VIDEO | Lagu Bulatan Titik Cara Melukis Doraemon dengan lirik Bahasa Melayu

4:19 PM
video bulatan titik lirik bahasa melayu indonesia

Aku bab-bab mengedit video ni mamang aku malas sebenarnya. Faktor paling utama adalah sebab aku tak mempunya laptop yang powerful yang boleh support software video editing. Laptop yang ada ni pun memang dah level atuk nenek dah. Dibeli masa zaman belajar lagi. Pegi repair laptop kat kedai, tokey kedai pon terkejut dan gelak-gelak, tanya "Ada lagi model ni?" Ciss. Aku rasa terhina. Mencik!

VIDEO | Cara Melukis Doraemon dengan lirik Bahasa Melayu


Jadi, video ni terhasil semata-mata demi anak-anak aku sukakan lagu "bulatan titik" ni. Gigih tak gigih nya aku record video, pastu edit tambah lirik dia. Dua hari baru setel tahu?!

Mana tak nye. Bila edit sikit, aku kena "save the projects". Pastu dia loading punya la lama. Itu untuk save project je tu. Nak tambah-tambah text lagi, nak import image lagi, aduiii~ Dia punya lagging! Tahap nak mencarut. Tapi sebagai seorang ibu yang sopan, penyayang lagi lemah lemboot ni *rolling eyes* Aku takkan mencarut hokey. Especially depan anak-anak. *carut dalam hati je

Aku upload kat YouTube dah ni ha! Korang nak download kat henfon pun, korang download je lah. Bukan hak milik aku pun video ni. Aku pun copy dari tv. So enjoy lah ye!





Annur : Budak Naufal ngan Nufael suka bebenor la duk follow lagu ni sambil melukis. Nanti aku update pulak hasil-hasil lukisan budak dua orang tu ye. Kbai.

1 comment:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Hahahaa....waa mudah sekali gitu! :D Teringat zaman dulu2...

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.