Tips mengurangkan berat badan dengan sihat selepas bersalin | Nak mengurangkan berat badan dengan sihat selepas bersalin ni besar cabarannya tau! Annur pun tak habis-habis duk berangan nak cepat-cepat kembali ke bentuk badan asal bila dah bersalin nanti. Untungla retis-retis yang boleh turun sampai 10 - 20 kg cuma dalam masa sebulan je lepas bersalin hoii. Diorang kan retis, opkos la dapat sponsorship servis body trimming and contour dari beauty spa mak oii. Orang biasa macam kita ni? Ikhtiar sendiri lah mak!
Tips mengurangkan berat badan dengan sihat selepas bersalin
1. Tetapkan sasaran
Sasaran jangan terlalu tinggi. Menghilangan sejumlah besar berat badan dalam masa yang singkat sebenarnya sangat tak sihat untuk badan dan kebarangkalian berlaku rebound weight gain adalah sangat tinggi. Maksudnya kalau korang turunkan berat badan terlalu mendadak, nanti badan korang akan menambah balik berat badan di kemudiannya, malah kadang tu 2x ganda dari jumlah berat badan yang korang struggled hilangkan dulu. Nak gitu?
So secara sihat, korang boleh mulakan dengan sasarkan target 500gram dalam seminggu. At least dalam sebulan korang dah hilangkan 2kg! Dan kalau konsisten, korang akan hilang 24kg setahun tau. Maknanya, bila anak dah umur setahun nanti, badan korang dah macam anak dara balik lah! So, jangan gelojoh dalam berdiet. Korang mesti taknak berat badan korang naik turun macam yo-yo kan?
2. Jaga pemakanan
Peraturan pertama, jangan skip makan! Makan ikut waktu, 6 kali sehari. Macam rutin makan masa duduk kat hostel dulu-dulu kann. Bukan makan banyak sekali harung je. Tapi makan makanan yang seimbang. Pilih makanan yang rendah kalori macam roti gandum dan bijirin. Dapatkan zat protein dari ikan dan ayam yang dibuang kulit. Kalsium pun penting sebab masa mengandung dulu dah banyak kita derma kalsium kepada anak kan. Menyusukan anak pun banyak "potong" kalsium jugak. Air kosong mesti kena selalu cukup, 3L sehari. Ok?
3. Senaman mudah
Bila sebut je bersenam, mesti ibu bayangkan squatting, jogging dan larian kan? Eh, ingat sama..awak baru melahirkan anak. Setahun pun tak sampai lagi. Jangan gigih-gigih sangat buat senaman yang berat-berat. Mulakan dengan berjalan. Tak mampu berjalan 10 minit? Cuba 5 minit je. Tak pun korang cuba buat senaman mudah macam dalam tips senaman mudah buat ibu-ibu beranak kecil ni. Lepasni mungkin persepsi korang terhadap senaman berubah 360° dan automatik bertukar menjadi hobi yang fun!
4. Sentiasa positif tapi realistik
Mengandung dan melahirkan anak memang akan mengubah hidup kita. Itulah pengorbanan seorang isteri dalam memanjangkan susur keturunan suami kita. Pertamanya, punggung ibu-ibu yang pernah melahirkan anak ni akan nampak lebih lebar. Dada akan semakin membesar, nak-nak pulak kalau ibu yang jenis menyusukan anak sampai 2 tahun tu. So, ibu-ibu! Kita sama jer semua. Jangan expect tinggi sangat nak kembali langsing macam anak dara, itu tak mungkin okey? Kalau korang fikir lelebih kang, korang jugak yang akan stress nanti. Yang penting, SIHAT! Titik.
Ok, last but not least, banyak-banyak lah bersabar dengan berat badan ibu tu ye. Stay focus je pada sasaran harian korang. Kalau tetiba rasa down, just talk to your husband okey? Mungkin dapat membantu dari segi sokongan moral, ataupun dapat "suntikan modal" mungkin? Mana tahu kot boleh usung bawak balik treadmill Ogawa satu. ahaks!
5 Ulasan
hee~ kadang2 tak sempat bersenam wak.. ke hulu ke hilir dalam rumah pun dah kira bersenam.. kan ?
BalasPadamMenjadi la kalau kita tetapkan sasaran tu. walaupun sikit tapi bangga bila berat dah turun. Nanti nak cuba tips yang lain pulak.
BalasPadambagus juga tips ni.. wish my wife learnt about this earlier :)
BalasPadamNice tips thanks share ye AS...kalau tak bersalin pun bleh guna tips ni kan...
BalasPadamRerakan saya banyak pakai corset Premium Beautiful untuk membantu mempercepatkan pengecutan rahim dan penurunan berat badan. Malah ada yang jadi lebih kurus daripada sebelum kahwin
BalasPadamAnything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y