8 Perkara Anda Harus Tahu TentangKerja Ubah Suai Bilik Mandi | Bilik mandi merupakan bilik di rumah kita yang paling
sedikit kita luangkan masa di dalamnya. Walau bagaimanapun, kepentingan
mempunyai bilik mandi dengan susun atur yang praktikal dan reka bentuk yang
menarik tetap tidak dapat dinafikan.
Jadi, jika anda terasa yang bilik mandi di rumah anda
sekarang terlalu kecil atau suasananya tidak menarik, dapatkan khidmat renovation contractor untuk melakukan
kerja ubah suai dengan segera.
Tetapi, sebelum anda mengupah mana-mana kontraktor untuk
melakukan kerja itu, jom baca dahulu 8 perkara penting yang anda harus tahu
tentang reka bentuk bilik mandi.
1. Jenis lantai
(Sumber: Nu Infinity) |
Kebanyakan reka bentuk bilik mandi untuk rumah di Malaysia
tidak mengasingkan ruang mandi dan ruang tandas. Jadi, lantai bilik mandi
sentiasa berada dalam keadaan basah akibat percikan air dari ruang mandi.
Disebabkan ini, pemilihan bahan untuk lantai bilik mandi adalah amat penting.
Bahan yang paling sesuai adalah jubin tahan basah dengan permukaan yang tidak
licin, manakala lantai jenis kayu adalah pilihan yang paling tidak sesuai untuk
bilik mandi.
2. Sistem pengudaraan
(Sumber: Project 12 Architecture) |
Cara terbaik untuk sistem pengudaraan yang baik untuk bilik
mandi ialah dengan membina tingkap kecil di bilik mandi tersebut. Namun,
terdapat sesetengah pelan rumah yang meletakkan bilik mandi di bahagian tengah
rumah. Jadi, bilik mandi tersebut tidak akan mempunyai tingkap, sama seperti
bilik mandi di kebanyakan bilik hotel. Jika rumah anda seperti ini, pastikan
kontraktor anda memasang kipas khas untuk sistem pengudaraan di bilik mandi
itu.
3. Kedudukan tandas
Mengikut pandangan masyarakat beragama Islam,
sebaik-baiknya, elakkan dari memasang mangkuk tandas menghadap ke arah kiblat,
iaitu arah matahari terbenam. Manakala menurut Feng Shui masyarakat Cina pula,
mangkuk tandas tidak boleh dipasang menghadap ke arah pintu. Dan yang paling
penting, pastikan kedudukan mangkuk tandas tidak menghalang bukaan pintu, dan
anda berasa selesa ketika duduk.
4. Penggunaan cermin
Melalui artikel '15 Modern Bathroom Design Ideas', penulis menyatakan bahawa cermin akan memberikan ilusi sesebuah ruang nampak lebih luas dan memantulkan cahaya. Jadi, selain meletakkan cermin pada dinding berhampiran sinki, anda juga boleh meletakkan cermin besar pada dinding yang kosong. Lebih menarik jika cermin itu mempunyai bingkai yang unik dan mengikut tema hiasan bilik mandi tersebut.
5. Ruang simpanan
(Sumber: Think Cloud Design Lab) |
Untuk rumah yang kompak, setiap ruang haruslah digunakan
dengan praktikal. Jadi, tambah ruang simpanan di dalam bilik mandi untuk
menyimpan tuala bersih, stok bahan mandian dan cucian. Para atau kabinet
tergantung adalah pilihan ruang simpanan yang sesuai untuk dipasang di bilik
mandi. Ini adalah kerana ruang simpanan jenis ini biasanya akan lebih tahan
lama kerana tidak terkena percikan air.
6. Jenis pencahayaan
Ada orang yang gemarkan bilik mandi yang terang dan ada juga
yang gemarkan bilik mandi yang bersuasana romantik. Walau apapun tema kegemaran
anda, pilihlah lampu yang sesuai dengan tema yang anda mahukan. Selain itu,
pastikan lampu yang dipasang itu sesuai untuk digunakan di ruang yang mempunyai
kadar kelembapan yang tinggi.
7. Tema dan warna
photo taken from Happy DIY Home |
Untuk membuatkan bilik mandi anda kelihatan lebih menarik,
tetapkan tema untuknya. Contohnya, jika bilik mandi tersebut adalah untuk si
anak gadis, pilih jubin berwarna merah jambu dan pintu kaca untuk memisahkah
ruang mandi dengan corak bunga atau ikan lumba-lumba. Bagi bilik mandi di bilik
tidur utama pula, gunakan jubin berwarna gelap dan sinki yang berbentuk segi
empat untuk nampak lebih eksklusif dan mewah.
