Strategi mudah memiliki rumah sendiri pada usia muda dengan menyewa di Rumah Transit Belia | Rumah Transit Belia ni sebenarnya satu kemudahan rumah sewa yang disediakan untuk perantau-perantau yang berkerja di kota Kuala Lumpur. Unit studio dan apartment dua bilik yang fully furnished ni akan disewakan pada kadar sewaan yang lebih murah dari pasaran. Menarik kan?
![]() |
Image : Unit rumah type studio pada keluasan 400kps |
Kadar sewa rumah yang "mampu tengok" je
Masa zaman lepas SPM dulu aku sempat join program kursus pendek Bahasa Inggeris di IUCTT a.k.a Twintech. Masa tu kadar sewa bilik aje pun dah RM650 sebulan. Memang parak!
So untuk menjimatkan kos, kitorang share bilik yang hanya sebesar lubang hidung tu, empat orang tahu?
Pengalaman yang tak dapat dilupakan oii~betapa hidup kami masa tu macam terperuk dalam sangkar hamster! Nak guna bilik air, berebut. Nasib baik 3 bulan je duk situ.
Sewa rumah di tengah bandar KL cuma RM800/bulan?
Yes. Kat KL nak dapat sewa sebijik rumah, paling cikai pun harganya dalam RM1300 sebulan. Kalau korang iklankan 'rumah untuk disewa' kat mudah.my dengan harga RM800 sebulan, sah-sah orang akan cop korang scammer dah!
Tapi dengan kemudahan rumah Transit Belia ni, RM800 tu korang dah boleh dapat sewa sebuah rumah apartmen 2 bilik, siap dengan perabot tau.
Perumahan Transit Belia | Strategi mudah memiliki rumah sendiri
Strategi mudah memiliki rumah sendiri pada usia muda
i) Sewa je di perumahan transit
Kalau korang masih muda belia dan bujang, jangan beli rumah dahulu. Baik korang sewa rumah type studio je. Kalau korang tak pernah tengok studio tu macam mana, korang boleh google tengok contoh rumah kat Menara U2, Shah Alam. Sangat nice untuk tinggal bujang.
Unit studio ni walaupun tak seluas mana, tapi lagi selesa lah daripada menyewa bilik. Dengan RM600 sebulan, kita dah tak payah share bilik air dengan orang lain.
ii) Jom jimatkan kos
Dengan menyewa rumah Transit ni, korang sebenarnya dah boleh jimatkan kos sara hidup korang. Sebab kadar sewa rumah Transit adalah 30% lebih rendah dari kadar harga pasaran.
iii) Lebih duit untuk simpanan
Korang boleh jimatkan kos perjalanan dengan cara menyewa properti yang dekat dengan tempat kerja korang. Dengan cara ni,korang akan ada lebihan duit untuk dijadikan savings.
iv) Pelan forced saving
Paling best, bila korang menyewa Rumah Transit ni, lebih kurang RM200 dari RM600 sewa bulanan tu, akan dipulangkan balik kepada korang lepas tamat tempoh 5 tahun penyewaan.
v) Cash flow yang menyakinkan bank
Target sebenar kita berjimat adalah nak meyakinkan pihak bank. Bila korang punya bank statement cantik je setiap bulan, insyaAllah peluang korang nak miliki rumah sendiri adalah tinggi.
Tak dilupa juga, percentage yang menjadi simpanan (forced saving Rumah Transit) tadi tu, korang boleh gunakan sebagai deposit masa nak beli rumah nanti. Lagi besar deposit, lagi tinggi chance bank luluskan loan perumahan korang.
Jom mohon perumahan Transit Belia

Untuk memohon rumah Transit ni korang mestilah
Lokasi-lokasi terpilih untuk pembinaan projek rumah Transit
Dekat je dengan pusat bandar Kuala Lumpur, sekitar 15 minit perjalanan. Ada dua projek yang sedang dan akan dibina serta dijangka siap pada tahun hadapan (2019)iaitu
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18-30 tahun
- Berkerja di Kuala Lumpur
- Pendapatan kurang RM5000 sebulan (isi rumah)
- Belum mempunyai rumah sendiri
- Tak pernah disabitkan dengan jenayah
Lokasi-lokasi terpilih untuk pembinaan projek rumah Transit
Dekat je dengan pusat bandar Kuala Lumpur, sekitar 15 minit perjalanan. Ada dua projek yang sedang dan akan dibina serta dijangka siap pada tahun hadapan (2019)iaitu
- Projek Transit Pangsapuri Bandaraya, Sungai Udang Segambut
- Pangsapuri Studio, Mukim Batu.
Kemudahan yang ada di Rumah Transit
- Kolam renang dan Gym
- Kemudahan WIFI
- Gelanggang futsal dan badminton
- Taman permainan kanak-kanak
- Surau dan dewan serbaguna
- Pengawal keselamatan 24 jam
Kalau korang menepati kriteria yang ditetapkan dan minat untuk memohon, korang boleh terus ke website rasmi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
- Klik mohon sekarang
Atau korang boleh walk-in terus ke KPKT di
- No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
Selamat memohon korang! Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu korang mencapai impian korang dalam memiliki rumah sendiri pada usia muda. Good luck!
21 Ulasan
Bagus untuk golongan muda yang baru kahwin. Sangat membantu!
BalasPadamKenn..jom pindah kl
PadamHihi
Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan
BalasPadamMana ada skim menyewa yg boleh jadi simpanan macam ni kan
Padamkalau kami pun nak kemudahan serupa ni,..ringan beban nak cari rumah sementara tu boleh saving untuk beli rumah baru
BalasPadamHuhuhu AS dah terlajak umur. Xleh nak apply dah rumah transit ni
PadamLengkap kemudahan di rumah transit ni
BalasPadamKan kemuadahan macam condo
Padamstrategi yang menarik menyewa di rumah transit sementara menunggu utk memiliki rumah sendiri ...
BalasPadamMana ada skim menyewa yg boleh jadi simpanan macam ni kan
PadamBagus ada program ne muda-muda dah boleh miliki rumah sendiri
BalasPadamMana ada skim menyewa yg boleh jadi simpanan macam ni kan
Padamdah de peluang.. orang2 muda tu grab la..
BalasPadamDulu mungkin alasan takda publisiti. Sekarang dah ada hebahan, dan ramai yang dah tahu pasal rumah transit ni. Pakatpakat mohon la wehh
PadamBagus ada program macam ne memudahkan golongan muda yang baru nak membina kerjaya dan keluarga
BalasPadamKan belia yang age below 26 memang gaji pun below 3k. Fresh graduate kan, manalah ada starting gaji terus 5k. Ye tak?
PadamSementara nak cari rumah sendiri kan
BalasPadambagus program macam ni
BalasPadampeluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.
BalasPadamBagus program ni..kaedah yg menguntungkan buat golongan belia
BalasPadambest rumah transit ni.haritu ada ushar hee
BalasPadamAnything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y