39 Port Makan Sedap Terengganu 2023

Māmy Syu
2

kedai makan viral kuala terengganu 
Sedang mencari tempat makan best di Kuala Terengganu?
kedai colek kuala terengganu 
Entri kali ni Mamy tak mboh cakak banyok, tak boh sembang panjang-panjang. Ambe cume nok campok senarai 39 tempat makan best Terengganu je, pahtu sek mung Waze je la lokasi tempat die neh?! 
tempat makan malam best di kuala terengganu

Senarai Pantas 39 Port Makan Sedap Terengganu

tempat-makan-best-di-kuala-terengganu,Tempat makan yang best dan sedap,
Port Makan Sedap Terengganu 2022
 terengganu malaysia airlines ticket
Makan Pagi di Kuala Terengganu

Makan Tengah hari
  • 11. Gulai Kawah Dapur Kayu Ayoh De Wakaf Beruas
  • 12. Singgang Budu
  • 13. Nasi Kukus Tonggek 
  • 14. Nasi Ayam Hainan (Food Court Pantai Batu Burok)
  • 15. Kak Yah Ikan Bakar
  • 16. Oliva Cafe
  • 17. Medan Ikan Bakar Bawah Jambatan
  • 18. Gossip Kitchen

 Warung Minum Petang
  • 19. Cairo Shawarma Kg laut depan masjid lama 3-7pm
  • 20. Warung Pok Nong (Ikan Celup Tepung-ICT)
  • 21. The Beach Box Coffee & Pasta
  • 22. Dynar Lekor Buluh Gading
  • 23. HR Mee Champa Kuala Terengganu
  • 24. Kedai Kuih Gong Kapas
  • 25. Qawa Coffee
  • 26. Star Anise Cafe

Makan Malam
  •  27. NR Seafood Village
  •  28. Nasi Lemak RM2 Batu Enam 5pm sampai habis style tranung ada kangkung
  •  29. Zie’s Corner (western)
  •  30. Pokoks Cafe Bukit Bayas 4pm 12am
  •  31. Hazlan Bistro
  •  32. Martion Steak
  •  33. Kambing Bakar Guangzhou
  •  34. Uptown Kontena Dapo Pata 5 pm 1 am (megi buluh
  •  35. D’Ganu Cafe Steamboat
  •  36. Rahsia Kitchen
  •  37. The Syrup VS Soda
  •  38. Simpang Corner
  •  39. Air Buah Gelas Besar Terengganu
 
Di atas nim, Mamy letok siak-siak 39 list sekaligus untuk memudohkan awok-awok mung cari sekali lalu. Tapi senarai tempat makan ni ambe dok susung ikut ranking neh. Tapi ambe petik secara rambang hok mane yang terlintas dulu di pikirang ambe.
kedai ikan bakar kuala terengganu 
Jadi mana kedai makan hok berkenan di hati, mung klik je kat nama restoran tu,nanti tubek la details die. Okeh setakat ni bereh?
citarasa anok tranung

Nasi Dagang Merbau Patah Surau Hj Mat Kuala Terengganu


Nasi Dagang Merbau Patah

Lokasi :  E-167, Kampung Merbau Patah, 21070 Kuala Terengganu
Jam operasi : 8am - 12pm (sabtu tutup)
tempat makan di pantai batu burok
So far bagi tekak Syu, nasi dagang kat sini adalah yang paling sedap! Kuih muih pun banyak. Syu suka konsep kuih yang dibungkus siap-siap dalam pembungkus plastik, sangat hygiene. Tidak lah tercemar dengan habuk dari udara dan tangan-tangan orang lain walaupun ada disediakan penyepit. Tak kira kalau nak dine-in sekalipun, tetap kena ambil sebungkus juga. Tak boleh pilih ala-carte.
restoran mangkuk kuala terengganu
Kalau dilihat dari luaran kedai ini memang nampak sederhana dan ala-ala kedai kampung gitu saja, tapi dengan kekuatan resepi nasi dagang turun temurun menjadikan warung ini bertahan dan masih tinggi permintaannya. Selain sedap, harganya juga sangat berpaptutan berbanding harga nasi dagang di kedai lain sekitar sini.

