10 Resepi Puding Paling Top 2024

Māmy Syu
1


1. Puding Roti Marble

puding roti marble


Bahan-Bahan:
6 cawan air
1 tin susu sejat
1 tin susu pekat
2 sb tepung kastard (optional)
2 pek serbuk agar-agar tanpa warna (20gram)
6 keping roti
1 biji telur
secubit garam
2 sb butter

Cara-cara:
Potong roti kecil-kecil, dan blend bersama 1 biji telur, 1 tin susu sejat dan tepung kastard.
Dalam periuk, tanpa dinyalakan api, masukkan gula, serbuk agar-agar dan 6 cawan air.
Kacau sehingga tiada serbuk agar-agar melekat di dasar periuk.
Nyalakan api sederhana, kacau hingga mendidih. pastikan agar-agar betul-betul masak dan mendidih.
Masukkan adunan roti tadi, bersama butter dan garam.
Kacau lagi hingga mendidih semula.
Bila dah mendidih, tutup api, dan kacau hingga hilang wap.
Tuang ke dalam 3 bekas berbza, dan warnakan setiap satu dengan warna yang berbeza.
Tuangkan ke dalam loyang yang dibasahkan, secara berselang seli dengan warna berbeza.
Biarkan sejuk ke suhu bilik, dan masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.

2. Puding Laici


puding laici

Bahan Lapisan 1
800 ml air
200 ml air laici
6 sb gula
1 pek serbuk agar-agar (10 gram)
Buah laici sebiji-sebiji

Cara-cara
Tuang kesemua isi serbuk agar-agar ke dalam air, dan kacau.
Nyalakan api, masukkan air laici dan gula.
Kacau hingga mendidih, padam api.
Susun buah laici, tuang agar-agar sehingga tenggelam, sejukkan.

Bahan Lapisan 2
100 ml air 
1 tin susu sejat (400 ml)
4 sb gula
1 sb esen vanila (optional)
1/2 pek agar-agar serbuk (5gram)

Cara-cara
Kacau serbuk agar-agar dalam air hingga tidak berketul.
Nyalakan api, masukkan gula, susu sejat dan esen vanila.
Kacau hingga mendidih dan semua agar-agar larut.
Tuang ke atas lapisan agar-agar jernih tadi, sejukkan.

3. Puding Roti Sos Kastard Versi Kurang Manis

puding roti bakar

Bahan-bahan
12 keping roti
1 tin susu sejat atau 400ml full cream milk
100 ml air
3 sb gula 
3 biji telur
sedikit esen vanilla (optional)
sedikit serbuk cinnamon atau serbuk buah keras (optional)
3 sudu besar butter (lebih kurang 40gram)
Kismis hitam

Cara-cara
Adun susu sejat, butter cair, gula, telur, esen vanila dan serbuk cinnamon dalam bekas besar, whisk manja jangan sampai berbuih.
Masukkan kismis, dan koyakkan roti ke dalam bekas tadi, kacau dan biarkan seketika.

Gris loyang 8" dengan sedikit butter. Tuang adunan, dan taburkan kismis lagi.
Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit atau sehingga masak.
Sejukkan pada suhu bilik, dan masukkan ke dalam peti sejuk jika suka sejuk.

Sos Kastard

Bahan-bahan
1 tin susu sejat
1 cawan air 
3 sudu besar tepung kastad 
3 sudu besar gula
secubit garam

Cara-cara
Kacau semua bahan ke dalam periuk dengan api kecil hingga agak pekat. 
Sia! Bolehlah curahkan sos ke atas puding roti sebelum makan.

4. Puding Mangga Susu



Bahan² Puding Mangga
1 paket serbuk agar² (10gm)
4 cwn air
1 cwn gula
1 tin susu cair
2 cwn isi mangga yang siap diblend

Caranya
~satukan serbuk agar², gula dan air
~masak sehingga larut
~satukan mangga yang diblend tadi dengn susu.. sebatikan
~tuang ke dalam periuk agar² dan kacau sebati
~didihkan dgn api perlahan
~tutup api kemudian tapis
~biarkan wap panasnya hilang
~tuang ke dalam acuan/loyang
~sejukkan/ketepikan

Bahan Puding Susu
2 sk serbuk agar²
2 cwn susu UHT
1/4 cwn gula pasir
1/2 sdt esen vanilla
1/2 cwn mangga dipotong dadu

