Pengalaman Mengandung Alahan Teruk Bulan Ramadhan Lepas

alahan kehamilan adalah tanda awal kehamilan,pengalaman alahan mengandung
Throwback 15 Ramadhan 1438 yang lepas, masa tu aku sedang dalam fasa awal kehamilan. Walaupun ianya dah pun masuk kandungan yang ketiga, tapi alahan yang aku alami nampaknya berkali ganda lebih teruk dari kandungan-kandungan yang lepas.
cepat hamil,doa alahan mengandung
Sempena 15 Ramadhan 1439 hari ini, aku rasa terpanggil nak share macam mana cara aku atasi alahan kehamilan yang teruk dan survive di bulan puasa.
tips cepat hamil,Kisah alahan mengandung
cara atasi alahan, susu ibu hamil tanpa mual, morning sickness, cara nak survive bulan puasa denga alahan kehamilan yang teruk, cara cepat hamil, tanda awal kehamilan
Pengalaman morning sickness yang teruk, Pengalaman hamil muntah, demam alahan mengandung

Atasi alahan teruk first trimester cara Mamy Syu

Biasanya alahan mengandung seawal berapa minggu akan berlaku? Ok kalau pengalaman alahan Syu, alahan mengandung bermula bila usia kandungan 19 hari. (4+ week)

Masa mengandung anak sulung pula, alahan tu berlaku sebaik sahaja Syu buat ujian UPT di rumah. Bila tengok je result positif, serta merta jam itu juga kepala ra berat macam nak gelap mata (pitam). Bila pergi klinik, usia kandungan dah pun 9 minggu.

Lawak juga rasanya.haha bila fikir-fikir logik lah kan, baby tu dah lebih dua bulan dalam perut padahal. Helok rilek je, tiada alahan apa pun.

Tiba-tiba bila tahu je mengandung, huuii kemain dahsyat ledakan muntah tu datang dari dalam perut.

Macam ada psycho efek je kan?

Susut berat badan yang banyak

Masa first booking di klinik dulu, Syu dah pun kehilangan 3 kg berat badan. Mujurlah kita booking selepas mengalami weight loss, kalau Syu dah booking dulu kemudian berat badan turun mendadak macam ni, confirm kena refer kat doktor pakar.
Alahan first trimester
Alahan masa mengandungkan Hawraa memang lain macam ragamnya berbanding mengandungkan dua abang-abangnya Naufal dan Nufael.
Ubat mual mengandung berkesan
haha masa tu I dah berangan dah dapat baby perempuan kononnya sebab I perasan alahan nya lain dari sebelum ni. ~hiks
ubat tahan muntah mengandung alahan teruk, Muntah buih putih ketika hamil

Pengalaman Mengandung Dengan Alahan Teruk

Ada banyak jenis muntah ketika hamil. Ada yang muntah kuning, ada yang muntah buih putih dan ada juga muntah segala isi makanan dalam perut disusuli dengan muntah hijau.
cara mengatasi muntah ketika hamil
Antara banyak-banyak situasi muntah, muntah hijau ni rasanya paling sengsara. Rasa dia sangat pahit dan juga memedihkan tenggorok. Muntah buih putih adalah terkandung lendir mukosa dan saliva manakala muntah kuning pula sangat berasid kerana mengandungi jus asid perut.
muntah buih putih ketika hamil
Jadi kepada mommies yang pernah alami muntah teruk semasa mengandung, mesti memahami yang deritanya jiwa dan batin saat tekak kita ni rasa nakk sangat makan, tapi tak boleh nak telan.
muntah ketika hamil 7 bulan
Sebaik saja makanan ditelan, ia akan burst dari dalam perut dan keluar balik macam peluru berpandu.alahan mengandung 5 minggu

Nyaris dimasukkan ke wad

Doktor mencadangkan Syu dimasukkan ke wad sebab nampak tanda-tanda dehydrated melalui ujian urin, tapi Syu berkeras menolak. Gigih I explain cuba yakinkan doktor yang I sebenarnya boleh makan dan tak ada masalah selera.

Cuma setiap kali lepas makan, I akan muntah. Dan I pun mulalah menabur janji-janji manis dengan doktor bahawasanya I akan minum air bebanyak selepas setiap kali muntah. huhuhu alhamdulillah, doktor batalkan niatnya untuk admit aku ke wad.

Susah wey kalau kena tahan wad. Siapa nak tengok-tengokkan budak berdua si Naufal dan Nufael tu di rumah? korang tak faham betapa susahnya hidup PJJ* macam Syu ni.