Terletak berhadapan dengan Surau Haji Ahmad (surau Haji Mat), anda boleh tumpang mendengarkan kuliah pagi dari surau tersebut. kalau di Kelantan, alunan bacaan ayat quran dari masjid Muhammadi berkumandang, menemani waktu makan pagi di sana. Tapi di sini, kita dapat dengar kuliah agama di pagi hari sambil bersarapan. Momen sebegini benar-benar membuatkan mamy selalu teringat-ingat akan Terengganu dan Kelantan. Sebab di Perak, kami tak dapat suasana begini..iskk

Disyorkan : Tak Faham Bahasa Terengganu? Sini Saya Translate Loghat Terengganu

Coffee Garden Gong Datok


Coffee Garden Gong Datok Batu Rakit

Lokasi : Lot 22785 Depan Petronas Gong Datok, 21030, Terengganu
Jam operasi: 8am - 10pm
kedai makan kuala nerus
Terletak di Gong Datok mukim Batu Rakit, betul-betul di pagar belakang UNISZA. Bagi yang mengidamkan suasana sarapan pagi yang tenang dan cozy, bolehlah datang ke sini untuk menikmati nasi lemak pandan lauk rendang yang menjadi signature cafe ini. 
kedai makan gong badak
Tapi kalau awak tanya mamy Syu, yang paling best di Coffee Garden ini dalah minuman Mocha Frappe dia. Fuh sedap sangat! Good job dear barista Coffe Garden! Digandingkan pula dengan Korean Spicy Chicken dia. Pergh! Eh spageti Aglio Olio pun best kat sini. Reommended.

Oh ya, di Coffee garden ini bukan hanya menyajikan makanan barat, set nasi makan tengahari pun ada ya. Boleh pilih varisai et nasi dari set Tom Yum Gong, atau Seafoods, or mungkin anda sukakan Chicken Buttermilk Salted Egg. Boleh lah cuba.


Nasi Minyak Atas Gong, Kuala Terengganu


Nasi Minyak Atas Gong

Lokasi : No.1 kg Pdg Negara. Jln Sultan Mahmud. Kuala Ibai Kuala Terengganu
Jam operasi: 7.00 am - 10 pm 

kalau ke sini jangan lupa signature beverage dia iaitu Teh Tsunami. Sedap sangat and recommended. Bukan senang nak cari teh tarik padu seperti ini. Kalau nak tahu padu tak padu Teh Tsunami diorang, anda kena lah datang sendiri mencubanya dengan tekak sendiri.
Ini Port Makan Sedap Di Terenggau
Sesuai dengan tagline 'Hari-hari boleh makan nasi kenduri', sebab setibanya mamy ke sini, terus dapat sampai 'kenduri vibes' dia tu. Denagn disapa bau nasi minyak dan gulai Terengganu yang wangi, ditambah pula bunyi hiruk-pikuk suara manusia yang rancak berbual sambil makan. ahh rindu nak makan kenduri.


Nasi dagang Kak Pah Batu Burok

Lokasi: Jalan Pantai Batu Burok Kuala Terengganu
Jam operasi: Setiap hari, 8 am – 7 pm

Nasi Dagang Kak Pah adalah antara nasi dagang yang popular di Batu Burok. Ada yang memuji yang Restoran Nasi Dagang Kak Pah adalah kedai nasi dagang paling sedap di Kuala Terengganu.


Nasi Dagang Atas Tol, Kuala Terengganu

Lokasi : T101, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: Setiap hari kecuali Isnin & Selasa, 6.30 – 11.30 am

Terengganu dan nasi dagang tidak mungkin dapat dipisahkan. Oleh itu, rasanya senarai ini tidak mungkin lengkap tanpa restoran nasi dagang. Nasi Dagang Mak Ngah ini dikatakan antara restoran nasi dagang terbaik di Kuala Terengganu. Restoran ini pula terletak jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu, kira-kira 20km. Namun masih ramai yang sanggup datang ke sini kerana ianya tempat makan nasi dagang yang menarik. Restoran ini juga merupakan antara port sarapan yag paling terkenal sekitar sini. Gulai ikan tongkol merupakan lauk yang paling kerap dipesan oleh pelanggannya.
Untuk minuman pula, teh beng madu atau lebih dikenali dengan nama Teh Beng Ombak Rindu merupakan minuman yang wajib anda cuba di sini. Pekat dan tidak terlampau manis, memang sedap!