Caranya
~satukan ke semua bahan kecuali mangga
~dengan api sederhana masak sehingga mendidih
~biarkan wap panasnya hilang
~masukkan mangga yg dipotong dadu
~tuang ke atas lapisan puding mangga
(cucuk² sedikit permukaan puding mangga dengan garfu sebelum tuang puding susu)
~sejukkan

5. Jelly Buah Campur

 jelly buah campur


6. Puding Karamel Bakar

Bahan-bahan
6 biji telur gred A
4 sudu gula
1 tin susu sejat (390gm)
1½ sudu teh serbuk / esen vanila
½ sudu teh garam

Karamel
5 sudu gula
2 sudu air panas

Cara-cara
1. Pertama sekali, kena sediakan lapisan karamel terlebih dahulu. Dengan menggunakan api yang kecil, cairkan 5 sudu gula bersama sesudu air panas dalam loyang. Hari ni Syu menggunakan loyang bulat bersaiz 9". Kalau you all suka puding yang tebal dan tinggi, Syu cadangkan you all guna loyang bersaiz 6"
2. Biarkan gula tadi berubah menjadi warna perang keemasan. Bila gula dah start mencair, kena kacau-kacau sikit sirap gula tu supaya dia perang sekata dan tak hangit sebelah.
3. Tutup api setelah warna perang yang diingi itu sudah terhasil. Lenggang-lenggang kan sedikit loyang tadi supaya karamel tadi sekata di dasar loyang.
4. Simpan tepi karamel ni, dan biarkan ia mengeras pada suhu bilik. Sementara itu, boleh mula preheat oven kita kepada suhu 160°C-170°C dan mulakan langkah untuk membuat puding pula.
5. Untuk membuat puding telur, cuma perlu masukkan kesemua bahan ke dalam bekas, dah gaduk perlahan-lahan sehingga semua gula larut. Jangan pukul pula adunan ni sampai berbuih dan kembang, nonono. Kita taknak air bubble dalam puding kita.
6. Make sure tapiskan adunan tadi supaya tiada lump dalam puding kita. So kediannya nanti akan licin dan tidak ada benda asing.
7. Seterusnya, masukkan adunan telur ini ke dalam loyang berisi karamel gula hangus tadi.
8. Masak puding dengan menggunakan oven pada suhu 160°C (api atas bawah) selama 1 jam. Jangan lupa letakkan waterbath ya. Kepada yang nak kukus, boleh lah kukus dengan periuk pengukus selama 1 jam dengan api yang sederhana. 
9. Jangan guna api terlalu garang, nanti akan menyebabkan puding kita menjadi bersarang dan berlubang-lubang. Lebih cantik kejadian puding bila dimasak dengan suhu yang sekata dan manja Seriuosly, hasilnya totally different dan lebih menarik.


7. Puding Marble

Puding-Marble-coklat

Bahan-bahan:
37gm agar-agar tali
6 gelas air (1300ml)
2 ½ gelas gula pasir (470gm)
4 biji telur
½ cawan tepung jagung
1 tin susu cair (IDEAL)
2 sudu besar mentega
½ cawan serbuk koko (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu teh esen vanila

Cara penyediaan:

Masak agar-agar dengan air.
Pukul telur sehingga kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur, pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan susu cair dan esen vanila, pukul sebati
Apabila agar-agar tadi sudah hancur masukkan gula. Bila hancur tapis kan ke dalam periuk. Kemudian jerang balik ke atas dapur sehingga mendidih. Masukkan adunan telur tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dalam agar-agar)
Kemudian kacau sehingga mendidih dua tiga kali. Masukkan marjerin dan kacau lagi.
Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. Satu bahagian lagi warna asal vanilla.
Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.
Boleh disimpan dalam peti sejuk.


8. Puding Lumut Gula Merah

agar-agar lumut gula merah

Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
4 cawan air
10g serbuk agar-agar
1 biji telur
1 kotak santan (200ml)
½ sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan:
Masukkan gula merah, air dan serbuk agar-agar ke dalam kuali.
Kacau sehingga gula dan agar-agar larut.
Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
Dalam mangkuk lain, kocakkan telur dan masuk ke dalam larutan santan tadi.
Buka api sederhana, kacaukan perlahan sebelum masukkan esen vanilla.
Untuk dapatkan lumut yang tebal, tak perlu kacau selalu. Kalau nak lumut nipis, boleh kacau selalu.
Biarkan agar-agar mendidih sekitar 2-3 minit untuk membentuk lumut.
Padamkan api dan kacau sekejap sebelum masukkan acuan ke dalam loyang yang dah dibasahkan dengan air supaya agar-agar tak melekat pada dinding loyang.
Biarkan sejuk seketika sebelum masuk ke dalam peti sejuk.
Nampak je macam banyak step, tapi sebenarnya semua mudah-mudah.