Selepas 3½ jam setengah masuk IV drip dekat casualty, akhirnya doktor
discharge aku dengan pelbagai syarat.

Bila dah balik rumah, Syu tunaikanlah janji-janji yang dah Syu taburkan tu haha. Ehh sorry sikit! Aku bukan jenis yang suka mencapatikan janji.

So, untuk hari itu I berbuka puasa atas sebab kesihatan diri. Syu minum air kosong, muntah. Minum air manis, lagi lah muntah. 

Walaupun dah tak larat nak melayan muntah, manusia jenis degil macam I ni akan tetap paksakan juga diri meminum air kosong untuk topup balik kehilangan fluid dalam badan.


Makan sikit-sikit tapi kerap

Tip pertama, Syu atasi masalah alahan ini dengan cara memakan sikit-sikit, tapi berulang. Dalam 1 ke 2 jam sekali, Syu akan mengudap sesuatu.
alert tanda awal kehamilan
Tentang zat, buat masa ni Syu bergantung pada multivitamin dan supplements semata-mata. Aku tau diet aku sekarang ni sangat-sangat tak seimbang dan tak mampu membekalkan cukup nutrients untuk badan ibu dan juga untuk baby Hawraa.

Minum Susu Frisomum Gold elak perut kosong

review susu friso mum gold, susu ibu hamil tanpa mual, friso gold, friso mom, friso mom gold
Susu rumusan kehamilan FrisoMum Gold ~ Yummeh!

Yup, perut kosong boleh menggalakkan rasa mual dan loya. Tindakan daripada jus gastrik berasid yang terhasil dalam perut boleh induce muntah dan juga pening kepala.

Sebab tu Syu minum susu Friso Mum Gold ni dengan agresif dengan kadar lebih kurang 5-8 kali sehari. Sebab susu yang I minum ni sedaapppp sangat, ^_^ dan dapat legakan rasa loya dan pedih ulu hati akibat asid refluks.

Bila mula sendawa-sendawa dan rasa macam refluks je (asid naik ke salur esofagus), Syu akan cepat-cepat bancuh susu segelas, letak air batu dan minum.
 
Nota : Mengandungkan Hawraa, I cuma boleh minum air berais dan sejuk sahaja. Air masak bersuhu bilik atau suam memang laju je keluar balik, kadang tu sampai memancut keluar ikut hidung. Allahu~ pedih..

Walaupun akibatnya I muntah juga sejurus lepas minum susu ni, at least ianya tak la menyakitkan dada.(heart-burn)

Uuii. Sakit dan pedih tahu bila kau muntahkan asid. Rasa panas terbakar oii dalam saluran pemakanan kat dada ni. Ouchh!


Solusi bagi menghilangkan rasa mual saat hamil 

Menurut Dr Marjorie Greenfield pengarang The Working Woman's Pregnancy Book, kira-kira 70% wanita mengalami alahan di awal kehamilan dan sekitar 50 peratus mengalami loya dan muntah. Keadaan ini dipanggil hypermesis gravidarum (HG).
mual di awal kehamilan
Bagi menghilangkan rasa mula ketika awal kehamilan, kalian boleh cuba beberapa trick di bawah. 

Hidu bau segar 
Menghidu bau-bauan citrus seperti lemon dapat menenangkan kepala yang pening. Kalau ada bau yang dah dikenalpasti akan trigger nausea, better jauhkan siap-siap!

Limit screen time
Kurangkan menghadap skrin yang terang kerana strob cahaya boleh menyebabkan kita lebih mual. Elok juga kalau tukarkan kepada mode 'eye comfort' untuk mengurangkan ketegangan mata.

Alih perhatian
Cuba lakukan aktiviti lain untuk mengalih fokus kita terhadap rasa loya dan mual tu. Contohnya, bermain scrabble, menyelesaikan teka silang kata, sudoku atau membaca. Paling tidak pun mommy boleh cuba take a stroll di kawasan rumah bagi mengelakkan kepala memikirkan tentang mual.

Cari makanan yang sesuai
Cari makanan yang sesuai dengan selera Bila hamil, selera makan mungkin akan menurun. Jadi tidak semua makanan akan sesuai dengan selera, dan boleh menyebabkan mual.

Pengalaman Syu pula, Syu alah kepada makanan berasaskan daging, poultry dan seafood. Semua jenis sumber protein sama ada dari jenis seafoods, daging merah serta daging ayam, tekak Syu reject!

Ya Allah masa tu tercium bau orang menggoreng ikan pun I dah berair-air biji mata menahan muntah.