Nasi Dagang Kak Jah Bukit Besar

Lokasi : Jalan Bukit Besar Kuala Terengganu
Jam operasi: 7 am - 12 pm

Tiada apa yang lebih indah selain dapat bercuti merehatkan minda dari beban kerja dan belajar, dapat pula makan makanan tempatan yang popular bila melancong. Kata orang minda dapat berehat dan perut pula kenyang. Selera nasi dagang setiap orang adalah berbeza-beza, but Syu personally tak berapa kena dengan tekak Nasi Dagang Kak Jah Bukit Besar ni sebab rasa nasi nya agak manis. Tapi nasi kerabu di sini memang sedap!


Nasi Kerabu Ayam Bakar Kak Yah Wakaf Mempelam

nasi-kerabu-ayam-bakar-kak-yah-wakaf-mempelam-terengganu (1)

Lokasi : C1112, Kg, Wakaf Mempelam, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: 7 am - 12pm

Sedap sungguh Nasi Kerabu Ayam Bakar, Daging Bakar, Nasi Lemak Ayam Goreng. Eeehhhs sedap belake. Seawal jam 7am dah dapat makan ayam bakar naah! Mantopppp!!! Restoran nasi kerabu ni adalah yang terbaik dan favourite Syu di bandar Terengganu ni. Syu sukakan sambal ikan (fish floss) dia tu. Tekstur isi ikannya lebih terasa di dalam mulut, tak seperti sambal ikan nasi kerabu segera yang terlalu halus berserbuk, yang biasanya dibeli dari Thailand. Ianya diadun sendiri menggunakan bahan-bahan segar dan semestinya lebih sedap.


Hot Hot Roti Canai Teluk Ketapang

Lokasi :  Jalan Tengku Ampuan Bariah, Kampung Teluk Ketapang, 21300 Kuala Terengganu,
Jam operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 7 am – 11 pm

Kata orang, agak susah cari sarapan di bandar Kuala terengganu ni? Nak-nak pula restoran yang ada jual roti canai.  So Syu suggest singgah di Hot Hot Roti Canai untuk mencuba roti canai di sini. The best roti canai in town katanya. So kalau anda menginap kawasan sekitar Gong Badak, boleh breakfast je kat sini. Kuah gulai kari dia yang padu sebenarnya. Digandingkan pulak dengan roti canai yang lembut macam tisu. Ohh ya, menu goreng-goreng pun ada tau. Contohnya nasi goreng dan kuey teow goreng juga turut disediakan.


Fauzi Nasi Kerabu Kuala Terengganu

Lokasi : Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Kolam, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: Setiap hari, 6.45 am – 1 pm

Lauk yang menjadi pilihan ramai ialah daging bakar dan ayam bakar. Ramai memuji isi daging dan ayam yang lembut, membuktikan yang ianya dibakar dengan begitu sempurna. Saiz hidangannya juga agak banyak. Jadi, jika anda singgah di sini dalam keadaan perut kosong pun tidak menjadi satu masalah. Dijamin kenyang habis!


Gudang Makang




Lokasi : 7710, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Kampung Banggol Tuan Muda, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi:Setiap hari kecuali Isnin, 7 am – 12 pm, 5 pm – 12 am

Jika dilihat pada namanya, Gudang Makang ini konsepnya memang seperti kilang makanan kerana ada berbagai jenis gerai yang menghidangkan pelbagai jenis makanan di sini, pencinta makanan pasti akan menyukai tempat ini! Dari makanan Barat ke makanan tempatan, hidangan berat ke pencuci mulut, semuanya ada. Medan selera ini juga berkonsepkan santai, jadi cukup sesuai untuk anda singgah jika anda ingin makan sambil bersantai bersama keluarga mahupun sahabat handai.


