BENTO | Cara-cara Membuat Nasi Kepal berbentuk Beruang Rilakkuma

11:04 AM

resepi bento cute  Nasi bersama Buttermilk Chicken 


Bahan-bahan
250 gram dada ayam (anggaran 250gm = secekak)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah

1/2 sudu teh serbuk bawang putih
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 cawan minyak masak untuk menggoreng
4 sudu besar mentega
sepotong lada benggala kuning
1 sudu besar (sesudu paras) gula
3/4 cawan susu isian sejat

Cara-cara
Perapkan ayam bersama garam dan lada sulah
Panaskan minyak di dalam kuali
Gaul nipis ayam tadi dengan tepung jagung dan tepung beras
Goreng ayam dalam minyak panas 1 minit setiap bahagian

Cara penyediaan sos Buttermilk
Panaskan kuali dengan api kecil
Cairkan mentega, jangan sampai hangus
Tumis lada benggala kuning (capsicum) hingga naik bau
Masukkan susu sejat dan serbuk bawang putih
Masak dengan api sederhana kecil (simmer) dan kacau dengan kerap
Perasakan dengan gula dan masak dalam 3 ke 5 minit lagi hingga kuah menjadi sedikit pekat.
Masukkan ayam salut tepung yang telah digoreng tadi dan kacau rata
Siap untuk di bekalkan bersama nasi panas.


Onigiri for lunch? Why not. Selamat mencuba!

2 comments:

Anything personal, do whisper me at annursyuhadah@gmail.com <(=^.^=)y

  1. Wahhh, macam versi korean kan.. macam ni mesti anak2 suka :D

    ReplyDelete
  2. terbaek.. boleh cuba nanti.. hehe :)

    ReplyDelete
Full design templates by Eiyza Ezatul. Powered by Blogger.