So, apa yang Syu buat untuk memastikan bekalan protein Syu cukup adalah dengan mengambil susu soya dalam bentuk aiskrim Malaysia.

Mana nak dapat? 

Heyy aku buat sendiri la haha. Syu beli plastik aiskrim dan susu soya kotak dari pasaraya kemudian buatlah aiskrim.


Syu suka makan jagung

Seteruk-teruk alahan mengandung, mesti ada satu dua benda makan yang kita boleh makan. Dan dari eksperimentasi, Syu dapati Syu sangat sangat gemar makan jagung.

Rebus gitu aje pun I dah rasa sedap. Apatahlagi kalau dibuat sweetcorn, jagung gaul nyior, atau bubur jagung.

Alhamdulillah, ada juga la benda yang mengenyangkan perut walaupun tak boleh sentuh nasi berlauk.

Rasa mual dan muntah seringkali berlaku semasa kehamilan, menyebabkan aktiviti seharian ibu hamil terganggu.Kehamilan merupakan sesuatu yang menggembirakan namun apabila wanita mula mengalami mual dan loya, bermulalah satu pengalaman yang 'tak seronok' pula.

Apply teknik cuba-jaya untuk mengetahui apa yang kita boleh makan

Alahan setiap orang adalah berbeza. Lain-lain badan kan, so mestilah tak sama. Sedangkan badan kita sendiri pun akan alamai alahan yang berbeza-beza setiap kali mengandungkan lain-lain anak.

Jadi kalian kena berani bereksperimen lah ye. 

Kalau kalian bertindak mengelak dan asyik avoid daripada mencuba makanan sebab takut muntah, dikhuatiri baby yang dikandung akan kekurangan nutrisi.

Dan jujur I cakap mengandungkan Hawraa, mak buyong ini memang suka makan makanan yang manis-manis-lemak. ^_^ 

Mungkin ada betulnya orang tua-tua cakap. Kalau mengandung baby girl, memang suka makanan manis dan tak lalu makan seafood.

Dengar boleh, percaya jangan. Mungkin itu hanya kebetulan.

Pulun makan makanan yang boleh diterima tekak

Bila dah melalui trial and error, kalian tick la mana makanan yang kalian lalu makan. Macam contoh kat bawah ni adalah stok makanan yang Syu boleh makan. Semua ini Syu dapat dari kaedah cuba-cuba la.

Memang kalau bercakap mengenai kos, kita akan sedikit 'terasa' la dengan jumlah wang yang telah dilaburkan. Iya lah. Sebab bukan semua yang kita beli itu, kita lalu makan kan.

Tapi, demi anak yang dikandung, awak kena CUKUP MAKAN ikut keperluan kalori semasa.

Tanda awal kehamilan, minum susu kehamilan tanpa mual, cara atasi alahan, alahan kehamilan, morning sickness, cara nak survive bulan puasa denga alahan kehamilan yang teruk
Kukis mentega - Danish Butter Cookies syle ~ Danisa
Rasa dia ori macam cookies yang aku pernah makan masa kecik-kecik dulu

susu ibu hamil tanpa mual, cara atasi alahan, alahan kehamilan, morning sickness, cara nak survive bulan puasa denga alahan kehamilan yang teruk
Cornflakes Madu ~ Nestle
Nipis dan garing molek! Manis masin gittew. Dekat-dekat raya ni banyak la jual di pasaraya

susu ibu hamil tanpa mual, cara atasi alahan, alahan kehamilan, morning sickness, cara nak survive bulan puasa denga alahan kehamilan yang teruk
Julie's Butter Crackers. Serius sedap!
Makan begitu sahaja pun dah cukup. Light je rasa lemak masin dia tu


3 Produk Yang Boleh Bantu Rasa Mual Saat Hamil

Jangan bimbang kalau semua tips yang Syu senaraikan kat atas tadi tu semuanya tak 'jalan' untuk kalian.

Untuk penyelesaian segera bagi menghilangkan rasa mual dan tak selesa ini, kalian boleh cuba beberapa pilihan di bawah: 

1. Sea-Band Mama! Nausea Relief Acupressure Wrist-band 

petua-hilangkan-mual-alahan-kehamilan-tanpa-ubat,menghilangkan rasa mual di awal kehamilan
Sea-Band Mama! Anti-Nausea Acupressure Wristband —Beli di Shopee

Sea-Band adalah band pergelangan tangan akupresur yang terbukti secara klinikal untuk membantu masalah mabuk (motion-sickness). Ia juga dapat meredakan insiden mual dan muntah pasca pembedahan dan kemoterapi.