Gulai Kawah Dapur Kayu Ayoh De Wakaf Beruas

Lokasi : Jalan Wakaf Beruas Kuala Terengganu
Jam operasi: 11am


Restoran Singgang Budu Kuala Terengganu

restoran singgang budu

Lokasi : Jalan Engku Sar, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 11 am – 5 pm

Jika anda peminat tegar masakan kampung, restoran Singgang Budu ini memang wajib anda terjah. Ada pelbagai jenis lauk-pauk yang dimasak dengan pelbagai cara yang boleh anda cuba.
Yang penting, masakan kampung di sini disediakan mengikut citarasa Pantai Timur. Antara lauk yang boleh dicuba ialah ikan singgang dan ayam kampung goreng.
Tak lengkaplah masakan kampung kalau tiada ulam-ulaman! Jangan lupa cuba ulam-ulaman bersama budu dan sambal di sini. Memang sedap tak terkira!


Nasi Kukus Tonggek

Lokasi : Mydin Kuala Terengganu, GB 29&30 Mydin Kuala Terengganu Lot PT 1547 & PT 1548, Jalan Sultan Mohamad, 21000 Kuala Terengganu
Jam operasi:  10 pagi – 10 malam setiap hari
  
Pernah dengar Nasi Kukus Tonggek yang femes dengan Sotong King dan lauk-lauk yang pedas ini? Sekarang ini dah ada 30 cawangan tau. Kalau nak cuba di Terenganu boleh ke Mydin Kuala Terengganu ini. Lebih-lebih lagi kalau mals turun ke KL.

Nasi Kukus Tonggek ni famous juga . Ramai artis dah review Nasi Kukus Tonggek ni macam Khairul Aming,Shaheizy Sam,Ruhainies. Kalau nak pekena nasi kukus yang pedas-pedas padu dengan sotong semua boleh try kat sini. Sebab kedai ini bukan ada satu lauk sahaja. Ada banyak lauk boleh pilih.

Pilihan nasi kukus:
      • Sotong King
      • Ayam Berempah
      • Salted Egg
      • Buttermilk
      • Ikan Bawal & Lele (keli)
      • Spicy OMG
      • Teriyaki
      • Butter Spicy

Nasi Ayam Hainan (Food Court Pantai Batu Burok)

Lokasi : Food Court Pantai batu Burok
Jam operasi: 1am - 6pm


Kak Yah Ikan Bakar

Lokasi : 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: Setiap hari, 12 – 9 pm

Kalau singgah restoran Kak Yah Ikan Bakar ni, memang rambang mata nak pilih lauk, banyak nya ya ampun! Boleh pilih macam-macam jenis masakan kampung dan makanan tradisi Terengganu yang berbagai. Dari makanan laut yang segar, lauk bergoreng. dibakar dan dibuat kari, semuanya ada.
Ulam-ulaman juga ada beraneka jenis. Ikan bakar juga merupakan antara menu yang wajib anda cuba bila di sini. Segar dan sangat menyelerakan, hargaya juga berpatutan!


Oliva Cafe

Lokasi : 1102-d, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi:  Setiap hari kecuali Isnin, 5 pm – 12 am

Teringin makanan Barat? Singgah je Oliva Cafe ni! Ada berbagai jenis hidangan, dari stik, pasta ke burger, semuanya enak-enak belaka. Antara menu yang anda boleh cuba di sini ialah Crab Spaghetti, Fish and Chips dan Beef Burger. Saiz hidangannya besar jadi tidak perlu bimbang tentang kuantiti makanannya.


Medan Ikan Bakar Bawah Jambatan


ikan bakar bawah jambatan terengganu

Lokasi : Bawah jambatan (Kuala Ibai), Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 5:30 pm – 1:30 am

Restoran Bawah Jambatan Kuala Ibai ini merupakan antara restoran yang menghidangkan makanan laut yang paling popular di Terengganu. Hal ini memang diakui oleh ramai, termasuk orang Terengganu sendiri! Ada berbagai jenis makanan laut yang boleh anda temui di sini. Sotong, udang, ketam, kerang dan juga beraneka jenis ikan. Lauk-lauk ini boleh dibuat goreng tepung atau dibakar, seperti sotong goreng tepung atau pari bakar. Pasti enak!