8. Hiasan dan aksesori
(Sumber: goodhousekeeping) |
Jika ruang lain di rumah anda boleh dihias dengan pelbagai
jenis aksesori, mengapa tidak di bilik mandi, bukan? Pokok hiasan plastik dalam
pasu kecil dan lilin wangi adalah antara perhiasan yang murah dan mudah untuk
dicari. Selain itu, bagi bilik mandi yang lebih besar, tambahkan rak untuk
menyimpan stok alat mandian dan tuala yang telah dilipat cantik. Selain
dianggap sebagai aksesori tambahan, rak itu juga mempunyai fungsi yang
praktikal.
Dapatkan Khidmat Rundingan Percuma Untuk
Mengubah Suai Bilik Mandi
Kebiasaannya, projek mengubah suai bilik mandi melibatkan
perkara penting seperti kerja paip, elektrik dan pemasangan jubin. Jadi, saya
nasihatkan anda agar jangan ambil mudah dan pastikan kontraktor yang diupah untuk kerja
ubah suai itu mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk melakukan tugas
tersebut.
Jika anda tidak mempunyai sumber untuk mendapatkan butiran renovation contractor yang boleh dipercayai berhampiran anda, layari saja Recommend.my.
Kongsi maklumat ringkas tentang projek ubah suai tersebut, dan dapatkan khidmat
rundingan serta anggaran sebut harga secara percuma.
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
Thanks for sharing <3 tetiba teringin nak decorate bilik~ hohoh
ReplyDeleteRoh deko-deko menghasut sudah haha
DeleteBanyak jugak ye faktor yg perlu diambil kira sebelum nak renovate toilet ni..ingat main ikut rasa je..
ReplyDeleteyups..kita nak invest duit yang banyak kan untuk renovation.. Mesti amik kira macam-macam sudut secara terperinci
Deleteamboi.. semua nampak cantik-cantik belaka. terima kasih atas tips ni. saya sukakan tandas yang simple dan banyak warna putih kot. hihi
ReplyDeleteAS pun lebih suka yang simple n kontemporari
DeleteSelalu baca tipa deko untuk bilik , ruang tahu .. kali ni deco bilik air ..sapa cakap bilik air tak penting untuk deco kan .
ReplyDeletePentinggggg.tempat berangan tu hahaha
DeleteWoww kalau gini design bilik air memang lama la dalam tu. Hihi menarik artikel ni. Selalu orang share deko bilik, ruang tamu je. Bilik air pun penting juga sebenarnya.
ReplyDeletelike what I see. wish to have toilets like this
ReplyDeletefuhhhh semua nampak cantik :) suka kalau ada yang black n white mcm mboutieq kat perak
ReplyDeletei love ur header so much. oh btw i followed u here. #422
ReplyDeleteTenciu Ray
DeleteCantik semuanya. Kena penuhkan tabung ni utk renovate bilik air. Thanks for the info ya
ReplyDeleteSeronok kalau ada rumah sendiri..boleh renovate ikut kehendak hati kan
DeleteBetul tu..kebanyakan rumah di Malaysia dan dan bilik mandi sekali. Kdg kdg nak deko tandas pun pikir byk kali sebab air terpercik kan
ReplyDeletenad memng tengah fikir nak deko bilik air. tapi tahun depan..tunggu masyuk..hehee
ReplyDeleteToilet mmg hias cntik. sbb nk feeling2 mcm hotel kn. Letak pasu bunga n lilin mnambahkn seri. Suka terang.. kalau gelap ni mcm seram plak.hehe..puas hati dpt hias kn.. xdela malu klu tetamu dtg guna..yg pnting cntik n bersih. Xperlu modal besar pon.. mr diy senang nk dpt.
ReplyDeleteKan..nak-nak pulak cuaca panas macam ni. Mesti nak berlama-lamaan dalam bilik air
Deletelepas ni kalau nak renovate bilik air, boleh refer sini. banyak aspek perlu diambil kira kan
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
sistem pengudaraan tu kenalah tip top... klu tak leceh sikit la.. nak2 hari raya ramai y datang guna tandas...
ReplyDeleteBetul tu..ventilatiin bilik air memang penting. Tapi kebanyakan rumah teres kat malaysia ni selalu letak bilik air di tengah-tengah rumah..huhu
DeleteBaunya tu memang mengganggu, sampi ke ruang tamu.
Best nak buat tiles lelawa tu. Tapi banyak kontraktor charga mahal sangat. At last, buat sendiri aje la :D
ReplyDeleteAS pulak teringin nak letak pebble wash dekat lantai bilik air. Macam kebanyakan RnR tu. Cun sangat kalau pakai pebble wash.
DeleteNice tips...
ReplyDeleteKita pun tgh cari idea utk bilik air rumah baru kita nnt
woah nice cantik gila, bilik air amin utama besar sikit, i dan husband rancang nak buat bath tub dalam tu, tapi temporary I masih tidur lagi bahagian bilik bawah, bilik air memang kecil sikit la, nice info and tips ! thank you
ReplyDeleteSemoga tercapai impian nak pasang bath tub tu dalam masa yg terdekat ni ye..amin
Delete