Bila sebut je nasi dagang, past aku teringatkan nasi dagang Balai Aji Ahmad, kat Merbau Patah. Sedap sangat bagi tekak aku berbanding yang viral, Nasi dagang Atas Tol tu. Bukan nak kondem, tapi ikut selera tekak aku, aku lebih suka nasi dagang yang kat Merbau Patah, dia sedap dan tak rasa muak. Entah lah, dok tahu nok royak lagumane.haha doh kite wehi hok tu, maka hok tu la haha.
resepi nasi dagang terengganu
Jadi hari ni jom kita buat sendiri nasi dagang versi tak muak, ala-ala nasi dagang Merbau Patah. Ajom!
resepi nasi dagang terengganu
Resepi Gulai Ikan Nasi Dagang
Untuk 10 orang makan (masa penyediaan : 45 minit)
resepi nasi dagang terengganu
Bahan-bahan:
2kg ikan tongkol hitam / Ikan aye (direbus bersama garam dan asam keping)
3 biji kelapa (perahan santan) atau 1kg santan atau 1½ liter.
20 biji cili kering dikisar (atau 4 sb cili giling)
8 keping asam gelugor
16 biji cili api
Garam
resepi nasi dagang terengganu
Bahan kisar
15 biji bawang merah ros atau 6 biji bawang besar
2 hiris lengkuas (agak-agak)
2 inci kunyit hidup
resepi nasi dagang terengganu
resepi nasi dagang terengganu
Cara rebus ikan tongkol agar pejal dan tidak hanyir.
Bersihkan ikan tongkol, dan potong kepada 5-6 bahagian bergantung kepada kesesuaian saiz ikan.
Susun ikan dalam periuk lebar, agar semua ikan tersusun sekata di dasar periuk, bukan bertindih-tindih ye.
Masukkan air setakat 2/3 paras ikan je. Maksudnya ikan tak tenggelam habis.
Masukkan 3 sudu kecil garam kasar dan 5 keping asam gelugor.
Tutup periuk dan rebus dalam 15 minit.
Nota: Lebih sedap jika disediakan malam sebelum nak buat gulai. Ikan
yang dibiarkan semalaman lebih sedap dan penuh dengan rasa.
resepi nasi dagang terengganu
resepi nasi dagang terengganu
Cara-cara Memasak Gulai Nasi Dagang Cara 1:
Panaskan santan bersama 1 cawan air dan asam keping, kemudian masukkan bahan kisar.
Masukkan Rempah Gulai Nasi Dagang Cap Wau Tradisi.
Masukkan 2 sudu kerisik (nyor gula) dan santan kemudian perasakan dengan garam.
Masak sehingga pecah minyak kemudian, tambah air mengikut citarasa.
Seterusnya masukkan ikan, gula kerek, belacan dan garam secukupnya.
Masukkan cili padi sebiji-sebiji, belimbing buluh, reneh seketika hingga mendidih.
Menjadi kebiasaan mak mentua aku kalau dia masak gulai , dia akan masukkan 3 atau 4 biji telur rebus yang telah dikupas kulitnya ke dalam gulai. Optional ya. Taknak letak telur rebus pun takpe.
Siap dihidangkan bersama nasi dagang.
resepi nasi dagang terengganu
Cara-cara Memasak Gulai Nasi Dagang Cara 2:
Dalam periuk lain, panaskan 2 senduk minyak dan tumis bahan kisar, dan cili giling bersama gula kerek yang dipatah-patahkan.
Masukkan rempah gulai yang telah dibancuh dengan air menjadi pes, kacau dengan laju hingga pecah minyak.
Masukkan santan, dan kacau lagi hingga santan sedikit masak.
Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. Jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam terlebih.
Masukkan, kerisik, belacan, biar seketika.
Perasakan dengan garam mengikut kesesuaian selera.
Reneh hingga mendidih, masukkan telur rebus dan cili padi sebiji-sebiji, dan masak lagi 10 minit.
Siap dimakan bersama nasi dagang.
resepi nasi dagang terengganu
Resepi Nasi Dagang Style Terengganu
Untuk Resepi Nasi Dagang Style Terengganu, jom skrol ke bawah lagi artikel ini, dan tengok step by step cara-cara menyediakan nasi dagang Terengganu style. Kenapa mesti nak sebut Terengganu style ye? resepi nasi dagang terengganu
resepi nasi dagang terengganu
Ofkos kena sebut sebab berbeza yer, nasi dagang Kelate dan nasi dagang Terengganu. Siapa yang biasa makan, akan tahu kelainannya. Ok jangan buang masa, jom kita buat nasi dagang Terengganu.
resepi nasi dagang terengganu
Bahan-bahan:
4 cawan beras jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1½ cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
½ inci halia
Cara Memasak:
Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas agak besar dan arung dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap, gaul. Masukkan lagi santan sehingga meresap. Elok habiskan semua santan cair. Biar seketika.
Kukus semula selama 20 minit lagi.
Sementara itu rincih halus bawang dan halia nipis-nipis. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga halba.
Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat sehingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembut dan berkilat.
Kukus lagi 10 minit.
Boleh dihidangkan.
Cara Membuat Acar Timun:
Timun*
Carrot*
Cili merah dan bawang*
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.
Cara penyediaan:
Bahan (*) dihiris memanjang.
Gaul sebati dan hidang bersama nasi dagang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sek mung!
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y