9. Puding Lumut Jagung

puding lumut jagung


Bahan-bahan:

Puding Lumut
- 1 pek serbuk agar agar
- 100 gr gula pasir
- ¼ sdt garam
- 650 ml santan (2 kotak santan 200ml + 1 cawan air)
- 100 ml jus pandan (10 lembar daun pandan + 100 ml air, blend , tapis)
- 1 biji telur
- ½ sdt vanila

Puding Jagung:
- 4 tongkol jagung (atau bes perisa jagung) 
- 2 pek serbuk agar agar
- 200 gram gula pasir
- 1500 ml santan
- ¼ sdt garam
- 1 sdt vanila

Cara-cara:
Bancuh serbuk agar-agar berasama santan dalam sebuah periuk tanpa dinyalakan api.
Masukkan gula, garam dan air jus pandan, esen vanila dan telur yang dipukul.
Kacau semua sebati dan nyalakan api sederhana. Biarkan sehingga mendidih dan naik lumut.
Bila dah mendidih, padam api dan kacau perlahan-lahan dengan whisk.
Tuang ke dalam loyang yang dibasahkan dengan air, sejukkan.

Sementara menunggu agar-agar lumut mengeras, kita sediakan puding jagung.

Kisar 4 tongkol jagung (isi jagung sahaja) bersama 500ml santan.
Tapis untuk asingkan hampasnya.
Dalam periuk lain, letak 2 pek serbuk agar-agar (20gram), garam, gula dan esen vanila.
Masukkan 1 liter santan, dan air jagung tadi dan kacau. Kalau tiada jagung, bancuh 3 sb bes minuman perisa jagung bersama 500ml santan.
Nyalakan api, dan biarkan hingga mendidih. Bila mendidih, kacau sehingga pekat.


10. Puding Mangga Jelly

puding mangga jelly


Bahan-bahan:

Bahan A
1 pek serbuk agar-agar Mangga
6 sb gula  
800 ml air
Pewarna Oren Secukupnya

Bahan B
1 sachet Agar-agar Plain 
6 sb gula pasir
1 tin susu pekat manis
1000 ml air 

Cara-cara:
Dalam periuk yang tidak dinyalakan api, campurkan semua bahan A dan kacau sampai sebati.
Nyalakan api, biarkan sampai betul-betul mendidih. padamkan api, dan kacau hingga semua wap menghilang.
Tuang kedalam loyang 4 segi yang dah dibasahi air, supaya agar-agar tidak melekat.
Sejukkan dan potong dadu kecil-kecil, ketepikan.

Seterusnya, dalam periuk yang belum dinyalakan api, masukkan gula, sepeket agar-agar dan air.
Kacau hingga sebati dan nyalakan api. Biarkan ia mendidih betul-betul mendidih, kemudian barulah masukkan susu pekat.
Kacau sehingga ia mendidih lagi sekali.
Padamkan api, dan kacau hingga semua wap panas menghilang. Kena turunkan suhu daripada 100 dulu, baru boleh masukkan jelly mangga yang dipotong dadu sebentar tadi.
Bila adunan puding susu dah turun dari suhu didih, boleh campurkan jelly berperisa mangga tadi ke dalam periuk.
Kacau sikit, kemudian boleh ceduk dengan senduk ke dalam bekas jelly kecil-kecil.
Biarkan sejuk ke suhu bilik, dan masukkan ke dalam chiller.

Selamat mencuba! 

Tips Sukatan Agar-agar dan Air yang Tak Akan Silap

sukatan agar agar dan air
Nisbah agar-agar kepada air adalah 1 gram : 100ml cecair. 

Cecair tu bermaksud total liquid yang digunakan termasuklah santan ke, susu ke, adunan yang dikisar ke. Gula dikecualikan, sebab ia bukan liqud. Tapi kalau nak buat puding yang dicampur dengan tepung kastard atau roti yang dikisar, boleh kurangkan 3gram dari jumlah agar-agar asal. 




Post a Comment

1 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!