Homebirth semakin popular di Malaysia | Aku bercerita tentang penangan revolusi dalam kaedah kelahiran atau bersalin yang sedang berlaku di Malaysia. Ini bukan Malaysia kita. Tapi ni Malaysia di planet Namiq tau. Dont get me wrong ok?
#homebirth? Bunyi macam best je. Beranak kat rumah sendiri je. Tak perlu nak hadap doktor yang kejap-kejap datang, seluk laluan bawah kite tu, nak check berapa cm dah bukak. Doktor pulak bukan yang sama. Bertukar-tukar pulak tu kan? Eii..memalukan betul. Tercalar maruah suami kita yang hanya duduk di sisi katil, dayus memandang kemaluan isterinya diceroboh orang. Grr..
Bagusnya sekarang ni dah ada alternatif bersalin secara alami atau natural. Atau lebih terkenal dengan nama AmaniBirth.
Kelahiran yang 100% semulajadi, tanpa pitocin, tanpa instrumen, tanpa pembedahan, tanpa heparin, epidural etc. Hanya bertemankan suami kita yang sah sahaja. Alangkah indahnya permulaan kehidupan bayi kita tu nanti, tanpa melanggar syariat dan tanpa mendedahkan aurat pada yang tak berhak.
Bila selepas selesai bersalin, kita akan dijaga sepenuhnya oleh doula yang terlatih dan sangat cekap dalam mengendalikan bayi dan ibu berpantang. Doula-doula ni akan lakukan semuanya, dari menjaga baby sampailah ke household chores.
Kita?
Kita cuma perlu berehat, menjaga diri dan menyusukan baby je bila baby lapar.
Baby pulak, kita susukan ekslusif susu badan je sampai 2 tahun, atau kita panggil extended exclusive breastfeeding. InsyaAllah penyakit-penyakit berbahaya takkan berani dekat dengan anak kita sebab susu ibu adalah titisan emas yang Allah cipta cukup sempurna dan lengkap yang dapat menguatkan badan anak kita.
Suntikan imunisasi?
Sorry lah. Aku pandang sipi-sipi dengan ekor mata jer lah. Jangan harap cecair haram tu nak sentuh apatahlagi disuntik ke dalam badan anak aku! Indahnya kelahiran dan nurturing secara alami.
So siapa kat sini yang berminat dengan khidmat doula untuk homebirth?
Homebirth?
Nonono..aku tak pernah setuju kot dengan konsep homebirth! Ahha!! Gotcha! Korang ingat aku ni sejenis yang taksub dengan haluan kiri atau prochoice ke? Memang tak la. Totally ridiculous oke?!
Tapi. Zaman mak-mak and nenek kita dulu banyak je yang bersalin kat rumah dan disambut bidan kampung. Okey je.
Apa yang okey nye? Awat? Awak pernah ke baca statistik, peratusan kadar mortaliti di kalangan bayi baru lahir masa zaman tu? Tak?! So jangan simply cakap, "Eh zaman dulu okey je mak aku beranakkan aku kat rumah je. Hidup je aku sampai sekarang" Fine, syukurlah Allah bagi awak subsidi nyawa sampai sekarang. Dan syukurlah mak awak tak alami komplikasi bersalin. Jika benda tu tak berlaku kat awak, tak beerti komplikasi tu tak wujud.
Tu, Mak Jenah tu yang duk kat kampung zimbabwe yang 3 tahun berturut-turut bayinya mati semasa bersalin tu, ada awak tahu? Opkos la tidak! Dulu takde smartphone, 4G LTE, bahkan social media. So takleh la Mak Jenah nak viral kan kisah mak bidan yang gagal selamatkan baby dia tu kat social media!
Heh. Awal-awal intro tadi mungkin korang beranggapan aku sehaluan dengan dakyah amanibirth korang tu kan? Maaflah andai hati korang terasa seperti dipermainkan. Sebenarnya aku ada sejarah.
Aku ada history previous scar with successfull VBAC tahun 2015 (berjaya VBAC dan SVD) Tapi hanya selepas pakar O&G assessed keadaan parut czer yang lama, tahap kesihatan ibu, kedudukan baby, dll faktor. Sebab, once kita decide nak cuba bersalin normal selepas czer (vbac), kite kena faham yang risiko yang bakal kita hadap adalah kematian, rahim koyak, retained placenta, tumpah darah dan etc.
Semua tu diterangkan masa sesi kaunseling dengan pakar O&G pada usia kandungan 37w. Keputusan nak VBAC bukan terletak atas tangan kita. Kita tak boleh ikut suka hati, nak menonong je "berkeras" memilih vbac untuk diri sendiri..ok? Semua tu perlukan pemerhatian dari sudut medikal oleh personel yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang obgyn.
Andai kata kedudukan baby breech masa tu.. Doktor mungkin akan nasihatkan aku supaya bersedia untuk czer lagi sekali.. dan sekiranya itu berlaku, aku takkan memilih untuk jadi BODOH, mengelak dari serah diri kata hospital dan pi buat homebirth. Hanya semata-mata takmau kena czer.
Naluri keibuan mengatasi segalanya weh! Keselesaan & kepentingan diri rela diketepikan demi anak tercinta. Sanggup berkorban, waima perlu dibelah dan disiang hidup-hidup demi membawa anak yang kita kandung 9 bulan tu datang ke dunia ni dengan selamat!
Nyawa bukan boleh pi beli timbang kilo kat pasar. Islam pun menuntut untuk mempertahankan nyawa. Islam tak suruh bulat-bulat tawakal n berserah pada takdir semata-mata. Bila berlaku kematian, kita kata dah takdir, dah ajal. Tapi usaha untuk selamatkan nyawa baby tu? Yilek.
Ikhtiar must comes first. Ingat tu. Jangan nanti menyesal seumur hidup.
#saynotohomebirth
#saynotoamanibirth
#saynotodoula
Bicara Mamy Syu : Aku perasan, pengikut fahaman amanibirth ni biasanya datang dengan pakej anti-vaksin, anti-ubatan-hospital dan pro-produk-makanan-sunnah yang aku sendiri tak pasti ianya betul2 sunnah atau tak; (contohnya baobab, ptar-luban, chia seed etc yg diorang selalu claim ianya sunnah)
Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y
scary sgt dengar. Ya Allah semoga dipermudahkan la bila tiba masa. ameen
ReplyDeleteAminn..mudah-mudahan kan.
DeleteEerrk.. Oleh buat homebirth tapi biarlah dgn yg pakar
ReplyDeleteBetul tu ma..palingbtak pun, ada bidan terlatih..
DeleteIsu yg hangat diperkatakan sekarang... #saynotohomebirth
ReplyDelete