Gossip Kitchen

Lokasi : Lot 2188 Tingkat Bawah, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: Setiap hari kecuali Sabtu, 12 – 11 pm manakala Jumaat 3 – 11 pm

Satu lagi restoran yang menghidangkan makanan Barat – Gossip Kitchen! Namanya juga unik, mungkin memberi maksud sambil anda makan, boleh juga anda bergosip kerana konsep restoran ini cukup santai. Antara menu yang kami cadangkan untuk anda cuba ialah Cordon Bleu Chicken dan Chicken Chop. Hidangan yang bersaiz besar ini pasti mengenyangkan dan enak!


Cairo Shawarma

Lokasi : Kg laut depan masjid lama
Jam operasi: 3pm - 7pm


Warung Pok Nong (Ikan Celup Tepung-ICT)

Lokasi : Jalan Pantai A1693, Kampung Mengabang Telipot
Jam operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 3.30 – 8 pm

ICT atau Ikan Celup Tepung ni memang dah jadi signature bandar persisir pantai ni dah. Tak ke Terengganu lah namanya kalau tak mencuba ICT Pok Nong! Food hunter yang hadir ke sini bukannya cuma orang-orang biasa tetapi juga para pemimpin politik, selebriti dan ramai lagi.

Terletak betul-betul di tepi pantai Mengabang Telipot (sebelah pantai Teluk Ketapang), memang popular! Seperti namanya, sudah pasti menu utama di sini ialah ikan goreng tepung dan makanan laut celup tepung yang lain seperti udang, sotong malahan juga terdapat keropok lekor celup tepung.

Harga pula dikenakan berdasarkan kuantiti makanan yang kita ambil and so far kat ICT Pok Nong ni je yang harganya masih berpatutan. Tak mahal macam harga kapitalis, cekik darah huhu. Sebab tu lah agaknya walaupun warung Pok Nong ni macam biasa-biasa je, tak secantik warung ICT lain, tapi tetap menerima pengunjung yang ramai saban tahun, nak-nak pula time cuti sekolah. 


The Beach Box Coffee & Pasta

Lokasi : Terletak di dalam Bazaar Uptown Kontena
Jam operasi: 5pm - 11 pm

Menyajikan coffee and pasta. Outlet ini merupakan outlem yang baru beroperasi di Dapo Pata Kontena, justeru Syu ke sini untuk mencuba. And not bad. Pasta dia ok, tak muak. Kopi dia pun sedap, tak berapa manis tapi garang. Cerah bijik mata kalau pekena secawan. ahahha


Dynar Lekor Buluh Gading

Lokasi : Lot 8292 Seberang Takir Darul Iman, Kampung Bukit Tok Beng, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: 2pm - 8pm

Kedai keropok lekor ini terletak di Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Dahulu kedai keropok lekor ini dikenali dengan Keropok BTB tetapi di jenama semula dengan Dynar Lekor.

Terdapat jenis keropok lekor yang unik juga dijual sini dengan pelbagai perisa. Boleh pening juga untuk memilihnya, sama ada untuk pilih pilihan klasik ataupun pilihan moden. Jika anda peminat cheese, keropok lekor cheese boleh dipilih sebagai pilihan.

Keropok lekor di restoran ini memang mendapat pujian ramai. Ianya rangup namun masih lembut, isinya juga agak tebal. Dicicah pula bersama sos yang manis dan pedas, memang padu habis!


HR Mee Champa Kuala Terengganu

Lokasi : 1596, Kampung Merbau Patah, 20050 Kuala Terengganu
Jam operasi: 1 pm - 10 pm

Sedap! Best lain dari mee celop ye. Kali pertama makan Mee Champa kat Changlun. Jadi ini kali kedua makan nya, di sini in Terengganu. Syukur rasa nya tidak mengecewakan. Sedap as expected.


Kedai Kuih Gong Kapas

Lokasi : Jalan Panji Alam, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: Setiap hari, hari minggu 9 am – 6 pm manakala hujung minggu 12 – 6 pm
 
Kalau nak cari kuih muih tradisi dan makanan terengganu paling sedap, anda wajib singgah tapaw kuih di Kedai Kuih Gong Kapas, ada beraneka jenis kuih-muih di sini. Kami yakin pasti ada kuih yang anda tidak pernah cuba, jadi inilah masanya untuk mencubanya! Jika kami senaraikan semuanya memang tidak akan habis! Selain kuih-muih, mereka juga ada menyediakan hidangan lain seperti soto, megi goreng dan mi goreng.


