bagus juga sekarang ni boleh beli semua online duduk rumah fikir idea nak deco macam mana ok thanks sharing..
ReplyDeletealaaa.. kesian nya kena tipu... kalau sy... memang sakit hati juga laa..
ReplyDeleteTahun baru mmg x berani shopping barang rumah, dulukan keperluan anak..huhuhu. Tapi kalau nak beli sikit2 barang tu bolehlah, mcm sarung kusyen ke...:D
ReplyDeleteI like the sofa. Will mark my calendar too to shop for more house decoration.
ReplyDeleteTak perlu nak berbelanja besar untuk deko rumah jadi cantik..kena creative and pandai cari barang yang cantik dengan harga yg berpatutan.
ReplyDeleteThe carpet is so affordable!!! Less than 100 je maybe I should change my current one hehehe
ReplyDeleteOh terlepas pula delay 11.11 nie. Harap nanti 12.12 ade pula
ReplyDeletedeko bajet dan cantik.
ReplyDelete