Produk ini berfungsi dengan memberi tekanan pada titik acu-tekanan Nei-Kuan pada setiap pergelangan tangan dengan menggunakan plat plastik yang berfungsi untuk mengembalikan keseimbangan dalam badan.

Telah diuji secara klinikal ini, tiada keaan sampingan. Sea-Band berfungsi dengan segera dan boleh dipakai setiap kali ibu berasa mual.

Manfaat :
– Bantu menenangkan perut semasa mengandung.
– Penyelesaian bebas ubat yang berkesan dan semula jadi untuk kebanyakan jenis loya.
– Terbukti dapat melegakan loya dan muntah.
– Beri kesan segera
– Boleh dipakai setiap kali merasa mual
– Selamat, tanpa kesa  sampingan, boleh digunakan semula, tanpa racun dan ubat.


2. Mama's Morning Sickness Therapy Inhaler 
petua-hilangkan-mual-alahan-kehamilan-tanpa-ubat
Mama's Morning Sickness Therapy Inhaler — Beli di Shopee

Mama's Morning Sickness Inhaler menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti minyak kelapa dan campuran minyak pato seperti lemon, peppermint, minyak halia, spearmint, oren, mandarin dan lavender.

Lavender adalah rawatan aromaterapi yang mendorong ketenangan dan menghilangkan stress terutamanya semasa proses bersalin.

Manfaat :
– Melegakan simptom mual ketika hamil, mual ketika dalam kereta, mabuk laut, ketidakcernaan perut, perut tidak selesa, refluks asid, dan pedih ulu hati.
– Saiz padat
– Terapi semula jadi terbaik untuk kolik, pencernaan, cirit-birit, kekejangan dan sakit perut.
– Minyak halia terbukti sebagai terapi semula jadi mual dan untuk merawat muntah.
– Minyak lemon, oren, mandarin, spearmint dan peppermint juga dikenali sebagai penenang perut dan merupakan antiseptik yang sangat berkesan.

3. Veloxin 500mg Tablet - Ubat Tahan Muntah
Veloxin-anti emetic, ubat tahan muntah untuk kawal alahan di awal kehamilan, alahan tanda awal kehamilan
Pengambilan Veloxin memerlukan nasihat doktor/pharmacist

Veloxin tablet adalah tablet bulat berwarna putih dengan permukaan rata di kedua-dua belah dan skor di satu belah.

Indikasi
Veloxin digunakan untuk mencegah dan merawat loya, mual,  muntah atau pening (vertigo) yang dikaitkan dengan mabuk perjalanan dan gangguan sistem keseimbangan badan lain (gangguan vestibular) di bahagian dalam telinga. 

Kandungan Veloxin - 
Bahan aktif: Meclozine Hydrochloride, Pyridoxine Hydrochloride. 
Bahan tidak aktif: Lactose Monohydrate, Colloidal Silicon Dioxide (Aerosil 200), Corn Starch, Microcrystalline cellulose (Avicel PH 101), Magnesium Stearat, Copovidone 

Sebelum mengambil Veloxin
Beritahu  doktor   jika  anda mengambil sebarang  ubat  lain, termasuk  ubat  yang  dibeli  tanpa preskripsi dari farmasi,  pasar  raya  atau kedai  makanan  kesihatan. 

Langkah berjaga-jaga
Meclozine boleh menembusi dalam susu ibu dan mungkin menghentikan pengeluaran susu ibu. Oleh itu, ia adalah tidak digalakkan bagi ibu menyusu. 

Okay sampai sini saja celoteh Syu pada kali ini. Di harap kalian semua diberikan kekuatan dan kesabaran oleh Tuhan dalam menempuhi fasa awal kehamilan yang penuh cabaran ini.

Didoakan agar segala urusan mommies out there, dipermudahkan sehinggalah mommies nak bersalin nanti. Amin.

Babai korang!
Selamat berpuasa. ^_^


[**PJJ: Perkahwinan Jarak Jauh] tanda awal kehamilan susu ibu hamil tanpa mual.Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil Dengan Cara Semulajadi.Loya Sepanjang Hari? Cuba Cara Ini Bagi Menghilangkan Rasa Mual Saat Hamil!

2 comments:

Anything personal, do whisper me via WhatsApp or write an email to annursyuhadah[at]gmail[dot]com <(=^.^=)y

  1. bila tgk entry pasal kehamilan ni kesian kat wife.. doakan wife ejulz dipermudahkan melahirkan zuriat kami yg pertama k.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan ejulz and wife.
      moga dikurniakan zurita yang sihat tubuh badan dan sempurna luar dan dalam.

      Delete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.