Qawa Coffee

Lokasi : 1482, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu
Jam operasi: Setiap hari, Sabtu – Selasa (12 pm – 12.30 am), Rabu & Khamis (12 pm – 2 am) dan Jumaat (5 pm – 2 am)

Penggemar kopi, anda wajib serbu kafe ini! Merupakan antara ‘port’ kafe hipster yang cukup terkenal di Kuala Terengganu, kafe yang turut digelar ‘kafe kontena’ ini menyediakan lebih 60 jenis kopi!
Selain kopi, makanan berat dan pencuci mulut juga turut disediakan. Sambil anda mengenakan kopi mereka yang memang pekat, bolehlah anda mencuba makanan di sini sekali. Menyelerakan dan mengenyangkan!


Star Anise Cafe

Lokasi : 82, Jalan Kampung Cina, Kampung Banggul, 20100 Kuala Terengganu
Jam operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 2 pm – 12 am

Pencinta kopi wajib serbu kafe Star Anise ini. Ada beberapa jenis kopi yang dihidangkan di sini, antaranya espresso, americano, mocha dan latte.
Menurut pelanggan yang pernah berkunjung ke sini, kopi mereka dikatakan manis namun tidaklah terlampau. Kepekatan kopi di sini dan aromanya yang harum menjadi punca utama ianya digemari.


NR Seafood Village

Lokasi : Jalan Ketapang Pantai, Kampung Pengkalan Maras, 21020 Kuala Terengganu
Jam operasi: Setiap hari, hari minggu 3 – 11 pm, hujung minggu 3 pm – 12 am

Kalau anda mencari  makanan western yang sedap dan murah, NR Seafood Village merupakan restoran yang dikatakan ramai sebagai antara restoran Western Food terbaik di Terengganu. Tidak hairanlah restoran ini pernah dipaparkan di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan terbitan TV3 suatu ketika dulu.

Suasana dan dekorasi restoran ini sudah cukup menyerlahkan keunikannya kerana ia dibina daripada kayu dan berasaskan tumbuhan disekelilingnya. Sesuai benar dengan namanya sebagai “village” Pilihan makanan di sini juga pelbagai. Seperti namanya, pastinya mereka menyajikan hidangan seafood yang sangat sedap malahan nasi gorengnya juga kaya dengan elemen seafood yang melimpah ruah.

Terdapat begitu banyak sekali pilihan makanan Barat selain makanan yang lain. Antara makanan barat pilihan yang sering menjadi pilihan adalah chicken chop yang dihidangkan dengan kentang goreng dan kuah yang amat sedap.

Harganya agak mahal, tapi berbaloi la dengan kualiti makanannya. Nasi yang lembut dan lemak itu sangat sedap untuk dijamah panas-panas apatah lagi digandingkan dengan kuah lemak ikan tongkol yang amat sedap.


Stall Nasi Lemak RM2 Batu Enam

Lokasi : Depan 7 Eleven Batu 6, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.
Jam operasi: 5pm sampai habis 

Sumpah banyokk nasi dia letak. RM 2 je, tapi lauk standard la, ikan sambal, dan sayur kangkung celur. Ni nasi lemak tradisional style tranung ada kangkung. Payah dah nak cari nasi lemak style lama macam ni. Banyak yang dah dimodenkan.

Kalau malas nak dine mana-mana untuk makan malam, boleh la singgah tapaw nasi lemak 2 ringgit batu 6 ini, bawa balik ke hotel atau homestay. Tak pun beli-beli, pi lepak makan tepi pantai. Uissh layan.


Zie’s Corner (western)

Lokasi : Waterfront, Pulau Kambing, Kuala Terengganu
Jam operasi: 5pm - 10 pm

Zie’s Corner adalah yang popular dengan masakan western. Restoran ini terletak di Waterfront Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Berdasarkan pandangan ramai, sudah tentu chicken chop dan lam chop adalah menu yang wajib cuba di sini. Menu lain yang juga berada dalam senarai cadangan adalah seperti banana pancake,tuna roll dan vanilla float. Dengar sahaja sudah mula kecur air liur, inikan pua merasainya sendiri! Harganya juga berpatutan.


Pokoks Cafe Bukit Bayas

Lokasi : Cafe Konsep hiptser di Bukit bayas, Kuala Terengganu
Jam operasi:  4pm 12am

Terengganu makan sedap! Pemandangan pun cantik! Cafe moden yang menyajikan manisan atau desserts yang pada dasarnya bukan lah untuk mengenyangkan perut. Tapi lepak di sini lebih kepada nak menikmati suasana cafe yang instagrammable dan pemandangan yang indah.


Hazlan Bistro

Hazlan Bistro terengganu

Lokasi : 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: Setiap hari, 4:30 pm – 1:30 am manakala Ahad bermula 4:30 pm – 12 am

Destinasi wajib bagi mereka yang bercuti Jalan Jalan Cari Makan Terengganu, Hazlan Bistro!

Menggabungkan makanan oriental, Asian dan western ada disediakan di sini. Bagi Syu Hazlan Bistro ni antara tempat makan menarik juga lah di Kuala Terengganu ni. Sizzling yee mee adalah paling laku keras di sini. Portion dia agak banyak, mungkin boleh pertimbangkan untuk share sepinggan dua orang keUntuk western, mereka ada steak macam Grilled Lamb Chop, manakala untuk asian seafoods mereka ada pakej nasi dengan ikan siakap tiga rasa dan sotong goreng tepung. 


Martion Steak Kuala Terengganu


martion steak kuala terengganu viral di tiktok

Lokasi : Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu
Jam operasi: 3.30 pm - 8pm
 
Martion Steakhouse, merupakan salah satu tempat makan best kat Terengganu.

Seperti yang pernah viral di Tiktok pertengahan tahun lepas (2021) tu, mereka menyajikan pelbagai jenis hidangan steak premium dry aged and wet aged. Sipa yang craving nak makan wagyu tu boleh lah ke sini, harga pun tak melampau sangat.

Untuk yang tak makan daging, kalian boleh order selain burger dan steak juga sama ada nak nasi, pasta atau roti. Rating untuk tempat, Syu bagi 4.5 star coz it cozy atmosphere here cuma untuk steak Syu rasa portion dia macam agak besar, tapi husband cakap standard je, ngam dengan perut dia. Entah lah, mungkin Syu bukan pemakan daging tegar kot sebab tu tak habis.

Kambing Bakar Guangzhou

Lokasi : 9525 C Batu 10 Setengah Jalan, Kampung Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: Setiap hari 4.30pm - 12 tengha malam

Ini pun pernah viral makanan Terengganu yang satu ini. Kambing Bakar Guangzhou. Aku tak pernah makan kat restoran dia, tapi pernah rasa steak kambing dia masa suami ada event dekat sana dulu. Dia tak habis makan jadi geng-geng offshore tapaw bawa balik lebihan makanan yang tidak berusik tu.

Sedap weh. Walaupun steak yang suami bawa balik tu dah pun sejuk, tapi dagingnya masih lembut, tak liat pun. So next time kalau Syu balik kampung kat Terengganu lagi, Syu nak ajak suami pergi dine-in pula kat sini.

Uptown Kontena Dapo Pata

uptown-kontena-tok-jembal-gong-badok-kuala-terengganu

Lokasi : Pantai Tok Jembal
Jam operasi: 5 pm 1 am

Dapo Pata, satu tapak bazaar niaga di tepi pantai, di mana kawan-kawan menjual pelbagai jenis menu dengan style masing-masing. Nampak sahaja seperti kafe ‘hipster’, tetapi kafe ini lebih daripada itu. Selalunya kafe ‘hipster’ pasti akan menghidangkan menu yang berasaskan makanan Barat sahaja. Namun, apa yang ditawarkan disini sebaliknya!

Di sini cukup terkenal dengan makanan-makanan yang popular di Terengganu seperti laksam, laksa kuah lemak Terengganu dan keropok lekor. Selain itu, banyak juga pilihan coffee and desserts menarik turut dihidangkan di sini. Ada berbagai jenis dan rupa dan semestinya enak!

Uptown Kontena atau dahulunya dipanggil Dapo Pata terletak di pantai Tok Jembal. Ia merupakan tempat makan berkonsepkan bazaar di tepi pantai yang menghimpunkan pengusaha F&B untuk berniaga di sini. Suasana bayu dari laut, berseta pemandangan yang canti membuatkan Uptown Kontena menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati hidangan makan malam di sini. Kalau kalian berkunjung ke sini, jangan lupa mencuba megi buluh ya!

D’Ganu Cafe Steamboat

Lokasi : G1/G2 MBKT Duyung Food Court, Pulau Duyung, Kuala Terengganu
Jam operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 5 pm – 12 am

Bagi penggemar steamboat, anda boleh mencuba steamboat di restoran ini yang terletak di Pulau Duyung. Restoran ini terletak di tepi laut menjadikan pemandangannya sangat-sangat indah terutama pada waktu malam dengan angin laut yang amat mendamaikan.
Restoran D’Ganu Cafe Steamboat ini menghidangkan aneka jenis makanan. Ada menu makanan laut, makanan barat malahan makanan tempatan yang mampu membuka selera sesiapa yang bertandang.


Rahsia Kitchen, Mengabang Tengah

Lokasi : 1436, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 5 – 7 pm, 8 – 11 pm
 
Rahsia Kitchen, haha betul betul rahsia. Nama menu-menu dia pun memang rare. antaranya adalah Chicken Roulade, Pomodoro dan Carbonara, Fish and Chips dan Chicken Chop.


The Syrup VS Soda

Lokasi : 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 5 pm – 12 am

Yea western dishes lagi. Variety sangat menu dia – dari stik, pasta burger, bebola daging, ke snek, semuanya ada! Minumannya juga berbagai, ada teh tarik, milo, jus buah, ice blended dan banyak lagi.
Yang paling menarik, makanan di sini juga kuantitinya banyak hoiii. Knyang yakmat mamy dibuatnya. Jadi tiada isu saiz kecik namun harga mencekik darah di sini, kerana harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Simpang Corner

Lokasi : Jalan Lapangan Terbang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi:  Setiap hari, 5 pm – 2 am
 
Restoran Simpang Corner tersohor dengan burgernnya. Dan menu nasii yang laku keras di sini adalah Nasi goreng daging merah.


Air Buah Gelas Besar Terengganu

Lokasi : Jalan Tengku Ampuan Bariah, Taman Samudera, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Jam operasi:  Setiap hari kecuali Selasa, Ahad & Isnin (5 pm – 12 am), Rabu (12 – 1 am, 5 pm – 1 am) & Khamis – Sabtu (5 pm – 1 am)

Selain makanan, Restoran Air Buah Gelas Besar adalah antara tempat makan di Kuala Terengganu yang wajib anda singgah. Restoran ini juga memang sangat terkenal di sini. Menu utama di sini sudah semestinya air buah. Harga setiap air pula berbeza pada pesanan dan ianya berdasarkan saiz gelas, samada gelas kecil, sederhana atau besar. Orang tempatan di sini memanggil air buah ini dengan nama air buah ‘piyor’ yang bermaksud asli atau ‘pure’, 

Menu lain seperti sate, nasi dagang, nasi minyak, keropok lekor, roti canai dan banyak lagi juga boleh dipilih apabila berada di sini. Untuk minuman pula, ABC merupakan minuman yang wajib anda cuba di sini. Ada pelbagai jenis, namun ABC Jagung merupakan antara yang terlaris. Manis dan menyegarkan tekak!


Masih Lagi Buntu Cari Tempat Makan Best Terengganu? Rujuk semula list di atas

Memang banyak tempat makan menarik di Kuala Terengganu ni sebenarnya. banyak lagi tempat yang mamy belum cuba. Kalau anda sampai ke Terengganu, jangan lupa cuba makanna di sini tau. Sebab kat sini memang best jalan-jalan cari makan sambil bercuti santai untuk rehatkan minda. Kadang-kadang kehadiran kita di gerai mereka cukup-cukup bermakna bagi mereka untuk terus sustain their business pasca pandemik ini.

Lets Support Local!  malaysia airlines contact malaysia airlines ticket price malaysia airlines check in malaysia airlines tracking malaysia airlines manage booking malaysia airlines flight status malaysia airlines refund

Post a Comment

2 Comments

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. sampai 39 restoran ni.. kena siap2 menabung kalau nak ke Ganu nih! perghhh

    ReplyDelete
Post a Comment
Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!